1 research outputs found
Kemurungan dan Keamatan Sokongan Sosial dengan Kepuasan Hidup dalam kalangan Pelajar Universiti di Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan antara kemurungan dan keamatan sokongan sosial (keluarga, kawan, orang yang penting) dengan kepuasan hidup dalam kalangan pelajar universiti awam di Selangor, Malaysia. Terdapat 368 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini yang telah dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah. Tiga alat pengukuran telah digunakan iaitu Beck Depression Inventory oleh Beck et al. (1961) untuk mengukur kemurungan, Multidimensional Scale of Perceived Social Support oleh Zimet et al. (1988) mengukur keamatan sokongan sosial (keluarga, kawan, orang yang penting) dan kepuasan hidup diukur dengan Satisfaction With Life Scale yang dibangunkan oleh Diener et al. (1985). Hasil kajian menunjukkan bahawa kemurungan mempunyai perkaitan signifikan negatif dengan kepuasan hidup (r = -0.598, p=0.000). Selain itu, ketiga-tiga jenis keamatan sokongan sosial iaitu sokongan keluarga, sokongan kawan dan sokongan orang yang penting mempunyai perkaitan signifikan dengan kepuasan hidup (r = 0.534, p = 0.000), (r = 0.399, p = 0.000) dan (r= 0.421, p = 0.000) masing- masing. Tambahan lagi, hasil kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan signifikan antara faktor jantina dengan kepuasan hidup. Kesimpulannya, hasil kajian ini menjelaskan bahawa pentingnya hubungan sosial antara keluarga dan orang sekeliling supaya tidak cenderung ke arah kemurungan seterusnya meningkatkan kepuasan hidup