6 research outputs found

    Muhammadiyah Versi Ahmad Dahlan (GAGASANNYA YANG HAMPIR MATI DAN TERLUPAKAN)

    Get PDF
    Sejarah berdirinya suatu organisasi tidak dapat dipisahkan dari gagasan dan pikiran pendirinya Sebab orang-orang yang kemudian bergabung menjadi anggota secara sadar telah menyepakati dasar dan tujuan organisasi tersebut yang pada hakikatnya merupakan perwujudan dari gagasan para pendirinya PSII tidak mungkin dipisahkan dengan HOS Cokroaminoto NU tidak mungkin dipisahkan dengan Hasyim Asyaari Demikian juga Muhammadiyah tidak mungkin dipisahkan dari Ahmad Dahlan Dengan demikian gagasan dan pikiran yang muncul kemudian tidak mungkin dipisahkan dari pikiran dan gagasan awal (para) pendirinya, (Moh Djasman Al-Kindi; sala seorang pencetus berdirinya Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah dan menjadi ketua umum pertama DPP IMM) Gagasan Ahmad Dahlan yang terpilih adalah bagaimana dapatnya mengamalkan ayat-ayat al-Quran Dengan demikian Muhammadiyah sebagai organisasi senantiasa diikhtiarkan untuk menjadi tempat untuk mengkaji Al-Qur`an sekaligus menjadi tempat bermusyawarah untuk mengamalkannya Oleh karenanya Muhammadiyah tidak mungkin terpisah dari tiga prinsip yakni ; Pengkajian Al-Quran, Musyawarah dan amal, yang saat ini hampir mati ; antara ada dan tiada

    Asal usul gerakan pendidikan Muhammadiyah di Indonesia.

    Get PDF
    Sejarah penubuhan suatu organisasi tidak dapat dipisahkan daripada gagasan dan pemikiran pengasasnya. Orang-orang yang bergabung menjadi ahli secara sedar telah bersetuju dengan dasar dan matlamat organisasi tersebut yang pada hakikatnya adalah perwujudan daripada gagasan para pengasasnya. Demikian halnya dengan Muhammadiyah, di Indonesia tidak mungkin dipisah daripada Ahmad Dahlan sebagai pengasasnya. Lebih asas lagi, kelahirannya sebagai gerakan Islam melalui sistem organisasi juga memperolehi rujukan teologi, sebagaimana tercermin dalam pemaknaan atapun tafsiran surah al-Quran Cali Imran ayat 104. Artikel ini menggunakan metodologi kualitatif bersifat deskriptif analitikal, iaitu tulisan yang berusaha menggambarkan data yang sesuai keadaannya. Dalam memformat gerakan Muhammadiyah dalam konteks kelahirannya bukan hanya semata-mata teknikal tetapi juga didasari pada rujukan keagamaan yang selama ini melekat dalam alam fikiran para ulama mengenai Kaedah “mâ lâ yatimm al-wâjib illâ bihi fa huwâ wâjib”, ertinya sekiranya suatu urusan tidak akan sempurna manakala tanpa alat, maka alat itu menjadi wajib adanya. Hal inilah yang membuat gerakan Muhammadiyah, terutama di bidang lembaga pendidikan semakin laju sejak didirikannya pada tahun 1912 hingga tahun 2010 telah berjumlah 16,942 buah

    Tapak perbezaan asal usul Gerakan Muhammadiyah Dan Nahdlatul Ulama (nu) di Indonesia

    Get PDF
    Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama adalah dua organisasi sosial keagamaan yang dikenali oleh seantero masyarakat. Hal ini menyebabkan ia mendapat perhatian daripada para pengkaji untuk diselongkar rahsia-rahsia ilmiah, yang melibatkan para ilmuan tempatan mahupun antarabangsa. Selain itu, ia juga disebabkan oleh struktur kepimpinan yang tersusun rapi dan kukuh, bermula dari peringkat bawahan sehingga ke peringkat pusat (keseluruhan). Gerakan Muhammadiyah mula ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Kiyai Ahmad Dahlan kerana keadaan masyarakat Islam Indonesia pada ketika itu yang mengalami kemunduran dan kebekuan dalam berfikir terutamanya tentang kepercayaan masyarakat yang masih kuat berpegang kepada perkara-perkara tahayul, bidaah, dan khurafat. Manakala Nahdlatul Ulama pula ditubuhkan pada tahun 1926 oleh persatuan Kiyai-Kiyai di Jawa Timur, melalui pelbagai konflik, antaranya berlakunya perbezaan pendapat antara KH. Wahab Chasbullah dengan KH. Mas Mansyur dalam persatuan Taswir al-Afkar atau Nahdlatul Wathan (1916), serta masalah Kongres al-Islam Hindia Timur (1926) yang diadakan oleh Raja Ibn Saud di Mekah. Justeru itu, ia menjadi sangat menarik untuk dikaji terutamanya berkaitan dengan asal usul wujudnya gerakan Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama di Indonesia serta perbezaan sejarah antara kedua-dua organisasi tersebut. Walaupun organisasi Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama hanyalah organisasi bersifat gerakan sosial keagamaan, namun terdapat perbezaan dalam proses penubuhan gerakannya, yang melibatkan sejarah asal usul gerakan dan penubuhan, karya penulisan dan pekerjaan para pengasasnya, langkah-langkah monumental, faktor-faktor yang menyokong serta institusi pendidikannya. Perbezaan-perbezaan tersebut turut mempengaruhi dinamika gerakan pendidikan masing-masing

    Tapak Persamaan Asal Usul Gerakan Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama (Nu) di Indonesia

    Get PDF
    Muhammadiyah was established by Kiyai Ahmad Dahlan 1912 began first founded the institution's because the situation and circumstances of Muslims who suffered various setbacks disebab by ignorance and frozen in thinking in understanding the teachings of the religion. While the Nahdlatul Ulama (NU) instituted by the Kiyai-Kiyai (1926) in East Java province with commenced founded the institution Taswirul Afkar in 1914 M. Establishment of schools is either done by the founder Muhammadiyah and NU is in an effort to meet the needs of society and the context of the struggle for independence, and also as one of the key strategic intelligence to fight the invaders. Strategic intelligence is either done by the Kiyai Ahmad Dahlan nor by Kiyai- Kiyai new young home from Mecca as K.H. Mas Mansyur with K.H. Abdul Wahab Chasbullah and others. The same feeling, due to the State of the nation is still colonized by Foreign Nations so as to force those who recently return from Mecca for creative thinking by making a smart idea according to capacity which has been eaten, in order to deal with circumstances that plagued his nation. This, it is interesting to review of the origin of the appearance of movement Muhammadiyah and Nahdlatul Ulama (NU) in Indonesia, which is mainly about the history of the site of the second equation – both these organizations. Although, the Organization of Muhammadiyah and NU, is equally religious social movement organizations are sourced from the result of thoughts and musings by Indonesia students who learn from Mecca at the time. Views can be seen from: the history of the movement, thought and influence of the marriage, the teacher and the taught, the granting of a degree as a national hero, the real work of the forum and dialogue to exchange thoughts, and his education as a charitable effort movemen

    Asal usul gerakan pendidikan Muhammadiyah di Indonesia.

    Get PDF
    Sejarah penubuhan suatu organisasi tidak dapat dipisahkan daripada gagasan dan pemikiran pengasasnya. Orangorang yang bergabung menjadi ahli secara sedar telah bersetuju dengan dasar dan matlamat organisasi tersebut yang pada hakikatnya adalah perwujudan daripada gagasan para pengasasnya. Demikian halnya dengan Muhammadiyah, di Indonesia tidak mungkin dipisah daripada Ahmad Dahlan sebagai pengasasnya. Lebih asas lagi, kelahirannya sebagai gerakan Islam melalui sistem organisasi juga memperolehi rujukan teologi, sebagaimana tercermin dalam pemaknaan atapun tafsiran surah al-Quran Cali Imran ayat 104. Artikel ini menggunakan metodologi kualitatif bersifat deskriptif analitikal, iaitu tulisan yang berusaha menggambarkan data yang sesuai keadaannya. Dalam memformat gerakan Muhammadiyah dalam konteks kelahirannya bukan hanya semata-mata teknikal tetapi juga didasari pada rujukan keagamaan yang selama ini melekat dalam alam fikiran para ulama mengenai Kaedah “mâ lâ yatimm al-wâjib illâ bihi fa huwâ wâjib”, ertinya sekiranya suatu urusan tidak akan sempurna manakala tanpa alat, maka alat itu menjadi wajib adanya. Hal inilah yang membuat gerakan Muhammadiyah, terutama di bidang lembaga pendidikan semakin laju sejak didirikannya pada tahun 1912 hingga tahun 2010 telah berjumlah 16,942 buah

    TAPAK PERBEZAAN ASAL USUL GERAKAN MUHAMMADIYAH DAN NAHDLATUL ULAMA (NU) DI INDONESIA

    Get PDF
    Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama adalah dua organisasi sosial keagamaan yang dikenali oleh seantero masyarakat. Hal ini menyebabkan ia mendapat perhatian daripada para pengkaji untuk diselongkar rahsia-rahsia ilmiah, yang melibatkan para ilmuan tempatan mahupun antarabangsa. Selain itu, ia juga disebabkan oleh struktur kepimpinan yang tersusun rapi dan kukuh, bermula dari peringkat bawahan sehingga ke peringkat pusat (keseluruhan). Gerakan Muhammadiyah mula ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Kiyai Ahmad Dahlan kerana keadaan masyarakat Islam Indonesia pada ketika itu yang mengalami kemunduran dan kebekuan dalam berfikir terutamanya tentang kepercayaan masyarakat yang masih kuat berpegang kepada perkara-perkara tahayul, bidaah, dan khurafat. Manakala Nahdlatul Ulama pula ditubuhkan pada tahun 1926 oleh persatuan Kiyai-Kiyai di Jawa Timur, melalui pelbagai konflik, antaranya berlakunya perbezaan pendapat antara KH. Wahab Chasbullah dengan KH. Mas Mansyur dalam persatuan Taswir al-Afkar atau Nahdlatul Wathan (1916), serta masalah Kongres al-Islam Hindia Timur (1926) yang diadakan oleh Raja Ibn Saud di Mekah. Justeru itu, ia menjadi sangat menarik untuk dikaji terutamanya berkaitan dengan asal usul wujudnya gerakan Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama di Indonesia serta perbezaan sejarah antara kedua-dua organisasi tersebut. Walaupun organisasi Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama hanyalah organisasi bersifat gerakan sosial keagamaan, namun terdapat perbezaan dalam proses penubuhan gerakannya, yang melibatkan sejarah asal usul gerakan dan penubuhan, karya penulisan dan pekerjaan para pengasasnya, langkah-langkah monumental, faktor-faktor yang menyokong serta institusi pendidikannya. Perbezaan-perbezaan tersebut turut mempengaruhi dinamika gerakan pendidikan masing-masin
    corecore