1 research outputs found

    FMRepS: Pengurusan aduan kerosakan di Kolej Kediaman Perwira UTHM

    Get PDF
    Kolej Kediaman Perwira berhadapan dengan masalah merekod aduan kerosakan dan menyimpan butiran berkenaan pelajar yang semakin bertambah. Sehingga kajian ini dilakukan, jumlah penghuni sudah melebihi 500 orang. Begitu juga dengan aduan kerosakan yang diterima oleh pihak pengurusan kolej dari penghuni juga turut meningkat. Hal ini meresahkan staf Kolej Kediaman Perwira kerana pertambahan aduan bermakna bertambahnya penggunaan kertas dan dikhuatiri meningkatkan kos pengurusan Kolej Kediaman Perwira. Oleh yang demikian, Facilities Management Report System (FMRepS) telah dibangunkan bagi mengurangkan beban pihak pengurusan kolej dan yang lebih penting ialah memudahkan dan mencepatkan proses aduan kerosakan seperti yang disasarkan matlamat utama sistem. Sistem ini merekod segala butiran pelajar dan aduan yang ingin dibuat boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu ke pejabat pengurusan Kolej Kediaman Perwira. Pembangunan FMRepS adalah berdasarkan Model Air Terjun dan menggunakan perisian Adobe Macromedia Dreamweaver, Adobe Photoshop dan MySQL sebagai pangkalan data untuk mencapai dan menyimpan data. Pemantauan telah dilakukan di Kolej Kediaman Perwira untuk melihat penggunaan kertas setelah FMRepS diimplemen di kolej. Hasil kajian menunjukkan FMRepS mampu mengurangkan kos kertas dan juga masa memproses aduan kerosakan. Ini menjadikan urusan aduan menjadi lebih mudah dan lebih efektif di Kolej Kediaman Perwira
    corecore