26 research outputs found

    Pengaruh aspek kecerdasan emosi terhadap tingkah laku kepimpinan transformasi dalam kalangan pemimpin pendidik sekolah

    Get PDF
    Tujuan kajian adalah untuk mengkaji pengaruh faktor kecerdasan emosi (skala pengurusan perhubungan, pengurusan diri, kesedaran diri dan kesedaran sosial) ke atas tingkah laku kepimpinan transformasi dalam kalangan pemimpin pendidik sekolah menengah di Malaysia. Kaedah kajian ini menggunakan dua alat instrumen iaitu Emotional Competence Inventory (ECI) untuk mengukur kecekapan kecerdasan emosi manakala Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ5x) pula digunakan bagi mengukur kepimpinan transformasi. Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan emosi pemimpin pendidik secara keseluruhannya adalah berada pada tahap tinggi iaitu 78.8%. Hasil kajian juga menunjukkan kecerdasan emosi bagi sub-skala pengurusan perhubungan menjelaskan sebanyak 51.6% varians; (Beta = .388, t = 4.738, k < 0.05) manakala pengurusan diri pula menerangkan sebanyak 54.1% varians; (Beta = .225, t = 3.285, k < 0.05) dan akhir sekali, kombinasi ketiga-tiga pemboleh ubah peramal merangkumi kesedaran sosial menyumbang sebanyak 54.9% (Beta = .174, t = 2.268, k < 0.05) varians secara positif terhadap kepimpinan transformasi. Dapatan ini memperlihatkan ketiga-tiga sub-skala pembolehubah ini adalah peramal yang signifikan ke atas kepimpinan transformasi. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penyediaan latihan dan modul penghayatan kemahiran EI perlu diperkasa dan diperkukuhan seterusnya melestarikan pemilikan kecekapan tersebut secara holistik di semua peringkat khususnya dalam kalangan pemimpin

    Hubungan antara tret personaliti kehematan, keterbukaan pada pengalaman, ekstraversi dan kesetujuan dengan prestasi kerja dalam kalangan pemimpin pendidik bagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan bagi trait personaliti dengan prestasi kerja dalam kalangan pemimpin pendidik di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Dua set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik Five-Factor Model of Personality (NEO PI-R) bagi mengukur personaliti dan soal nselidik prestasi kerja bagi mengukur prestasi kerja individu telah dijalankan ke atas 306 pemimpin pendidik (89%) di 15 buah SBT di Malaysia. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara trait personaliti seperti kehematan (Conscientiousness (r=.740, p<.05), keterbukaan (Openness to experiences (r=.419, p<.05), ekstraversi (Extraversion (r=.596, p<.05), kesetujuan (Agreeableness (r=.386, p<.05) dengan prestasi kerja. Analisis kajian juga telah mempamerkan dengan meletakkan kepentingan dimensi kehematan (Conscientiousness) sebagai domain yang paling kuat berhubungan dengan prestasi kerja berbanding dimensi yang lain. Dari sudut praktikal, penggunaan pemboleh ubah psikologi dan pemilikan hubungan trait personaliti berupaya untuk memperkasakan lagi prestasi kerja sehingga memberi kebaikan kepada institusi pendidikan SBT kerana dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka

    Hubungan Antara Trait Personaliti Kehematan, Keterbukaan, Ekstraversidan Kesetujuan Dengan Kecerdasan Emosi Dalam Kalangan Pemimpin Pendidik Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

    Get PDF
    The main objective of this cross-sectional study is to determine inter relationship of emotional intelligence and personality trait (Conscientiousness, Openness to experiences, Extraversion, Agreeableness) among school educator leaders in High Performance Schools (SBT). Two sets of questionnaire to measure emotional intelligence and personality trait were administered to 306 (89%) subjects who were selected by stratified random sampling in 15 SBT schools in Malaysia. Data were analyzed through inferential statistics such as correlation. The finding by the bivariate analysis using the Pearson correlation method indicates that the personality trait such as Conscientiousness (r=.552, p<.05), Openness to experiences (r=.362, p<.05), Extraversion (r=.505, p<.05), Agreeableness (r=.193, p<.05) are positively and significant correlated with overall emotional intelligence among the schools educator leaders. The correlation values of the personality Conscientiousness trait (r=.552, p<.05) are higher than the correlation values of the rest of others personality traits and emotional intelligence. This finding suggests that personality Conscientiousness trait have stronger relationship with emotional intelligence compare to the others traits. On a practical note, the assessment of psychological construct in schools setting such as emotional intelligence and personality could possibly assist in enhancing the work performances in delivering huge benefits to the society especially in the educationa

    Pengaruh aspek kecerdasan emosi terhadap tingkah laku kepimpinan transformasi dalam kalangan pemimpin pendidik sekolah

    Get PDF
    Tujuan kajian adalah untuk mengkaji pengaruh faktor kecerdasan emosi (skala pengurusan perhubungan, pengurusan diri, kesedaran diri dan kesedaran sosial) ke atas tingkah laku kepimpinan transformasi dalam kalangan pemimpin pendidik sekolah menengah di Malaysia. Kaedah kajian ini menggunakan dua alat instrumen iaitu Emotional Competence Inventory (ECI) untuk mengukur kecekapan kecerdasan emosi manakala Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ5x) pula digunakan bagi mengukur kepimpinan transformasi. Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan emosi pemimpin pendidik secara keseluruhannya adalah berada pada tahap tinggi iaitu 78.8%. Hasil kajian juga menunjukkan kecerdasan emosi bagi sub-skala pengurusan perhubungan menjelaskan sebanyak 51.6% varians; (Beta = .388, t = 4.738, k < 0.05) manakala pengurusan diri pula menerangkan sebanyak 54.1% varians; (Beta = .225, t = 3.285, k < 0.05) dan akhir sekali, kombinasi ketiga-tiga pemboleh ubah peramal merangkumi kesedaran sosial menyumbang sebanyak 54.9% (Beta = .174, t = 2.268, k < 0.05) varians secara positif terhadap kepimpinan transformasi. Dapatan ini memperlihatkan ketiga-tiga sub-skala pembolehubah ini adalah peramal yang signifikan ke atas kepimpinan transformasi. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penyediaan latihan dan modul penghayatan kemahiran EI perlu diperkasa dan diperkukuhan seterusnya melestarikan pemilikan kecekapan tersebut secara holistik di semua peringkat khususnya dalam kalangan pemimpin

    Hubungan Antara Tret Personaliti Kehematan, Keterbukaan Pada Pengalaman, Ekstraversi Dan Kesetujuan Dengan Prestasi Kerja Dalam Kalangan Pemimpin Pendidik Bagi Sekolah Prestasi Tinggi (SBT) Di Malaysia

    Get PDF
    This study aims to identify the relationship between personality traits and job performance among educator leaders in High Performance Schools (HPS). Two sets of questionnaires were used in this study, namely questionnaire Five-Factor Model of Personality (NEO PI-R) for measuring personality and instrument of job performance for measuring the performance of individual work. These questionnaires were distributed to 306 head teachers (89%) in 15 HPS in Malaysia. Pearson correlation analysis showed a significant positive correlation between personality traits such as Conscientiousness (r = .740, p <.05), Openness to experiences (r = .419, p <.05), Extraversion (r = .596, p <.05), Agreeableness (r = .386, p <.05) with performance. The study also demonstrated by putting the interests of conscientiousness dimension as the most powerful domain associated with job performance compared to other dimensions. However, different traits play different roles in relation to job performance. Keeping in view the implications of personality traits towards job performance among school personnel as leaders, findings of the present research can help to improve overall organizational behaviour and productivity resulting in optimum service delivery to the stake holders within educational system in Malaysia

    Kaedah penyelidikan Islam bersepadu: pencarian kebenaran dan keberkatan ilmu

    Get PDF
    Penyelidikan adalah satu wasilah untuk mencari kebenaran. Pencarian kebenaran melalui penyelidikan dipengaruhi oleh epistemologi penyelidik kerana setiap pengkaji membawa bersamanya pandangan alam atau falsafah tertentu terhadap ilmu. Pada masa kini, budaya kesarjanaan arus perdana dipengaruhi faham sekularisme dan dualisme yang meletakkan asas pertimbangan kepada untung-rugi atau kenaikan pangkat; bukannya nilai dan keberkatan ilmu yang memberi manfaat kepada kemajuan ummah. Penyelidik muslim seharusnya mempunyai kaedah penyelidikan tersendiri bagi kesemua disiplin ilmu (sains wahyu, sains tabii, sains sosial dan kemanusiaan) yang mematuhi prinsip ontologi dan epistemologi dalam Islam. Kaedah penyelidikan inilah yang dinamakan sebagai penyelidikan Islam bersepadu yang akan membantu penyelidik mencari kebenaran dan solusi permasalahan umat menurut neraca pandangan alam Islam. Kaedah ini juga akan memimpin penyelidikan untuk mencari kebenaran sejati dan menghasilkan korpus ilmu baharu yang membawa kesejahteraan kepada bangsa manusia dan alam keseluruhannya. Penulisan ini adalah perkongsian amalan penyelidikan yang sedang diusahakan oleh Jabatan Sains Kemanusiaan, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan

    Kesediaan untuk berubah dalam kalangan guru sekolah rendah di negeri Kelantan

    Get PDF
    Kajian ini merupakan sebuah kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Kajian ini bertujuan menentukan tahap kesediaan untuk berubah dalam kalangan guru sekolah rendah di seluruh negeri Kelantan. Daripada jumlah 16, 305 orang guru sekolah rendah di seluruh negeri Kelantan, seramai 413 orang telah dipilih sebagai responden kajian. Data berkaitan 6 dimensi kesediaan untuk berubah (kewajaran berubah, sokongan pengurusan, efikasi, valens personal, diskrepansi, dan komunikasi) dikumpul menggunakan kaedah soal selidik. Nilai pekali alpha bagi soal selidik yang digunakan adalah dalam julat di antara 0.812- 0.948. Kajian mendapati guru mempunyai tahap kesediaan untuk berubah yang tinggi. Didapati min bagi dimensi luaran (sokongan pengurusan, komunikasi) kesediaan berubah lebih tinggi daripada min dimensi dalaman (efikasi, valens personal). Guru-guru bersedia untuk berubah sekiranya faktor luaran dapat dipenuhi. Kesediaan untuk berubah guru didapati berbeza mengikut jantina dan tempoh berkhidmat. Tahap kesediaan berubah guru lelaki didapati lebih tinggi berbanding guru perempuan, terutamanya bagi dimensi sokongan pengurusan dan kewajaran berubah. Guru-guru baharu menunjukkan tahap kesediaan untuk berubah lebih tinggi daripada guru-guru lama, terutamanya bagi dimensi komunikasi, diskrepansi dan sokongan pengurusan
    corecore