5 research outputs found

    Faktor-faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar di Universiti Teknologi Malaysia

    Get PDF
    Kecemerlangan akademik merupakan matlamat utama kebanyakan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Ia merupakan alat pengukur yang menentukan tahap kejayaan seseorang pelajar didalam bidang akademik di IPT. Persoalan utama yang ingin diselesaikan dalam kajian ini ialah apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) supaya ia boleh membantu melahirkan pelajar yang cemerlang dari sudut akademik yang mampu berdaya saing didalam masyarakat. Diantara aspek yang diambil kira adalah dari segi latarbelakang pelajar, sikap terhadap pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang mempengaruhi seseorang pelajar. Kajian ini berbentuk kajian penerangan secara deskriptif yang berbentuk tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan borang soal selidik dijadikan instrumen kajian. Katakunci: Faktor Kecemerlangan Akademik, Institusi Pengajian Tinggi

    Kajian peningkatan prestasi akademik pelajar melalui program kecemerlangan

    Get PDF
    Kecemerlangan akademik merupakan asas untuk mengukur kejayaan seseorang pelajar dalam semua peringkat, dari alam persekolahan hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Pelajar cemerlang dalam akademik di peringkat Universiti dikategorikan sebagai mereka yang mencapai prestasi CPA melebihi 3.5. Sokongan dan pemantauan berterusan merupakan salah satu faktor yang telah dikenalpasti sebagai pendorong dan penyumbang kepada peningkatan kecemerlangan seseorang pelajar itu. Kertas kerja ini membincangkan hubungan latar belakang pendidikan dan prestasi akademik pelajar cemerlang yang terpilih mengikuti Program Pembangunan Pelajar Cemerlang di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia. Prestasi akademik pelajar dipantau dan dianalisis berdasarkan kelok prestasi yang akan mengambarkan corak pencapaian di sepanjang pengajian mereka. Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa kejayaan seseorang pelajar itu bukan hanya terletak atas usaha mereka sahaja malahan juga memerlukan sokongan luaran

    Gaya hidup pelajar cemerlang dalam persekitaran kampus

    Get PDF
    Kecemerlangan akademik merupakan salah satu unsur penting kejayaan pelajar di institusi pengajian tinggi. Diantara faktor yang mempengaruhi kecemerlangan akademik ialah gaya hidup pelajar didalam persekitaran kampus. Gaya hidup yang dimaksudkan meliputi aspek pergaulan, pengurusan masa, kegiatan masa lapang, cara belajar dan juga pengurusan diri. Secara umumnya, gaya hidup bagi pelajar cemerlang mestilah seimbang dari sudut rohani, jasmani, emosi dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kertas kerja ini membentangkan kajian yang dijalankan terhadap sekumpulan pelajar bumiputera Fakulti Kejuruteraan Awam yang dikategorikan cemerlang mengenai gaya dan cara hidup mereka dalam persekitaran kampus di Universiti Teknologi Malaysia. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan daripada responden yang terlibat. Seterusnya, analisis dilakukan berdasarkan maklumat yang telah diperolehi. Daripada kajian ini, didapati kecemerlangan akademik seseorang pelajar itu banyak dipengaruhi oleh cara hidup mereka yang seimbang dari sudut rohani, jasmani, emosi dan intelek. Oleh yang demikian, ciri-ciri keseimbangan gaya hidup ini perlu diterapkan pada diri seorang pelajar yang ingin cemerlang

    Perkembangan silibus teknologi maklumat didalam sistem akademik fakulti kejuruteraan awam, Universiti Teknologi Malaysia

    Get PDF
    Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) bermula sebagai Jabatan Kejuruteraan Awam pada 1972. Pada waktu itu silibus akademik FKA lebih banyak tertumpu kepada mata pelajaran kejuruteraan awam. Seiring dengan pembangunan Teknologi Maklumat (IT) yang pesat, bidang kejuruteraan awam juga tidak dapat lari daripadanya dan di FKA mata pelajaran IT telah menjadi salah satu mata pelajaran teras yang memainkan peranan penting disamping mata pelajaran yang lain. Oleh itu, satu unit khas telah ditubuhkan untuk menyokong dan membantu jabatan serta fakulti bagi menyelaras mata pelajaran IT. ITUCE telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan kurikulum dan silibus IT adalah selari dengan keperluan dan aspirasi negara dalam bidang kejuruteraan awam. ITUCE juga memastikan kurikulum dan silibus IT sentiasa terkini dengan mengambilkira keperluan industri. Dalam usaha melahirkan graduan berkualiti melalui perlaksanaan kurikulum yang mengambilkira keperluan pasaran, kini ITUCE mempunyai empat mata pelajaran wajib IT dan enam mata pelajaran elektif bagi ijazah sarjana muda, manakala tujuh mata pelajaran lagi bagi graduan pasca-ijazah. Kesemua mata pelajaran IT yang ditawarkan ini adalah bagi memenuhi keperluan sistem akademik untuk graduan yang mengikuti pengajian di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia
    corecore