4 research outputs found

    Persepsi perkhidmatan pengembangan dan amalan pertanian baik pekebun kecil sawit persendirian

    Get PDF
    Perkhidmatan pengembangan merupakan salah satu khidmat yang disediakan dalam sektor pertanian. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) merupakan salah satu agensi yang menyediakan perkhidmatan pendidikan pengembangan kepada pekebun kecil sawit persendirian di bawah Unit Pengembangan dan Latihan. Kumpulan Pusat Tunjuk Ajar Sawit (TUNAS) yang terletak di bawah unit ini bertanggungjawab memberikan khidmat pendidikan pengembangan seperti ceramah teknikal, tunjuk kaedah, nasihat dan bimbingan di tapak melalui pegawai TUNAS yang dilantik. Mereka bertanggungjawab memberi perkhidmatan seperti menyampaikan maklumat dan teknologi terkini berkaitan tanaman sawit selain menyalurkan skim bantuan kerajaan kepada pekebun kecil yang terlibat. Kualiti perkhidmatan pegawai TUNAS memberi impak kepada amalan pertanian baik pekebun kecil sawit. Walau bagaimanapun, pekebun kecil sawit persendirian masih menghadapi pelbagai kekangan yang menyebabkan mereka sukar untuk maju sekiranya tiada sokongan dan bantuan. Juga faktor kesedaran yang terhad terhadap teknologi baru dan amalan pertanian baik menyukarkan pekebun kecil untuk memenuhi keperluan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO). Justeru, objektif artikel ini adalah untuk menilai persepsi perkhidmatan pengembangan pegawai TUNAS dan amalan pertanian baik pekebun kecil yang berada di Saratok, Sarawak. Seramai 173 orang pekebun kecil menilai pegawai TUNAS yang memberi perkhidmatan pengembangan kepada mereka menerusi borang soal selidik. Kajian mendapati majoriti pekebun kecil memberikan nilai tinggi kepada pegawai TUNAS dalam komponen komunikasi, sikap dan keperibadian, dan kepimpinan. Selain itu, pekebun kecil memberikan nilai sederhana kepada pegawai TUNAS bagi komponen pengetahuan dan tunjuk cara teknik pertanian. Manakala impak kepada amalan pertanian baik pula, didapati pekebun kecil yang mengikut pematuhan adalah amalan pembajaan sawit dan amalan penuaian sawit. Manakala amalan sistem perparitan, rekod dan integrasi serta amalan bebas penyakit dan parasit masih berada pada tahap sederhana selepas menerima pemindahan teknologi. Oleh itu, unit pengembangan MPOB perlu memperbanyakkan latihan dan kursus kepada pegawai TUNAS sejajar dengan keperluan pekebun kecil dalam meningkatkan produktiviti sawit

    Faktor tarikan pelajar siswazah antarabangsa ke universiti penyelidikan di Malaysia.

    Get PDF
    Pendidikan tinggi di Malaysia mengalami perubahan bagi memenuhi aspirasi pembangunan negara dan pasaran antarabangsa. Pelan strategik pendidikan tinggi negara juga berhasrat menarik pelajar antarabangsa pasca siswazah khususnya di universiti penyelidikan termasuklah UKM. Jesteru itu, objektif kajian mengenal pasti faktor tarikan pelajar antarabangsa memilih UKM. Seramai 369 pelajar siswazah antarabangsa di UKM memberikan maklum balas menerusi borang kaji selidik. Ujian t dan ujian Kruskal-Wallis digunakan untuk meneliti perbezaan faktor tarikan. Hasil kajian mendapati tiada perbezaan faktor yang signifikan antara pelajar PhD dan sarjana. Namun demikian terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor peluang biasiswa/geran, kos pengajian dan kursus yang diiktiraf mengikut benua asal pelajar

    Pendidikan rentas sempadan dan isu kepuasan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan – Kajian kes pelajar antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia

    Get PDF
    Memasarkan pendidikan tinggi kepada pelajar antarabangsa kini merupakan kaedah yang diiktiraf rasmi bagi meluas-lebar dan menaik-taraf ruang pendidikan Malaysia. Kejayaan usaha menyerlahkan pendidikan tinggi Malaysia ke persada dayasaing dunia tentunya amat bergantung kepada prestasi sistem penyampaian perkhidmatan menurut penilaian pelanggan antarabangsa berkenaan. Artikel ini bertujuan membincangkan tahap kepuasan dalam kalangan pelajar pasca siswazah antarabangsa terhadap kualiti sistem penyampaian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) secara perbandingan mengikut jantina dan program pengajian siswazah. Seramai 369 pelajar pasca siswazah terlibat dalam kajian ini dan borang kaji selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Perkhidmatan sistem penyampaian telah dikelaskan kepada 15 komponen, iaitu permohonan untuk kemasukan, proses pendaftaran, proses penyeliaan, pengajaran dan pembelajaran penghantaran, kemudahan pengajaran dan pembelajaran, perkhidmatan perpustakaan, kakitangan sokongan, penginapan pelajar, sistem pengangkutan kampus, kafeteria, perkhidmatan sokongan kampus, keselamatan dan keselamatan, perhubungan pelajar, peperiksaan dan viva-voce, kelayakan dan tamat pengajian. Hasil Ujian-t menunjukkan tahap kepuasan pelajar pasca siswazah antarabangsa terhadap sistem penyampaian perkhidmatan UKM adalah sederhana

    Kualiti dan prestasi kerja graduan Kolej Komuniti: penilaian oleh majikan bandar

    Get PDF
    Institusi pendidikan tinggi seharusnya mampu melahirkan graduan yang mantap pengkhususan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap selari dengan hasrat pembangunan modal insan negara. Peningkatan kualiti berterusan pendidikan tinggi amat penting untuk memenuhi permintaan pasaran buruh semasa dan masa hadapan. Sehubungan itu, Kolej komuniti menawarkan kursus yang relevan dengan keperluan industri. Justeru itu, objektif artikel ini menilai kualiti dan prestasi kerja lulusan kolej komuniti yang berada di pasaran buruh. Sebanyak 140 majikan menilai lulusan kolej komuniti yang berkhidmat di syarikat mereka menerusi borang kaji selidik. Kajian mendapati majoriti majikan memberikan nilai baik dalam aspek pengkhususan, komunikasi dan interpersonal, teknologi maklumat, etika dan nilai. Namun, majikan memberikan nilai sederhana aspek penyelesaian masalah dan membuat keputusan, perancangan kerja, kemahiran berfikir, inovasi dan kefasihan berbahasa Inggeris. Hasil kajian juga mendapati wujud hubungan yang signifikan antara kualiti graduan dengan prestasi kerja subjektif bagi lepasan kolej komuniti. Namun demikian tidak terdapat hubungan dan pengaruh yang signifikan antara kualiti graduan dengan produktiviti (gaji) kecuali bagi kelayakan akademik dan tempoh perkhidmatan
    corecore