3 research outputs found

    Memperkasa pembangunan modal insan Malaysia di peringkat kanak-kanak: kajian kebolehlaksanaan dan kebolehintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum PERMATA Negara

    Get PDF
    Kajian ini adalah mengenai pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) untuk PERMATA Negara dan bertujuan menentukan kebolehlaksanaan pendidikan STEM kepada kanak-kanak 3-4 tahun di taska PERMATA dan kebolehintegrasian pendidikan STEM ke dalam Kurikulum PERMATA Negara. Selain itu, kajian ini juga menilai kesan pendidikan STEM terhadap kebolehan inkuiri, penerokaan, rekacipta, refleksi, minat, komunikasi, dan kerjasama dalam kalangan kanak-kanak yang terlibat. Sepuluh Modul STEM telah dibina dan ditentusahkan oleh pendidik PERMATA dan penyelidik pakar bidang STEM. Seramai 22 orang pendidik dan 160 orang kanak-kanak dari 19 buah Taska PERMATA terlibat sebagai responden. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan (p<0.001) terhadap kebolehan inkuiri, penerokaan, rekacipta, reflleksi, minat, dan komunikasi serta semangat kerjasama kanak-kanak. Kesan latihan STEM kepada pendidik juga menunjukkan peningkatan yang sangat besar dan signifikan terhadap pengetahuan, pemahaman, kemahiran dan keyakinan diri pendidik melaksanakan STEM di taska. Dapatan-dapatan ini memberi implikasi positif terhadap pelaksanaan STEM di peringkat awal kanak-kanak. Bahagian Permata Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi pelaksana perlu segera mengintegrasikan STEM ke dalam kurikulum PERMATA dan menyediakan latihan profesional STEM kepada pendidik-pendidik menerusi penubuhan Jawatankuasa Pelaksana , penggubalan dasar-dasar yang sesuai , dan penglibatan industri, swasta dan GLC

    Investigator Cilik : Pembelajaran berasaskan penyiasatan menerusi pendekatan projek ke arah penjanaan minda kreatif & inovatif.

    No full text
    Tujuan kajian ini adalah untuk memperkenalkan Pendekatan Projek dalam pendidikan awal kanak-kanak di prasekolah luar bandar di daerah Kota Bharu, sebuah bandar di pantai timur Malaysia. Kebanyakan guru prasekolah ini mempunyai latihan formal dalam pendidikan awal kanak-kanak. Pengetahuan dan pengalaman mereka dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah melalui aktiviti bersama kanak-kanak di Tabika. Tema-tema ini dikenal pasti berdasarkan analisis data secara kualitatif; (1) pembelajaran melalui penyiasatan, (2) kerja berpasukan, dan (3) komunikasi. Dengan menggunakan Pendekatan Islamic Project ini, guru dapat menyediakan diri mereka untuk membantu kanak-kanak menjadi penyiasat muda dengan melaksanakan idea-idea baru dalam mengajar anak-anak

    Young Investigator - Towards Creativity and Innovative Mind Through Inquiry Learning Using Qualitative Study

    Get PDF
    The aim of the study was to introduce Project Approach in early childhood education in rural pre schools in the district of Kota Bharu a town in the eastcoast of Malaysia. Most of the teachers of these pre schools does not have a formal training in early childhood education. Their knowledge and experience in early childhood education were through hands on and on the job training. The themes identified from the qualitative data analysis were (1) inquiry learning, (2) teamwork, and (3) communication. Using Project approach teacher is able to prepare new ideas to teach children using inquiry learning in preparing them to be young investigator
    corecore