3 research outputs found

    Penggunaan Media Sosial Dikalangan Perpustakaan Politeknik Malaysia: Tinjauan Ringkas Di Politeknik Terpilih

    Get PDF
    Internet telah merubah senario landskap dunia hari ini. Sejak diperkenalkan dengan masyarakat dunia pelbagai keterujaan telah terjadi. Tinjauan ini diadaptasi melalui Kajian Taylor & Francis pada tahun 2014 ke atas pustakawan di Amerika Syarikat, India dan United Kingdom berkaitan dengan media sosial. Politeknik Malaysia merupakan institusi latihan teknikal dan vokasional dimulai dengan penubuhan Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969. Tinjauan ringkas ini dilakukan ke atas 14 buah politeknik di Malaysia. Tinjaun mendapati tujuh buah Politeknik tidak mempunyai portal sendiri untuk mengaplikasikan penggunaan media sosial yang sudah menjadi sebahagian hidup masyarakat. Perpustakaan Politeknik menggunakan pelbagai saluran media sosial yang utama seperti Facebook, Instagram, twitter, ResearchGate, Academic.edu dan sebagainya. Selain itu didapati Politeknik Malaysia ada yang tidak mempunyai akaun media sosial untuk menggunakan kemudahan media sosial untuk mempromosi pelbagai aktiviti bagi menarik minat pengunjung. Bagi melancarkan atau memperkemaskan lagi penggunaan media sosial, Perpustakaan Politeknik mempunyai pengendali untuk mengurus media sosial yang digunakan. Perbincangan menumpukan aspek internet dan gajet yang sangat penting disamping kepentingan menyesuaikan teknologi secara kreatif dan inovatif oleh pustakawan. Media sosial merupakan satu peluang kepada perpustakaan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat. Mempromosi perpustakaan menjadi sangat mudah melalui media sosial. Rumusan tinjauan mendapati masih ada perpustakaan Politeknik Malaysia tidak mengadaptasi media sosial dalam perkhidmatan perpustakaan. Kajian lanjut perlu dilaksanakan untuk melihat berkaitan aspek media sosial di perpustakaan Politeknik Malaysia. Media sosial telah menjadi sebahagian kehidupan masyarakat, malah media sosial berupaya menjenamakan perpustakaan untuk kekal relavan

    Integrating Technology by Malaysian Polytechnic Students in Utilizing Institutional Repositories: A Continuous Study Employing the UTAUT Framework

    Get PDF
    This paper is to report the progress of the research which aims to determine the acceptance of Malaysian polytechnic students towards Institutional Repository for learning. User acceptance of a new technology or innovation is carried out to assess the level of user acceptance and response and has been adopted user acceptance theories such as Unified Theory and Use of Technology (UTAUT) and added attitudes as an external variables. This study hold significant important for the visibility and sustainability of the Institutional Repository platform for the long term. However, the study of technology acceptance at the Institutional Repository in Malaysian polytechnics seems to still lack research data related to user acceptance for the Institutional Repository platform to ensure that this service is implemented effectively to assist library users. Objective of this study is to examine user acceptance towards Institutional Repository platform for facilitating the learning process among Malaysian polytechnics students. This quantitative empirical study will conducted at four Malaysia polytechnic in Malaysia which is used propulsive sampling technique which is Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Seberang Perai and Politeknik Kota Bharu. The three constructs of the UTAUT model are used as direct determinants of behavior intention and added with attitudes as external variables as moderators. Data analysis will use SPSS for descriptive and Smart PLS SEM for structural equation modelling. Next, there are needs of the user’s acceptance study towards Institutional Repository platform since it has never implemented. The benefits of technology adoption will reflect students' perceptions of its adoption and the stakeholders who should be responsible for planning, managing and promoting digital libraries for the benefit of student

    Keperluan maklumat pelajar diploma kejuruteraan politeknik Kuching, Sarawak: Satu tinjauan

    Get PDF
    Keperluan maklumat bagi setiap individu berbeza antara satu sama lain. Sebagai seorang pelajar, maklumat yang diperlukan boleh dianggap bersifat lebih akademik yang dapat membantu mereka menyelesaikan pelbagai persoalan. Artikel ini membincangkan secara ringkas berkaitan penemuan terhadap keperluan maklumat pelajar diploma kejuruteraan di Politeknik Kuching Sarawak (PKS). Antara objektif tinjauan ini ialah bagi mengenalpasti keperluan maklumat, faktor yang mempengaruhi keperluan maklumat dan mengenalpasti sumber maklumat bagi memenuhi keperluan maklumat para pelajar yang mengikuti program kejuruteraan. Persampelan yang dipilih meliputi semua pelajar-pelajar semester lima dan enam yang melibatkan seramai 430 orang pelajar berbanding jumlah keseluruhan pelajar PKS semasa seramai 2,738 orang. Antara penemuan yang telah diperolehi ialah peranan Bahasa Melayu yang menjadi medium utama sama ada dari aspek komunikasi dan pemilihan bahan pembacaan. Selain itu, penggunaan internet di kalangan pelajar yang mana mereka sudah mempunyai pengetahuan tentang internet sejak alam persekolahan lagi. Tinjauan ini juga mendapati majoriti responden mengakses media-media sosial sebagai pilihan utama berbanding dengan akses-akses yang lain bersifat akademik. Rumusan tinjauan juga mendapati pengaruh bahasa memainkan peranan dalam aspek komunikasi dan pemilihan bahan bacaan
    corecore