2 research outputs found

    Pembersih bilah kipas siling

    Get PDF
    Kebanyakan rumah pada kebiasaannya mempunyai kipas siling tidak kira samada rumah moden atau tradisional. Kipas siling merupakan sejenis kipas yang digantung pada bahagian atas rumah untuk mengitar udara melalui bilah-bilah kipas berputar (Norfarahanim Mohd@Ramli, 2007). Ia berfungsi untuk menyerakkan udara di sekeliling kawasan secara lebih menyeluruh namun ia tidak mengubah suhu bilik secara langsung. Lazimnya, bilah akan berputar pada arah lawan jam untuk menolak udara sejuk turun ke bawah. Apabila menghampiri lantai, angin yang terhasil akan terserak ke semua arah dan udara panas akan naik ke atas secara semulajadi untuk menggantikan udara sejuk yang telah ditolak kebawah

    Khemah mangsa banjir patuh syariah

    Get PDF
    Kebelakangan ini semakin kerap bencana banjir yang melanda negara Malaysia. Bencana banjir yang berlaku ini, sama ada daripada tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab mahupun faktor iklim, kedua-duanya membawa kepada akibat yang besar kepada sesebuah masyarakat. Keadaan semakin buruk dengan fenomena La Nina yang menyebabkan hujan lebat selain musim tengkujuh yang sering berlaku di bahagian pantai timur negara [1]. Penduduk yang berada di negeri-negeri yang mengalami banjir mengalami masalah yang sama. Tinggal di dalam khemah mangsa banjir sudah menjadi lumrah bagi mereka di sesetangah kawasan yang mengalami banjir yang teruk. Projek ini bertujuan membina sebuah khemah khususnya bagi penempatan mangsa banjir yang melanda negara. Projek yang dijalankan ini merujuk kepada segala permasalahan yang wujud di kalangan mangsa–manga banjir sendiri. Kumpulan sasaran adalah mangsa banjir yang berada di negeri yang sering mengalami banjir seperti di Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang. Objektif projek Khemah patuh Syariah ini adalah untuk membantu para mangsa dalam memberi satu keselesaan khususnya bagi mereka yang berkeluarga dan para wanita. Keselesaan yang dimaksudkan adalah fleksibiliti untuk menunaikan solat, mengambil wudhuk dan menukar pakaian. Projek ini diinovasi daripada khemah IM4U (1Malaysia For Youth) milik kerajaan yang telah digunakan bagi penempatan sementara mangsa banjir di Malaysia. Data-data dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Melalui borang kajian yang diedarkan serta selepas dikaji secara teliti didapati bahawa masih ada kekurangan yang perlu dititikberatkan demi memberi keselesaan yang sepatutnya kepada mangsa banjir ini
    corecore