2 research outputs found

    Fabrication And Characterization Of Germanium, Zinc Oxide And Their Compounds By Thermal Evaporation Technique

    Get PDF
    Tujuan utama kajian ini adalah bagi mengkaji mekanisma pertumbuhan struktur germanium, zink oksida dan sebatiannya melalui kaedah peruapan terma yang mudah dan berkos rendah. Keduanya, bagi memfabrikasi dan menyiasat potensi struktur yang terpilih untuk aplikasi penderiaan. Dalam bahagian pertama kerja ini, penumbuhan struktur unik germanium oksida (GeO2) bersaiz zarah tanpa pemangkin telah dikaji. Kesan oksigen dalam pembentukan struktur GeO2 telah dikaji dan sifat-sifat struktur dan optik serta mekanisme pertumbuhan wap-pepejal (VS) telah disiasat dan dicadangkan. Didapati GeO2 bersaiz zarah menggunakan oksigen (O2) daripada persekitaran mempunyai ciri-ciri yang hampir sama sepertimana juga keputusan diperolehi dengan membekalkan aliran O2 daripada sumber luar. Selain itu, pulau-pulau germanium seragam (GIs) telah ditumbuhkan di atas substrat Si menggunakan nikel (Ni) sebagai pemangkin. This work mainly aims to study the growth mechanism of germanium (Ge), zinc oxide (ZnO), and their compounds through simple and low-cost thermal evaporation. Potential structures were also fabricated and investigated for sensor applications. In the first part, germanium oxide (GeO2) was grown using a novel one-step method without catalyst. The effect of oxygen (O2) supply in structure formation and the structural and optical properties of GeO2 were investigated, and the vapor–solid growth mechanism was proposed. The particle size of GeO2 grown using ambient O2 was similar to that obtained with a fixed O2 flow from an external source. Uniform-sized Ge islands (GIs) were also grown on a Si substrate with Ni catalyst

    Persepsi terhadap pelajar-pelajar lepasan Pra Diploma (Sains) : suatu kajian terhadap pencapaian pelajar-pelajar dalam bidang kejuruteraan / Mohd Muzafa Jumidali, Mohd Saifulnizam Abu Bakar and Fathinul Najib Ahmad Sa’ad

    Get PDF
    Program Pra Diploma (Sainsj telah di perkenalkan oleh Universili Teknologi MARA untuk memberi peluang kedua bagi pelajar-pelajar yang mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang memuaskan untuk memperbaiki keupayaan penguasaan sains dan matematik mereka, seterusnya melayakkan mereka ditawarkan ke Program Diploma. Keberkesanan Program ini dalam sistem UiTM boleh dilihat sejauh mana pencapaian lulusan Program ini berjaya dalam Program Diploma. Kajian mendapati pelajar-pelajar berjaya menamatkan pengajian seperti yang diharapkan dan prestasi akademik mereka juga agak baik kerana berjaya mengatasi sasaran objektif kualiti UiTM Pulau Pinang. Selain pencapaian beberapa pelajar mendapat Anugerah Naib Canselor dan peratusan yang agak tinggi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah menunjukkan Program ini masih relevan dan menjadi salah satu sumber utama dalam mensasarkan enrolmen pelajar kepada 200,000 pada 2010
    corecore