46 research outputs found

    Pertumbuhan dan pelestarian industri eko-pelancongan: kajian pulau-pulau peranginan sekitar pantai timur, Sabah

    Get PDF
    Keindahan flora dan fauna di Sabah telah membantu sektor pelancongan menduduki tangga teratas penyumbang pendapatan utama kepada Negeri di Bawah Bayu ini untuk beberapa tahun berturut-turut. Ini berasaskan premis bahawa industri pelancongan secara tidak langsung memperkayakan kepelbagaian komoditi yang boleh dipasarkan. Kajian ini mencadangkan untuk menilai perkembangan industri eko-pelancongan di sekitar kepulauan berdekatan Semporna sambil cuba mencungkil pengalaman pelancong-pelancong antarabangsa yang berbeza-beza. Umumnya, sumbangan paling besar melalui industri pelancongan di situ yang boleh dilihat adalah pertumbuhan rancak resort-resort yang secara langsung menjadi pemangkin kepada proses pembandaran pekan Semporna, mendorong pertumbuhan resort yang diusahakan penduduk tempatan, peningkatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan peniaga-peniaga runcit kraftangan di Pulau Mabul, penambahan sumber pendapatan kerajaan negeri dan penduduk, dan perkembangan sistem perhubungan dan jaringan jalan raya. Walau bagaimanapun, persoalanpersoalan kelestarian (sustainbility), kesinambungan (continuity) dan keadaan yang berdekatan (contiguity) menyebabkan kemusnahan jangka panjang yang lebih buruk terhadap struktur dasar laut dan kedinamikan ekosistem di kawasan tersebut

    Media framing of a political personality: a case study of a Malaysian politician

    Get PDF
    The objective of this paper is to show how newspapers mould the image, personality and reputation of politicians through the pages of the newspapers by playing up or playing down their news and pictures. Using the framing theory, this paper looks at how 11 national and provincial newspapers frame news of Datuk Yong Teck Lee1, a politician from Sabah, a state within the Malaysian Federation. News samples were collected from 18 June 2008 (the day after the announcement made by Datuk Yong Teck Lee to quit the Coalition to the day after Coalition announced that they will focus on a Parliamentary by-election of Pematang Pauh on 7 August 2008. A total of 241 news and articles in Malay, English, and Mandarin were analyzed. In general, the study found mainstream and provincial newspapers differed in their reporting. Some newspapers tended to portray Datuk Yong Teck Lee negatively, while others pictured him as the hero of Sabah. There are also ‘neutral’ or objective reports. As the perception of people can be developed through their exposure of newspaper coverage, framing of news can help to show how newspapers play up or down such news and at the same time develop or destroy the reputation of political personalities

    Artikulasi isu-isu sejarah dalam media massa di Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan menelusuri perkembangan mediaskap di Malaysia secara sepintas lalu dan diikuti artikulasi isu-isu sejarah dalam media massa di Malaysia menerusi temubual mendalam dengan pengamal media. Secara umumnya, dari awal pengenalan akhbar sewaktu zaman penjajahan British sehinggalah kemunculan internet telah menyaksikan perubahan yang dramatik. Media memainkan pelbagai peranan penting kepada masyarakat mengikut peredaran masa. Peranan paling awal yang boleh dilihat adalah inisiatif mewujudkan semangat nasionalisme dan seterusnya mengerakkan usaha menuntut kemerdekaan. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh media di Malaysia dalam beberapa dekad kebelakangan ini untuk mengetengahkan peristiwa-peristiwa bersejarah bagi mempromosi toleransi dan perpaduan dalam kalangan masyarakat pluralistik Malaysia. Media juga dilihat secara konsisten berkompromi dengan dasar kerajaan untuk menghasilkan kandungan yang bersesuaian dengan nilai-nilai ketimuran dan memenuhi aspirasi negara melahirkan masyarakat demokratik yang liberal menjelang tahun 2020. Pelbagai program telah diterbitkan dengan matlamat memperkenalkan sejarah Malaysia misalannya Hari Ini Dalam Sejarah disamping menyelitkan peristiwa-peristiwa bersejarah sebagai latar cerita bagi mempromosi keharmonian dan keamanan kepada masyarakat multi etnik di Malaysia. Usaha ini dipermudahkan dengan dasar yang diterapkan oleh kerajaan. Kemunculan internet terutamanya enjin pencarian telah membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengakses lebih banyak maklumat. Sementara itu, media sosial telah bertindak sebagai platform wacana publik dan bertukar-tukar fikiran

    Articulation of history issues in Malaysian mass media

    Get PDF
    This study aims to describe mediascape development in Malaysia and articulation of history issues in Malaysian mass media through in-depth interviews with media practitioners. Generally, Malaysia mediascape has changed from the early introduction of the press during the British colonial era until the recently emergence of internet. Media play different significant roles for society over time. The earliest role was the efforts to create nationalism awareness and mobilize efforts to push for independence. Malaysian mass media have made tremendous efforts in recent decades to highlight historical events in media content to promote tolerance and unity among Malaysian multiracial society. The media have also showed consistent compromise with government policies in producing content that is appropriate with eastern values and national aspiration to create a liberal democratic society by 2020. Numerous programs were produced with the aim of promoting Malaysia history such as 'Hari Ini Dalam Sejarah' besides inserting historical events serving as background to media contents which promote peace and harmony in multi ethnic society. The emergence of internet search engine has provided opportunities for those interested with history access to more information. Meanwhile, social media has served as platform for public discourse and exchange of thoughts in Malaysian media

    Kajian penggunaan portal berita dalam kalangan remaja di Sabah

    Get PDF
    Penggunaan portal berita dalam kalangan remaja di Sabah merupakan sesuatuyang menarik untuk dikaji khususnya melihat pola penggunaan portal berita yang semakin berkembang. Kajian ini mempersembahkan pola kegunaan dan kepuasan portal berita dengan menggunakan survei ke atas 367 remajayang terdiri dari etnik Kadazandusun, Bajau, Murut, Melayu dan Cina berpandukan teori kegunaan dan kepuasan (U&G). Hasil dapatan kajian mendapati keperluan utama yang mendorong remaja Sabah mengakses portal berita ialah keperluan kognitif, penyepaduan sosial dan penyepaduan diri. Data juga menunjukkan remaja kerap menggunakan portal berita untuk pembelajaran, pencarian maklumat dan hiburan. Sementara itu, kepuasan yang paling tinggi diperolehi remaja ialah sifat mudah portal berita itu sendiri, kepuasan pengawasan dan kepuasan interaktiviti. Dalam fenomena kaya media hari ini portal berita sentiasa memainkan peranan penting dan diterima dengan baik dalam kalangan remaja di Sabah khususnya

    New Media, Incumbency and Malaysian Politics: The Defeat of the Barisan Nasional (BN) in GE14 (2018)

    Get PDF
    The Malaysian 14th General Election (GE14) has ended the political domination of Barisan Nasional (BN) of the last 61 years and resulted in a new discussion in Malaysian politics. The main purpose of this study is to explore the factors that caused BN to fail in the last election and to refine the incumbency theory posited by Hirano and Snyder Jr (2012) and Torcal (2014). We argue that various factors have contributed to the defeat of the BN government in the 14th GE, namely the 1MDB corruption scandal, the implementation of the progressive Good and Service Tax (GST), the rise of living costs, and the China-oriented foreign and economic policies, as well as the Mahathir factor. Our results also contribute to further developing incumbency theory. Instead of relying on traditional factor of incumbent defeat in election such as scandal and economic factors, the role of new media in spreading the news about the corruption scandal and the government’s economic underperformance have also contributed to a political shift in Malaysia.&nbsp

    The news types of two countries: a comparatives study of news values of quality newspapers and popular newspapers in Malaysia and Britain

    Get PDF
    This study examined the news values in the front page lead stories and thus identified types of news that frequently published in front pages of two quality newspapers and two primary tabloid newspapers from Malaysia and Britain. Sample for this research taken from March 2008 and content analysis had been used as the research method for the further development of this research. This comparative study is not merely assessing the distinction or similarity within these quality and popular newspapers in Malaysia and Britain, but also to compare the different newspaper format used in both selected countries. The findings indicating that quality newspaper from both countries are prone to report news regarding on politics, economics, and internal issues involved in the country itself. The worthiness or the values of this news consist of traits such as magnitude, surprise, bad news, and the power elite. In contrast of popular newspapers, it emphasize heavily on sensational news such as crime news stories, social illness, and so forth where these news items gripping strongly on traits such as entertainment, surprise news, bad news, and celebrity news

    Pemilihan berita dari perspektif wartawan media cetak di Malaysia

    Get PDF
    Pelbagai peristiwa berlaku setiap hari. Namun, tidak semua peristiwa ini menjadi berita (Fleming et al. 2006, Lippmann [1950], 2006). Berikutan itu, persoalan asas yang sering ditanya adalah ‘Apakah yang menjadikan sesebuah peristiwa kepada berita?’ Untuk menjawab persoalan ini, banyak kajian media dilakukan untuk mengkaji dan mengenal pasti kriteria nilai berita yang secara implisit dan eksplisitnya mempengaruhi keputusan membuat berita. Namun, kajian banyak tertumpu kepada bentuk kuantitatif, terutamanya analisis kandungan (Galtung & Ruge 1965, Harcup & O’Neil 2001). Kajian ini cuba mengkaji nilai berita dalam akhbar Malaysia melalui kaedah kajian kualitatif iaitu melalui kaedah temubual dengan wartawan. Pendekatan ini melihat berita daripada perspektif individu yang terlibat dalam pembikinan berita (Harisson 2006). Pengkajian terhadap persoalan asas dalam kewartawanan ini bukan isu remeh dan menjadi satu usaha untuk menjana semula kekuatan ilmu media di Malaysia. Kajian yang meneroka perspektif pengamal media yang merupakan aktor utama dalam proses membuat berita memberi kupasan lebih mendalam dalam menjawab persoalan asas dalam ilmu kewartawanan ini dalam konteks tempatan

    Artikulasi isu-isu sejarah dalam media massa di Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan menelusuri perkembangan mediaskap di Malaysia secara sepintas lalu dan diikuti artikulasi isu-isu sejarah dalam media massa di Malaysia menerusi temubual mendalam dengan pengamal media. Secara umumnya, dari awal pengenalan akhbar sewaktu zaman penjajahan British sehinggalah kemunculan internet telah menyaksikan perubahan yang dramatik. Media memainkan pelbagai peranan penting kepada masyarakat mengikut peredaran masa. Peranan paling awal yang boleh dilihat adalah inisiatif mewujudkan semangat nasionalisme dan seterusnya mengerakkan usaha menuntut kemerdekaan. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh media di Malaysia dalam beberapa dekad kebelakangan ini untuk mengetengahkan peristiwa-peristiwa bersejarah bagi mempromosi toleransi dan perpaduan dalam kalangan masyarakat pluralistik Malaysia. Media juga dilihat secara konsisten berkompromi dengan dasar kerajaan untuk menghasilkan kandungan yang bersesuaian dengan nilai-nilai ketimuran dan memenuhi aspirasi negara melahirkan masyarakat demokratik yang liberal menjelang tahun 2020. Pelbagai program telah diterbitkan dengan matlamat memperkenalkan sejarah Malaysia misalannya Hari Ini Dalam Sejarah disamping menyelitkan peristiwa-peristiwa bersejarah sebagai latar cerita bagi mempromosi keharmonian dan keamanan kepada masyarakat multi etnik di Malaysia. Usaha ini dipermudahkan dengan dasar yang diterapkan oleh kerajaan. Kemunculan internet terutamanya enjin pencarian telah membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengakses lebih banyak maklumat. Sementara itu, media sosial telah bertindak sebagai platform wacana publik dan bertukar-tukar fikiran
    corecore