3 research outputs found

    Analisis kandungan rupa bentuk fesyen pakaian Melayu di Malaysia / Hasma Ahmad...[et al.]

    Get PDF
    Pakaian Melayu adalah salah satu objek budaya yang merupakan 'rekabentuk' baru Melayu terhadap identiti dan budaya. Penampilan ini atau identiti menandakan unsur simbolik atau semiotik dalam pakaian yang menunjukkan asal-usul pemakainya dengan membawa maksud tersirat yang menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan budaya serta nilai-nilai murni masyarakat Melayu. Pakaian tradisional Melayu seringkali menjadi topik utama dalam kajian merangkumi aspek sejarah dan perkembangannya, rekabentuk, fungsi dan pembuatannya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisa dan mengulas kandungan penyelidikan yang telah dijalankan bagi mengetahui apa yang perlu diketahui bagi merungkai kekurangan dan persoalan merujuk kepada faktor-faktor dan kesinambungan interpretasi tafsiran makna dalam penampilan rupabentuk fesyen pakaian Melayu melalui nilai-nilai budaya dalam gaya dan fesyen pakaian wanita Melayu di Semenanjung Malaysia. Objektif kajian adalah untuk menganalisa, mengulas dan melaporkan penulisan penyelidikan yang diterbitkan dalam persekitaran sains sosial dan berhubungkait dalam bidang fesyen pakaian Melayu. Mekanisme kajian ini menggunakan kaedah analisa kandungan (content analysis) terhadap penulisan kajian yang berkaitan nilai-nilai murni, perkembangan budaya, kajian yang melibatkan seni warisan Melayu dan perubahan dalam masyarakat orang-orang Melayu Malaysia yang memfokuskan kepada kepada kata kunci atau tema yang berkaitan. Dapatan kajian ini melaporkan mengenai isu penyelidikan berkaitan perubahan dan perkembangan budaya dan nilai-nilai murni orang-orang Melayu yang merangkumi bidang kesusasteraan, kepimpinan, seni tradisi yang menyumbang kepada nilai-nilai dalaman (intrinsic) fesyen pakaian Melayu di Malaysia yang memerlukan tafsiran maksud tersirat yang lebih jelas bagi melengkapi makna sebenar berlakunya perubahan dalam fesyen pakaian Melayu di Malaysia. Analisa ini membantu memperlihatkan signifikasi dan mencadangkan lebih banyak isu berkaitan kebudayaan, seni tradisi atau perubahan sosial orang-orang Melayu untuk tujuan pengajian, pendidikan dan penyelidikan lanjutan

    Pengaruh elemen vegetal dalam seni mushaf nusantara / Nurul Huda Mohd Din...[et.al]

    Get PDF
    Aktiviti menghias lembaran mushaf merupakan peranan kedua terpenting selepas aktiviti menyalin ayat-ayat Al-Qur’an. Fungsi terbesarnya adalah sebagai pemisah serta penanda kepada ayat dan surah-surah di dalam mushaf. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menggambarkan rekabentuk dan rekacorak tranformasi organik berunsurkan vegetal yang terdapat di dalam Al-Qur’an alam nusantara. Kajian ini memaparkan analisis terhadap naskhah Al-Qur’an yang dikumpulkan dari koleksi perpustakaan dan muzium di semenanjung Malaysia. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek formalistik rekacorak Al-Qur’an. Hasilnya, secara ringkas dapat dilihat dinamiknya penyatuan dan keseragaman makna antara aturan prinsip Islam dengan manifestasi budaya Melayu nusantara

    Designing Jawi typeface to enhance the quality of modern design / Mohamed Razeef Abdul Razak...[et.al]

    Get PDF
    The use of Jawi script is mandatory on billboards and signage especially in the state of Kelantan and Terengganu. The idea of having Jawi script on billboard and signage is to uplift the old malay script and also by employing Jawi script it will nurture Islamic spiritual sense among Malay. However the Jawi typeface that is displayed on the advertising media (billboard, poster, bunting) normally do not complement the visual content, hence making jawi script outdated. This is because of limitation on the choice of typeface that is available for designer to complement Jawi script with modern design. The closest to Jawi typeface available is in Arabic setting which doesn’t include letters such as “cha”, “pa”, “ga”, “va” and “nya’. By designing a modern sets of of Jawi typeface, it is hope that consumer will not only read the content (message, images, graphic) on the advertising media but also appreciate and realise the importance of Jawi script in context of Malay heritage
    corecore