2 research outputs found
Analisis pewarisan pusaka menurut Islam dalam Filem Klasik, Tiga Abdul
Filem-filem Melayu telah memaparkan pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuklah berkaitan pewarisan harta pusaka. Oleh itu, kajian ini menganalisis konteks pewarisan harta pusaka dalam filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P. Ramlee dan mengenal pasti kesahan kontrak-kontrak pewarisan ini menurut hukum Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan sosiologi sastera yang dicerakinkan dengan analisis kandungan kualitatif. Data kajian diperoleh melalui ujaran-ujaran yang berkaitan harta pusaka di dalam filem tersebut. Ujaran-ujaran ini dianalisis untuk mengenal pasti tema-tema yang dibincangkan. âPengurusan harta pusakaâ dan âPerancangan harta pusakaâ didapati sebagai tema utama dalam filem ini. Pengurusan harta pusaka merujuk kepada tujuh subtema iaitu âPengetahuan berkaitan pusakaâ, âTuduhan membolot hartaâ, âWasi mempercepatkan urusan pusakaâ, âPembahagian yang tidak adilâ, âTuduhan menyebabkan kematianâ, âPertikaian kaedah pewarisanâ dan âCampur tangan pihak ketigaâ. Ketujuh-tujuh tema tersebut dikenal pasti wujud selepas kematian pemilik harta. Manakala perancangan harta pusaka merangkumi âGalakan membuat perancangan pewarisanâ, âPelantikan wasiâ dan âPemberian semasa hayatâ. Subtema-subtema ini didapati ketika pemilik harta masih hidup dan merancang pembahagian pusaka selepas kematian. Kajian ini merupakan kajian awal terhadap elemen pewarisan yang diangkat sebagai salah satu tema dalam sesebuah filem. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu penulis skrip, pengarah dan penerbit filem untuk mengetengahkan teori dan isu pewarisan harta pusaka menurut Islam dalam kalangan masyarakat khususnya di Malaysia. Usaha ini dapat membantu memberikan maklumat benar kepada penonton mengenai kaedah pengurusan dan perancangan harta pusaka
ETR 300 : Tulip Larut Sdn. Bhd. / Irda Rina Kamarul Bahrain... [et al.]
Tulip Larut Sdn. Bhd adalah sebuah perniagaan menanam dan membekal bunga tulip kepada Kawasan sekitar negeri Perak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang seperti hotel, kedai bunga serta pelancong yang datang ke Bukit Larut. Perusahaan ini beralamat di No. 3, Lot 988, Jalan Kamunting, 34600 Kamunting, Perak