1 research outputs found

    Excellent ties manufacturing / Ainalita Zazni Adnan…[et al.]

    Get PDF
    Dunia perniagan dan konsep keusahawanan merupakan dua bidang yang saling berkait dari segi fungsinya. Perniagaan merangkumi aktiviti ekonomi yang amat menguntungkan dan memerlukan komitmen sepadu termasuk aspek dalaman dan luaran. Untuk membuka sesuatu perniagaan, kita memerlukan keyakinan diri, bersemangat tinggi dan bersedia menghadapi saingan. Seseorang usahawan pertu berinisiatif sendiri dalam memajukan dan menampilkan bentuk bidang perniagaan yang diceburi. Pada dasarnya, penubuhan sesuatu syarikat itu adalah berdasarkan keuntungan, tambahan pula dalam menuju era ekonomi yang kian pesat, kami telah merebut peluang ini dengan menubuhkan Excellent Ties. Kami, lima orang rakan kongsi yang mempunyai syer dan tugas tertentu di dalam syarikat ini, telah bersetuju membuat satu perancangan projek menerima tempahan dan menjual tali leher. Memandangkan tumpuan utama kami ialah sekolah - sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan swasta seta badan - badan organisasi yang lain sekitar negeri.Melaka, maka kami telah memilih kawasan di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam, Melaka yang mempunyai lokasi strategik yang dapat membantu menjayakan lagi perniagaan kami ini. Dengan kehadiran kami ke gelanggang perniagaan adalah untuk menyahut seruan kerajaan agar Bumiputera bergiat dalam bidang perniagaan. Tambahan pula kestabilan ekonomi negara memberikan keyakinan serta semangat kepaada kami untuk berjaya dalam bidang ini. Berbekalkan kelulusan, pengalaman dan bakat semulajadi yang ada pada kami serta segala kemudahan asas dan kewangan, maka kami berharap untuk menjadi usahawan Melayu yang berjaya
    corecore