'Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia'
Abstract
Institusi pendidikan tinggi seharusnya mampu melahirkan graduan yang mantap pengkhususan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap selari dengan hasrat pembangunan modal insan negara. Peningkatan kualiti berterusan pendidikan tinggi amat penting untuk memenuhi permintaan pasaran buruh semasa dan masa hadapan. Sehubungan itu, Kolej komuniti menawarkan kursus yang relevan dengan keperluan industri. Justeru itu, objektif artikel ini menilai kualiti dan prestasi kerja lulusan kolej komuniti yang berada di pasaran buruh. Sebanyak 140 majikan menilai lulusan kolej komuniti yang berkhidmat di syarikat mereka menerusi borang kaji selidik. Kajian mendapati majoriti majikan memberikan nilai baik dalam aspek pengkhususan, komunikasi dan interpersonal, teknologi maklumat, etika dan nilai. Namun, majikan memberikan nilai sederhana aspek penyelesaian masalah dan membuat keputusan, perancangan kerja, kemahiran berfikir, inovasi dan kefasihan berbahasa Inggeris. Hasil kajian juga mendapati wujud hubungan yang signifikan antara kualiti graduan dengan prestasi kerja subjektif bagi lepasan kolej komuniti. Namun demikian tidak terdapat hubungan dan pengaruh yang signifikan antara kualiti graduan dengan produktiviti (gaji) kecuali bagi kelayakan akademik dan tempoh perkhidmatan