3 research outputs found

    Perspektif Islam dan sains : kesan madu terhadap memori spatial / Mohd Amiruddin bin Kamarulzaidi

    Get PDF
    Madu, pemanis semulajadi, dianggap oleh sains sebagai makanan yang berkhasiat kerana mengandungi gula dan pelbagai bahan fitokimia. Penggunaan madu dari kedua-dua perspektif sains dan tradisi Islam, dengan memfokus tentang kaitannya dengan memori, menjadi topik kajian ini. Kajian juga melibatkan kerja makmal yang menggunakan model tingkah laku haiwan. Konsep madu sebagai penawar dalam tradisi Islam adalah berdasarkan pernyataan khusus di dalam surah al-Nahl (Lebah), iaitu surah al-Qur’an yang ke-16. Ayat 68-69 menyatakan tentang penghasilan madu dalam pelbagai warna, pembuatan sarang oleh lebah di pelbagai tempat dan juga kebolehan madu “menyembuh”. Beberapa hadith turut menyokong peranan madu sebagai penawar dan sarjana-sarjana Muslim terdahulu menyarankan pengambilan madu untuk meningkatkan memori. Pengkaji sains telah membuktikan kesan positif madu terhadap beberapa masalah kesihatan, tetapi maklumat yang mengaitkannya dengan memori adalah sedikit. Analisis kandungan (content analysis) berkaitan penggunaan madu dan memori dari perspektif sains disorot melalui pelbagai penerbitan jurnal saintifik dan bagi perspektif tradisi Islam adalah berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an, hadith, tulisan sarjana Islam dan laman web berautoriti. Maklumat yang dikenalpasti, dibanding dan didokumentasi secara sistematik. Kajian makmal pula melihat kepada kesan pengambilan selama tiga bulan sejenis madu tempatan (madu Tualang) terhadap memori spatial (berkaitan ruang) berdasarkan kelakuan tikus jantan Sprague Dawley (Eksperimen 1). Selain itu, perbandingan dilakukan antara kumpulan disuap-paksa dengan madu Tualang atau larutan salin dari aspek pencirian am morfologi luaran struktur otak (Eksperimen 2) dan aspek neurohistologi hipokampus, struktur otak berkaitan pembentukan memori (Eksperimen 3). Eksperimen (1) menggunakan instrumen Radial Arm Maze (RAM). Keputusan Eksperimen (2) diperoleh di akhir kerja makmal eksperimen (1), bila mana otak yang dibedah keluar diamati serta ciri-ciri terpilih morfologi am diukur. Seterusnya dalam Eksperimen (3) teknik pewarnaan neurohistologi Nissl diaplikasi ke atas tisu hipokampus. Hasil analisis kandungan mendapati kedua-dua perspektif menyarankan madu dalam penjagaan kesihatan. Penggunaan madu untuk memori tidak dinyatakan secara khusus di dalam al-Qur’an dan hadith, tetapi disebut di dalam penulisan sarjana-sarjana Islam. Kajian kelakuan membuktikan pengambilan madu Tualang sekurang-kurangnya selama tujuh minggu dapat meningkatkan memori spatial tikus, terutamanya memori kerja (working memory) dan memori rujukan (reference memory). Kumpulan ini kurang melakukan kesilapan berbanding kumpulan kawalan. Pengambilan madu Tualang tidak mengakibatkan sebarang kesan buruk terhadap tinggi, luas dan berat keseluruhan struktur otak. Dari aspek neurohistologi tisu hipokampus tidak terjejas dengan pengambilan madu Tualang. Kumpulan utama neuron piramid di lapisan CA1 dan CA3 yang dilaporkan terlibat dalam penghasilan memori boleh diamati. Pengiraan sel menunjukkan peningkatan neuron yang signifikan (p<0.05) bagi kedua-dua kawasan. Kawasan CA1 mencatatkan bilangan neuron yang paling banyak diikuti dengan di kawasan CA3c dan CA3a. Kesimpulannya, saranan pengambilan madu untuk memori oleh tradisi Islam disokong oleh kajian ini. Penemuan ini menunjukkan pengambilan madu Tualang memberikan kesan positif terhadap memori spatial dan bilangan neuron piramid hipokampus; mungkin disebabkan ciri kandungan antioksidanya seperti yang dilaporkan oleh pengkaji lain

    Tualang honey consumption enhanced hippocampal pyramidal count and spatial memory performance of adult male rats

    Get PDF
    As a natural anti-oxidant source, Tualang honey, produced by wild bees nesting on the Tualang tree (Koompassia excelsa) is expected to have positive influence on health, including memory. This study investigated the effect of Tualang honey on the cell count of memory formation related hippocampal pyramidal neuron and on spatial memory performance (SMP) of rats using the radial arm maze (RAM). Sprague Dawley male rats (n=24), 7-8 weeks old were divided into two groups; experimental group group force-fed 1 mL/100 g body weight with 70% honey (HG); and the control group with 0.9% saline (CG) for 12 weeks. Nissl staining technique (with cresyl violet) was employed for neurohistological analysis of the hippocampal tissue. Six randomly selected rats from each group were used for the neuronal soma counting of pyramidal cell layer CA1, CA3a and CA3c regions. Two-way ANOVA analysis showed positively significant differences between treatment and control groups for SMP comparison of working memory and reference memory components, as well as the number of pyramidal neurons. Hence, this positive effects of Tualang honey, as demonstrated behaviorally and neurohistologically, supported report that Tualang honey could improve memory and deter hippocampal morphological impairments; possibly due to its high anti-oxidant properties

    Morphometric Study of Hippocampal CA1 Pyramidal Neurons after Tualang Honey Administration

    No full text
    Tualang honey can be collected from the hives of Apis dorsata bee species on Tualang trees. Its various nutritional and curative properties could probably be due to its antioxidant effects. Subsequent to previous studies demonstrating its positive effects on spatial memory performance and hippocampal neuronal count, the current study investigated whether it has morphometric effects on the hippocampal cornu ammonis 1 (CA1) pyramidal neurons. It is important to evaluate the characteristics of hippocampal constituent neurons since this brain structure, which is primarily involved in memory processing, is most vulnerable towards oxidative stress. Male Sprague Dawley rats were force-fed five days a week for 12 consecutive weeks with 1.0ml/100g body weight of 70% Tualang honey (HON) or with 0.9% saline (SAL) as control. Nissl’s stained dorsal transverse hippocampal sections (8µm thick) of both groups were visualized under Olympus BX51 light microscope. Images were captured using Analyzer Life Science software and morphometric analysis was conducted using Image-Pro Premier 9.1 64-bit software. Only neuronal somas with clear nucleus and nucleolus were included in the morphometric analysis. Significant differences were observed between the groups for all five parameters selected (somatic area [SA], somatic perimeter [SP], somatic aspect ratio [SAR], somatic circularity index [SCI], and somatic roundness [SRo]). Values of SA and SP of HON group indicated significantly bigger sized CA1 neurons. Values of SAR, SCI and SRo, which indicated the shape of the neuronal somas, are biased towards less rounded shape. These values demonstrated HON has effects at the neuronal morphometric level
    corecore