38 research outputs found

    Taman Negeri Pulau Sembilan: Destinasi pelancongan baharu di Negeri Perak

    Get PDF
    Pelancongan minat tertentu (special interest tourism) merubah konsep pelancongan yang diminati ramai pada masa kini.Perkembangan pelancongan yang berteraskan alam semulajadi (nature-based tourism) yang begitu memberangsangkan menyebabkan kerajaan memberikan perhatian serius seperti penggubalan dasar yang mesra pelancongan, melipatgandakan usaha pemasaran dan promosi, penyediam kemudahan dan perkhidmatan selain menubuhkm banyak kawasan yang dilindungi seperti taman negara, taman negeri, taman laut dan 'biosphere reserve'.Pelancongan dilihat sebagai pemangkin dalam menjana pendapatan dan menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai Kepentingan memelihara alam semulajadi.Bagi memastikan pelancongan memberikan manfaat kepada semua, perancangan sesebuah kawasan perlu dilakukan secara berhati-hati dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan penawaran dan permintaan pelancongan Kegagalan merancang dengan teliti mengakibatkan ramai pihak mengalami kerugian dalam pelaburan, kerosakan terhadap sumberjaya yang akhirnya menyumbang kepada kemerosotan destinasi dalam jangka masa panjang.Pulau Sembilan merupakan gugusan sembilan buah pulau yang terletak di Selat Melaka yang terdiri daripada Pulau Buluh, Pulau Lalang, Pulau Saga.Pulau Rumbia, Pulau Nipis, Pulau Payong, Pulau Batu Putih, Pulau Batu Hitam dan Pulau Agar.Pulau-pulau ini tidak berpenghuni dan merupakan syurga kepada kaki pancing.Keindahan pulau, kejernihan air laut dan tiada pencemaran marupakan aset utama pulau ini. Pada tahun 2010, Kerajaan Negeri Perak telah menggazetkan gugusan Pulau Sembilan sebagai taman negeri dan berpotensi dibangunkankan sebagai produk pelancongan baharu di Negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya.Kertas kerja ini membincagkan latar belakang destinasi, dasar dan projek yang dilaksanakan kerajaan, ciri-ciri pelancong aktiviti pelancong, kemudahan dan perkhidmatan pelancong yang ditawarkan.Selain itu, perbincangan juga menyentuh potensi dan cabaran kepada kelestarian destinasi pada masa depan

    Tourism and the environment: Ecotourism as a sustainable tourism development approach towards the enhancement of environment

    Get PDF
    As tourism is now one of the world's leading industries, the environment is taking center stage in tourism development. The environment is the core of the tourism product since profitability in tourism depends on maintaining the attractiveness of the destination people want to see and experience. Not only a powerful economic force, tourism is a factor in the physical environment as well.Tourism can generate both positive and negative environmental impacts, depending on how well development is planned and controlled.Tourism has the power to enhance the environment but at the same time it has the power to destroy, too. Realizing of the negative impacts that tourism might bring, efforts have been taken to make sure that tourism can be sustained over a long period of time. In this context, sustainable tourism development is recognized as the most practical approach to be adopted. This paper discusses the concept of tourism by highlighting definition of tourism, background and nature of tourism industry, its components and factors influencing participation in tourism related activities. Then, discussion focuses on tourism and the environment before further discussing the concept of sustainable tourism development by highlighting the importance and significance of 'ecotourism'.The paper concludes by recommending a 'possible allocation of responsibility 'for all in the industry as well as several 'ways' that organizations in tourism can do to support sustainable tourism

    Pelancongan Langkawi 1987-2010: Pencapaian dan cabaran masa depan

    Get PDF
    In the early time, Langkawi was an isolated island where it was inhabited by majority of Malay. Their main economic activities lingered around traditional agriculture (paddy and rubber planting) and inshore fishery sector. Associated with Langkawi, it cannot be separated from the curse of Mahsuri, in which the maiden herself condemned Langkawi will not be forever in prosper state for her 7 generation. However, in 1987, Langkawi has been given full attention by the government and then received status of duty free zone, in order to develop Langkawi to become world attraction.In relation of that, fast growth tourism sector of Langkawi is due to the friendly government policy which encourage investor to put capital, good quality infrastructure while it richness in natural resources and potential local culture also contribute to wealth and prosperity of tourism sector.As a result that can be seen ?om applied government's policy to the development of Langkawi, there was an increase in number of tourist arrival to Langkawi from 310,004people in 1987 to 2,376,736people in 2009. Obviously, earlier result shows that in the beginning, tourists tend to visit Kuah town and several legendary locations such Beras Terbakar, Padang Mat Sirat, Pasir Hitam Beach, Perigi Tujuh,Dayang Bunting Island, and Mahsuri Tomb in Ulu Melaka. Besides, Chenang and Tengah beach which have been introduced as new beach tourism destination received a large number of tourists especially on weekend and school break. Accommodation and service sector constantly receive additional injection due to the incoming pool of investor who then places their capital in tourism development of Langkawi.Moreover aggressive promotion by government, and as venue to hold several hallmark exhibitions and sporting events such LIM (Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition), The Royal Langkawi International Regatta, The Ironman Langkawi International Triathlon, and Le Tour de Langkawi, boost its image as well known world tourism destination in par with Phuket (Thailand) and Bali (Indonesia).As an attractive effort, Langkawi has been accorded as Geopark by UNESCO in 2007 because it possesses variety of outstanding geological rock formations which can be located at 'The Machincang Cambrian Geoforest Park', 'Kilim Karst Geoforest Park' and 'Dayang Bunting Geoforest Park'.Therefore, this paperwork intent to discuss several matters of the tourism achievement in Langkawi comprises of its development background, policy and programme that has been posed by the government in tourism sector, tourist characteristics, tourist activities, current land use and tourism evolution. Additionally, to observe certain issue and prospect of the tourism future in context of South East Asia's region, a slight comparison effort between Phuket and Bali is made, in order to see the strength and weakness that appear in these three island attractions wiihin the tourism scope

    Pelancongan sempadan: Potensi dan cabaran

    Get PDF
    Semenjak tahun 1980an, industri pelancongan di Malaysia memperlihatkan perkembangan yang memberangsangkan.Kerajaan memberikan perhatian yang serius kepada sektor ini disebabkan kemampuannya dalam menyumbangkan pendapatan kepada negara disamping meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat.Penggubalan beberapa dasar yang mesra pelancongan, kestabilan politik dan ekonomi, kekuatan sumberjaya pelancongan sedia ada, pembukaan destinasi-destinasi baru serta promosi yang agresif menyumbang kepada peningkatan kedatangan pelancong ke negara ini.Bagi memastikan industri pelancongan terus berkembang, Malaysia mempromosikan pelbagai konsep pelancongan seperti ekopelancongan, agro pelancongan, pelancongan bandar, pelancongan budaya dan sejarah, pelancongan kesihatan, homestay dan sebagainya. Salah satu konseppelancongan yang dipromosikan adalah melancong ke beberapa destinasi yang terletak di sempadan negara.Sebanyak 9 buah lokasi yang menjadi tumpuan pelancong di sepanjang sempadan Malaysia - Thailand. Aktiviti yang popular di destinasi ini adalah membeli-belah yang majoritinya dikunjungi oleh pelancong domestik.Salah satu tujuan kerajaan membangunkan kawasan-kawasan sempadan adalah memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk yang tinggal berhampiran sempadan disamping membuka kawasan-kawasan baru untuk tujuan pembangunan. Apabila disebut tentang pelancongan sempadan, beberapa isu seringkali dikaitkan dengan kawasan ini iaitu corak pergerakan pelancong, dasar pemberian visa, urusan di Kompleks Kastam dan Kuarantin, tarikan dan imej produk yang ditawarkan, corak pembangunan destinasi, status bebas cukai, pihak yang memperolehi manfaat hasil daripada pembangunan kawasan sempadan, keselamatan negara, aktiviti penyeludupan dan sebagainya.Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai pelancongan sempadan berdasarkan konsep dan pengertian, dasar-dasar kerajaan Malaysia terhadap pembangunan di kawasan sempadan, keadaan semasa aktiviti pelancongan di beberapa pintu masuk utama sempadan Malaysia dan Thailand, potensi-potensi yang boleh diceburi dan dibangunkan pada masa depan oleh keduadua pihak disamping isu-isu yang menjadi halangan dalam pembangunan pelancongan di kawasan ini

    Program homestay pemangkin pertumbuhan ekonomi luar bandar, kajian kes: Negeri-negeri utara semenanjung Malaysia

    Get PDF
    Malaysia mempunyai penduduk seramai 25.58 juta orang (Jabatan Perangkaan Malaysia,2004) dengan pelbagai kaum yang mempunyai adat resam hidup masing-masing.Kaum terbesar adalah Melayu, diikuti Cina, India dan etnik-etnik lain di Sabah dan Sarawak.Keunikan adat resam setiap kaum mempunyai potensi yang besar dalam industri pelancongan.Oleh itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan bersama Kementerian Pembangunan Luar Ban dar memperkenalkan program homestay bagi mempromosikan produk pelancongan desa.Program Homestay Malaysia dilancarkan pada tahun 1995 di Desa Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang oleh Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia. la adalah program yang terkandung di dalam Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam pelancongan. Kini, sebanyak 700 buah rumah homestay yang menawarkan 2,000 buah bilik di seluruh negara (Kementerian Pelancongan Malaysia, 2005).Program homestay merupakan satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah dan berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami cara hidup seharian keluarga berkenaan dan budaya Malaysia secara langsung.Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi membaiki rumah-rumah peserta dan penyediaan kemudahan in fiastruktur berkualiti kepada petempatan yang terlibat.Penduduk memberikan sambutan yang baik terhadap program ini kerana mampu meningkatkan taraf sosioekonomi disamping menonjolkan budaya hidup kepada pelancong.Kertas kerja ini akan membincangkan pencapaian program homestay dalam aspek sumbangannya terhadap sosioekonomi masyarakat luar bandar, aktiviti yang dipakejkan untuk pelancong, peranan pihak kerajaan dan cabaran yang dihadapi bagi memastikan program ini mapan

    From names of places to Mahsuri's curse: exploring the roles of myths and legends in tourism

    Get PDF
    In a number of past studies, it is revealed that prominent myths and legends can stimulate tourism growth, enrich tourist experience and draw attention to a specific place. Although there are several works which investigated mythological stories in the context of tourism in Malaysia, limited studies have probed into the aspects of marketing and development. Exploring myths and legends in the context of Langkawi Island is significant as it is famously branded as “Island of Legends” and there is no other place in Malaysia with an abundant of traditional tales as Langkawi. In fact, a lot of places and sites on Langkawi Island including the capital town named Kuah, mountains, hot springs, lakes and caves have enticing local myths attached to them and some of the tales have been exploited for touristic purposes. As a result of the great value of this paper which examines how myths and legends have inspired tourism growth and promotional effort of Langkawi as a tourist destination. Methodological approaches such as content analysis, interview and site visit were used to fully understand the extent of which myths and legends have contributed to the growth and promotion of this destination. In terms of tourism growth, there are many attractions which have been constructed based on popular myths and legends can be found on Langkawi Island, including Mahsuri Tomb and Cultural Centre, Legends Park and Air Hangat Village. Although, tourism officials both at state and local levels claimed that they support the growth and promotion of Langkawi as a destination synonymous with myths and legends, the utilisation of these attributes has become less visible in the current marketing efforts particularly in the promotional materials published by the local authority. Overall, findings of this paper add to the existing knowledge in the field of tourism by revealing that renowned myths and legends can stimulate the development of primary attractions and be presented to tourists in the form of tangible assets as ways to simplify or affirm the tales

    Potensi pelancongan kesihatan di Malaysia

    Get PDF
    Trend pergerakan pelancongan dunia sentiasa berubah semenjak tahun 1950an. Era globalisasi dan arus kemodenan yang melanda kebanyakan negara masa kini memberi kesan terhadap perubahan citarasa dan kehendak pelancong.Oleh itu, beberapa konsep pelancongan minat tertentu (special interest tourism) diperkenalkan seperti pelancongan berasaskan alam semulajadi (ecotourism), pelancongan luar bandar yang mempunyai unsur-unsur pertanian (agrotourism), konsep pelancongan warisan sejarah (cultural and historic tourism), pelancongan pengembaraan (advanture tourism), pelancongan sukan dan pelancongan kesihatan, potensinya di Malaysia meliputi kedudukan geografi, sumberjaya sedia ada, sasaran pelancong, insentif yang diberikan kerajaan, kemampuannya dalam memenuhi permintaan semasa pelancong dan tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi menggalakkan perkembanganny

    Pandangan pelawat terhadap anjung tamu, universiti utara malaysia (uum welcome center)

    Get PDF
    Pusat penerangan pelancongan rnerupakan satu elemen yang penting dalam industri pelancongan. Ia menjadi lokasi tumpuan kepada pelancong apabila tiba di sesebuah destinasi. Pernbinaan pusat penerangan pelancongan bertujuan untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pelancong. Oleh itu, keberkesanan sesebuah pusat penerangan pelancongan arnat bergantung kepada kualiti interpretasi yang ditonjolkan, kemampuan kakitangan dalam menyampaikan maWurnat dm membantu rnemenuhi kehendak pelancong, senibina bangunan yang rnewujudkan imej kepada destinasi, lokasi perletakan, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Matlamat pembinaan Anjung Tamu, Universiti Utara Malaysia bertujuan menyediakan maklumatmakIumat berkaitan universiti di samping rnewujudkan 'sense of welcoming' kepada pelawat, mempromosikan UUM secara hususnya dan Negeri Kedah secara amnya sebagai destinasi pelancongan yang harus dikunjungi. Kertas kerja seminar ini akan membincangkan peranan Anjung Tamu, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, pandangan pelawat terhadap kebexkesanannya sebagai sebuah pusat penerangan pelancongan. Semoga artikel ini dapat membantu pihak pengurusan universiti meningkatkan lagi kuaIiti perkhidmatan dan mempromosikan UUM sebagai universiti piIihan dikalangan bakal rnahasiswa disamping destinasi pelancongan melalui slogan 'Discover UUM'

    Pelancongan negeri Kedah Darul Aman: Isu dan cabaran

    Get PDF
    Negeri Kedah Darul Aman merupakan antara negeri yang tertua di Malaysia kaya dengan sumberjaya alam semulajadi, warisan bersejarah dan buatan manusia yang berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan. Pada awal tahun 1990an,kerajaan Negeri Kedah mula memberikan perhatian serius terhadap industri pelancongan disebabkan kemampuannya menjanakan pertumbuhan ekonomi negeri, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk dan mengubah landskap pembangunan kawasan luar bandar. Kerajaan menggubal beberapa dasar dan strategi bersesuaian seperti Dasar Kedah Maju 2010, Rancangan Struktur Negeri Kedah 2000 - 2020 dan Koridor Ekonomi Wilayah Utara 2007 - 2025 (NCER) bagi menggalakkan perkembangan pelancongan di negeri ini. Perkembangan pelancongan di Negeri Kedah sehingga kini telah banyak mengubah landskap fizikal terutamanya di kawasan luar bandar dan kawasan terpencil. Kawasan-kawasan ini mula menerima pembangunan hasil industri pelancongan dengan jumlah ketibaan pelancong yang semakin meningkat saban tahun. Penduduk dan kerajaan negeri mula memperolehi kesan-kesan positif akibat pelancongan seperti peningkatan pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan, peluang pemiagaan dan keusahawanan, menerima bekalan infrastruktur dan kemudahan yang berkualiti, perkhidmatan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini industri pelancongan Negeri Kedah mula mengalami beberapa isu yang berupaya mengancam pertumbuhannya pada masa depan. Oleh itu, bagi mengatasi permasalahan yang timbul, beberapa tindakan yang sesuai perlu dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan industri pelancongan negeri berada dalam keadaan mapan. Kertas seminar ini akan membincangkan mengenai konsep kesan pelancongan terhadap destinasi, sebab-sebab kerajaan berminat membangunkan industri pelancongan, lokasi-lokasi pelancongan utama Negeri Kedah, statistik kedatangan pelancong mengikut tempat dan pecahan domestik dan antarabangsa, dasar dan strategi semasa kerajaan terhadap pelancongan negeri, isu-isu semasa pelancongan Negeri Kedah dan tindakan yang perlu dilakukan bagi mengatasi permasalahan yang timbul
    corecore