9 research outputs found

    Pengaruh dan Kesan Aktiviti Seks Siber di Kalangan Pengguna Internet di Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pengguna Internet di Malaysia melibatkan diri di dalam aktiviti seks siber serta menilai kesan dan pengaruh aktiviti ini ke atas mereka. Kajian ini telah dijalankan ke atas pengguna Internet yang berdaftar sebagai ahli kepada empat kumpulan diskusi Internet yang bertemakan seks di Malaysia. Seramai 303 orang ahli daripada kumpulan tersebut secara sukarela bersetuju menjadi responden kajian dan menjawab soal selidik kajian secara online. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara tempoh penggunaan Internet untuk tujuan seks siber dengan kesan ke atas tingkahlaku seksual, hubungan keluarga, motivasi belajar dan motivasi kerja. Hasil kajian juga menunjukkan ciri-ciri interaktif yang dimiliki oleh Internet, kebolehrahsiaan identiti individu atau anonymity, keselesaan ketika melayari Internet, kemudahan capaian ke atas bahan-bahan pornografi di Internet menerusi penggunaan WWW, e-mel dan kumpulan diskusi Internet - newsgroup serta faktor untuk melepaskan diri daripada tekanan kerja atau belajar telah dikenalpasti antara faktor-faktor yang mendorong pengguna Internet di Malaysia melibatkan diri di dalam aktiviti seks siber ini. Faktorfaktor tersebut juga mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kesan ke atas tingkahlaku seksual, hubungan keluarga, motivasi belajar dan motivasi kerja. Dari aspek kesan aktiviti seks siber, secara umumnya hasil kajian mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara jantina, bangsa, kategori umur, status perkahwinan, kategori responden dan tahap pendidikan dengan kesan aktiviti seks siber ke atas tingkahlaku seksual, hubungan keluarga, motivasi belajar dan motivasi kerja. Walau bagaimanapun hasil kajian mendapati wujud perbezaan yang signifikan antara kategori responden dengan kesan aktiviti seks siber ke atas hubungan keluarga. Manakala dari aspek tempoh penggunaan Internet untuk tujuan seks siber, hasil kajian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan antara responden yang masih bujang dan responden yang sudah berkahwin dengan tempoh penggunaan Internet. Sebaliknya hasil kajian mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara jantina, bangsa, kategori umur, kategori responden dan tahap pendidikan dengan tempoh penggunaan Internet untuk tujuan seks siber. Keseluruhan hasil dapatan kajian telah menyokong Model Ketagihan Seks Siber - ACE (Anollymity, Convcnicncc, Escrzpc) yang disarankan oleh Kimberly Young

    Ketagihan internet di tempat kerja

    Get PDF
    Internet merupakan medium Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang paling pesat berkembang sejak ia diperkenalkan pada tahun 1974.Dalam tempoh 22 tahun sahaja Internet telah menjangkau sempadan geografi dan mewujudkan dunia maya yang kaya dengan pelbagai maklumat.Penggunaan Internet yang bebas tanpa kawalan dalam semua sektor pekerjaan bukan sahaja telah memberikan impak yang positif tetapi turut membawa bersama gejala negatif yang akhirnya menjadi beban kepada masyarakat di seluruh dunia.Ketagihan Internet merupakan masalah baru yang mula menular daripada masalah inidividu kepada masalah organisasi.Fenomena ini telah menyebabkan kemerosotan produktiviti dan keuntungan kepada organisasi di seluruh dunia.Kajian ini meneroka permasalahan ketagihan Internet di tempat kerja dengan objektif untuk mengenalpasti simptom-simptom yang wujud dalam kalangan pekerja di sektor awam.Sejumlah 300 responden yang berkhidmat dalam bidang akademik dan pentadbiran di Universiti Utara Malaysia telah dikemukakan borang soalselidik mengenai tahap ketagihan Internet mereka di tempat kerja.Sampel kajian ini diperolehi menggunakan kaedah persampelan rawak bersistematik.Ujian statistik deskriptif digunakan untuk memerihalkan bilangan dan peratusan ciri-ciri demografi dan penggunaan Internet yang berkaitan dengan tahap ketagihan Internet.Ujian Khi-Kuasa Dua dan Ujian-t juga digunakan untuk mengenalpasti perkaitan dan perbezaan di antara tahap ketagihan Internet dengan ciri-ciri demografi dan penggunaan Internet responden.Hasil kajian mendapati bahawa tahap ketagihan Internet dalam kalangan kakitangan Universiti Utara Malaysia kini berada pada tahap rendah.Walaupun begitu terdapat tanda-tanda tahap ketagihan ini semakin meningkat. Majoriti golongan yang menunjukkan peningkatan ketagihan Internet adalah lelaki yang belum berkahwin dengan purata umur 33 tahun dan berpengalaman menggunakan Internet kurang dari 6 tahun.Kakitangan yang terlibat dengan ketagihan Internet kebanyakannya adalah kakitangan akademik dan kumpulan sokongan pentadbiran yang mempunyai rutin kerja yang melibatkan penggunaan komputer serta menjadikan World Wide Web sebagai aplikasi utama mereka.Kebanyakan kakitangan ini menggunakan Internet untuk berkomunikasi, mengisi masa bosan, melepaskan tekanan kerja dan mendengar muzik.Beberapa masalah yang sering dihadapi akibat penggunaan Internet yang terlalu lama ialah keletihan, kesakitan pada anggota badan, hilang minat untuk melakukan aktiviti luar, hilang tumpuan kerja dan mempunyai masalah dengan pihak atasan mereka.Kajian ini jelas menunjukkan bahawa gejala ketagihan Internet akan menjadi masalah besar dalam organisasi yang memerlukan perhatian serius semua pihak.Gejala ini jika tidak dibendung akan meningkatkan jumlah kakitangan yang menghidapi masalah psikologi yang akhirnya akan menyebabkan kerosakan kepada organisasi sendiri

    Belia Malaysia dan seks siber: Isu, masalah dan cabaran penyelesaian

    Get PDF
    Satu perkembangan yang amat ketara di dunia pada masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan memperlihatkan medium Internet muncul sebagai pemain utamanya. Hasil pengintegrasian pelbagai bentuk media, Internet kini menjadi alat komunikasi terpenting untuk mengirim dan bertukar-tukar maklumat melalui e-mel, menghantar, mewujud dan vmbaca mesej-mesej melalui newsgroup, melayari World Wide Wide menonton siaran berita daripada laman web interaktif CNN atau berborak-borak di bilik chatting melalui perkhidmatan Internet Relay Chat - IRC. Namun begitu kehadiran Internet juga tidak terkecuali daripada impak-impak negatif. Salah satu daripadanya ialah aktiviti seks siber yang menjadi keghairahan golongan muda-mudi hari ini. Sebagai medium komunikasi baru yang bersifat interaktif Internet sudah pasti menjanjikan keasyikan kepada pelayar web untuk mendapatkan bahan-bahan erotik dan lucah sama ada dalam bentuk gambar, video-video klip atau berborak-borak melalui IRC sehingga kepada mencari pasangan seks melalui Internet. Justeru kertas kerja ini cuba mengupas faktor-faktor yang mendorong belia-belia di Malaysia melibatkan diri di dalam aktiviti seks siber serta menilai kesan dan pengaruh aktiviti ini dalam kehidupan mereka dan cuba menyarankan beberapa penyelesaian. Seramai 303 orang ahli kumpulan newgroup yang bertemakan seks di Malaysia secara sukarela bersetuju menjadi responden kajian dan menjawab soal selidik kajian secara online. Hasil dapatan kajian menunjukkan wujud perkaitan yang signifikan antara tempoh penggunaan Internet dengan kesan ke atas tingkahlaku seksual, hubungan keluarga, motivasi belajar dan motivasi kerja responden dan ini membawa kepada implikasi sosial yang kurang menyenangkan khususnya dari aspek nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri. Selanjutnya kertas kerja ini juga akan cuba menyarankan bagaimana peranan NGO dan keluarga serta agensi-agensi lain yang berkaitan dapat menangani isu dan permasalahan ini demi pembangunan belia khususnya dan negara amnya

    Mahasiswa dan telefon selular: Sejauh manakah penerimaan terhadapnya

    Get PDF
    This paper examines the acceptance of the mobile phone usage among the graduates. The objective of the study was to identify factors that encouraged the usage of the mobile phone among the graduates, as well as to examine their attitude towards this acceptance on the usage of the mobile phone. The framework of the study is based on the Technology Acceptance Model (TAM) by Davis (1989). A total of 389 graduates from the Universiti Utara Malaysia participated in the study. A questionnaire was used to collect the data. The findings showed that factors like portability in terms of its weight, size and having the current trend and ofering interesting service packages managed to encourage the usage of the mobile phone among graduates. Further more, its affordable and comparatively cheaper price as well as certain features available like sending and receiving SMS on the mobile phone were also among the factors that encouraged the usage. To be able to get in touch at any time of emergency and troubles were also factors that encouraged the usage of the mobile phone among graduates whereas, the acceptance of the usage among graduates were encouraged by the perceptions that the mobile phone is 1) something which is handy 2) something which is useful 3)something which is entertaining and 4) something they can show off

    Implications of social media on end-user personality

    Get PDF
    Social media are playing an increasing role in today’s living.In Malaysia, the usage of social media has shown a significant growth in the last few years.The importance of studies concerning social media and personality is increasing day by day in line with the popularity of social media use, yet research into social media use in relation to personality traits remains rather limited.The existing literature on social media usage and its implications on end-user personality in Malaysia are also limited.The current research outlined two objectives, which are to identify the profile of social media usage among users in Malaysia, including experience, frequency of use, purpose, and reasons of social media usage, and to examine the effects of social media usage on the five factor personality traits.The study employed a cross-sectional survey using self-administered questionnaire which was distributed among university students who use social media via printed and online questionnaires.The population of this study is students in one of the public universities in Malaysia.The selections of subject being studied have been carried out based on active use of social media in everyday life. Drawing upon the Five-Factor Model of personality traits, a research model that examines the effect of social media on personality traits was developed. Questionnaires for the social media profile are adapted from Pew Internet Report and the Five-Factor Model items were adopted from the International Personality Item Pool.Result shows that majority of the respondents spent below RM150 on telephone and Internet while more than 95% owned notebook computer and almost 79% owned smartphones.The highest score for purpose of using social media is to communicate, either with friends or families.The research model has been validated through survey data collected from 382 social media users, and the analysis results provide evidence to the hypothesized relationships.The current study generates new knowledge on the literature of social media and personality traits; it also sheds lights on the social media profiling among university students. This research extends better theoretical framework to the existing literature through survey regarding the issues related to personality traits and social media

    Implikasi SMS ke atas kehidupan remaja : Suatu analisis dari aspek dan motif penggunaan

    Get PDF
    Hari ini pengguna di seluruh dunia ditawarkanl dengan pelbagai perkhidmatan mesej elektronik seperti kelui, Internet Relay Chat (IRC), Yahoo Messenger dan lain-lain lagi yang berbeza dari segi darjah interaktiviti, jenis saluran penghantaran dan tahap kekayaan media itu sendiri. Salah satu daripadanya ialah khidmat pesanan ringkas atau Short Messaging Service (SMS). SMS dilihat sebagai suatu gaya baru dalam berkomunikasi yang mudah dan ringkas. Penggunaannya sangat meluas tanpa mengira batas usia dan remaja merupakan segmentasi masyarakat paling ke hadapan dalam menggunakannya. Justeru kertas kerja ini akan membincangkan mengenai implikasi SMS ke atas kehidupan remaja dengan memfokuskan perbincangan kepada 1) apakah motif atau tujuan yang mendorong remaja menggunakan SMS, dan 2) sejauh manakah sikap mempengaruhi motif dan penggunaan SMS di kalangan remaja. Seramai 528 orang remaja berumur 16 hingga 23 tahun terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati sikap mempengaruhi motif dan penggunaan SMS di kalangan remaja

    Social media usage among university students in Malaysia

    No full text
    Social media are playing an increasing role in today’s living.The social media platforms allow users to search, create, share, collaborate, and organise contents among them, and at the same time provide virtual self-presentation and self-disclosure of oneself. Social media were also claimed to give implications to human beings with regards to personality, yet these variables have not much been emphasised in previous studies. Thus, it is important to highlight the implications of social media on users’ personality.Given the issues and challenges faced by the country in profiling the adoption of social media and its implications in view of the perspective of personality, it is timely and significantly important to undertake this research in Malaysia.The objective of this chapter is to discuss a research conducted recently to determine the relationships between social media and personality traits.The specific objectives of this study are to identify the profile of social media adoption among students in Malaysia, including duration, frequency of use, purpose, and person/s that introduced the social media, and to determine the relationships between social media and personality traits

    Perlakuan mengundi mahasiswa IPTA dalam pilihanraya kampus 2005 kajian di universiti dan kolej universiti awam Malaysia

    No full text
    Elections constitute an important element in a democratic system. Through elections every qualified citizen would be able to participate directly in this important process of . democracy. In the context of campus politics in institutions of Highest Learning in Malaysia, campus elections constitute one of the important events that occur an each academic year. According to the provisions of the Universities and College Universities Acts (1975), it is the sole responsibility of the university's authority to conduct elections to choose their representatives in the Students Representative Council. Despite the fact that campus elections has long been a recurring event at every public university each year, there has not been many studies conducted to study the pattern of student voting behavior in elections. In fact, a comprehensive study that encompasses the entire public universities with regard to student voting behavior in the campus election has never been undertaken. This study is the first of its kind in Malaysia conducted in the 2005 campus elections in Malaysian Universities. Among others, the focus of the study is to explore the aspect and level of students' knowledge and participation in campus election. The study also attempts to explore factors that influence students in their voting choice. Among other factors examine are ideology, candidate's image, ethnic background and other important issues involved. The findings indicate that there is specific pattern of voting behavior among student of public universities in Malaysia. This study contends that there are two important factors that shape and influence the pattern of voting behavior among students. These factors are the candidate's personal image and internal issues. Furthennore, there are significant differences in terms of factors that influence students' choice between universities and college universities, gender, ethnicity, academic background, school background, and programme of studies

    Pengetahuan, kefahaman, reaksi dan penerimaan rakyat Malaysia terhadap Islam Hadhari

    No full text
    Kajian ini telah dijalankan pada awal 2007 di hampir seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kajian ini telah menemu-bual lebih daripada dua ribu orang responden dengan menggunakan kertas soal-selidik berstruktur bagi mendapatkan data-data untuk mengukur tahap pengetahuan dan sumber maklumat, kefahaman, reaksi dan penerimaan rakyat Malaysia berbilang etnik dan agama mengenai konsep Islam Hadhari yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kajian ini bertujuan iintuk memberi gambaran mengenai persepsi rakyat Malaysla terhadap pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan fokus kajian diberi kepada aspek sumber maklumat, pengetahuan, kefahaman, reaksi dan penerimaan rakyat terhadap Islam Hadhari. Justeru berdasarkan kepada klasifikasi yang diutarakan, maka kajian ini lebih berbentuk kajian kuantitatif yang bersifat deskriptif. Populasi kajian ini terdiri daripada rakyat Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas dan dikelaskan kepada beberapa kategori iaitu 1) aktivis politik, 2) ahli akademik, 3) ahli birokrat dan profesional, 4) ahli perniagaan, 5) pengamal media, 6) aktivis lVGO, 7)mahasiswa, 8) ahli agama, dan 93 rakyat biasa. Klasifikasi responden ini dilakukan bertujuan untuk memperolehi dapatan kajian yang benar-benar mewakili strata sosial keseluruhan rakyat Malaysia. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0. Kajian ini menghujahkan bahawa walau pun konsep dan pendekatan Islam Hadhari ini merupakan satu hasrat murni kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menampilkan Islam sebagai satu agama yang dapat membina tamadun dan kegemilangan sesuatu bangsa dan negara serta umat Islam, namun tahap pengetahuan rakyat Malaysia mengenai gagasan ini masih lagi rendah. Justeru itu timbul persoalan, sejauhmanakah kefahaman rnereka terhadap konsep dan pendekatan Islam Hadhari ini? Lalu timbul lagi persoalan selanjutnya iaitu bagaimana pula reaksi dan penerimaan mereka terhadap Islam Hadhari? Analisis data-data yang diperolehi dalam kajian ini menarik satu kesimpulan berikut iaitu, reaksi dan penerimaan rakyat Malaysia terhadap Islam Hadhari masih lagi rendah, tidak banyak bezanya dengan rendahnya tahap pengetahuan dan kefahaman mereka mengenai konsep dan pendekatan Islam Hadhari tersebut. Justeru, satu syor yang dapat dikemukakan ialah gagasan ini masih memerlukan usaha penerangan, promosi dan penjelasan yang lebih meluas dan menepati sasaran serta lebih berkesan jika sekiranya ia ingin dimasyarakatkan kepada seluruh rakyat Malaysia
    corecore