3 research outputs found
Masjid sebagai alternatif pusat penjanaan ekonomi masyarakat setempat: satu sorotan literatur
Masjid merupakan sebuah institusi yang penting dalam membina tamadun dan peradaban umat Islam. Peranan masjid tidak terhad hanya sebagai tempat pelaksanaan ibadah khusus semata-mata, akan tetapi mencakupi pelbagai aktiviti termasuk sebagai penjanaan ekonomi masyarakat setempat. Justeru kertas kerja ini bertujuan untuk menyoroti peranan masjid dari aspek perekonomian. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan pendekatanan analisa kandungan dan dianalisis secara deskriptif. Hasil analisis literatur mendapati bahawa peranan masjid sebagai pusat kegiatan ekonomi masyarakat telah diperkasakan dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti dan kegiatan ekonomi. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti koperasi masjid, pemberian bantuan modal, pelaksanaan konsep perniagaan sosial seperti penyewaan lot-lot kedai, rumah sewa, tapak menara telekomunikasi, khemah, peralatan kendurikendara, sewa dewan, sewa bilik kuliah dan perniagaan inap desa yang merupakan sebahagian daripada aktiviti pengimarahan masjid. Di samping itu, terdapat juga aktiviti berbentuk penternakan seperti pusat membangunkan semula penternakan lembu bagi membekalkan kemahiran dan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dalam menjana pendapatan. Melalui pelaksanaan aktiviti berkonsepkan perekonomian yang berpusat di masjid, mampu untuk membantu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat. Implikasi daripada sorotan ini menunjukkan justifikasi yang signifikan terhadap kajian lanjut berkaitan keperluan pemerkasaan peranan ini perlu diperhalusi sehingga dapat menghasilkan mekanisme atau modul khusus berkaitan perekonomian masjid agar boleh dilaksanakan secara efektif dan menyeluruh di seluruh masjid di Malaysia
Effectiveness of industrial training among Politeknik Kuching Sarawak students during covid 19 pandemic
In 2020 will be remembered as a turning point in human history as a result of the COVID-19 pandemic. We have been inundated with data on the progression of the pandemic and the number of illnesses and fatalities that have happened globally from the start of the year until the present. 555 million people have died and 334 million people have been infected overall. Nearly all nations employ lock-downs or movement restrictions, as advised by WHO, to break the pandemic network. Malaysia has established a Movement Control Order (PKP) that will go into effect on March 18, 2020, thus it is not an exception. Every aspect of life may be impacted by its impact on society. This study discusses the reactions of Kuching Sarawak Polytechnic Industrial Training students to the COVID-19 outbreak. It’s the end result of a quantitative study. Information acquired through online surveys with open-ended questions. A descriptive analysis of the data was conducted
Penguasaan Bacaan Al-Quran Menerusi Tahsin Al-Quran
Al-Quran merupakan sumber pegangan umat Islam. Beriman dengan al-quran merupakan sebahagian daripada rukun iman. Pemahaman yang betul terhadap intipati al-quran merupakan perkara yang penting yang perlu dititikberatkan. Oleh yang demikian, pelaksanaan Kajian ini bertujuan untuk melihat penguasaan bacaan al-Quran pelajar di politeknik. Sampel kakian terdiri daripada 13 orang pelajar Semester 2 yang mengambil kursus Sains teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (MPU23052) di Politeknik Kuching Sarawak. Kajian tindakan ini melibatkan kaedah pemerhatian dan menggunakan senarai semak untuk melihat keberkesanan penguasaan bacaan al-quran pelajar. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan melalui tiga Fasa iaitu pembahagian dari minggu 1 hingga 10 perkuliahan, didapati pelajar menunjukkan peningkatan dalam penguasaan bacaan pada Fasa 3 dan merasakan pembacaan al-Quran menerusi tahsin juga dapat mempertingkatkan minat mereka dalam membaca al-Quran setiap hari. Melalui pelaksanaan kajian ini, adalah diharapkan dapat meningkatkan tahap penguasaan bacaan al-quran bagi melahirkan generasi yang berpegang teguh dan mengamalkan prinsip-prinsip di dalam al-Quran