22 research outputs found

    Taraf Kognat Antara Bahasa Melayu Standard Dan Dialek Melayu Kabong

    Get PDF
    Kajian ini menghuraikan analisis umum terhadap hubungan antara Bahasa Melayu Standard (BMS) dan Dialek Melayu Kabong (DMKb) menerusi kaedah perbandingan leksikostatistik. Kaedah ini menggunakan 100 kata dasar Swadesh (Samarin, 1967:221) yang kemudiannya dibandingkan dengan kosa kata DMKb bagi menentukan taraf kognat antara kedua-dua bahasa atau dialek yang dikaji. Kosa kata ini bersifat bebas budaya (free culture) dan kata asas (basic core) yang diandaikan terdapat dalam semua bahasa. DMKb ini dituturkan oleh masyarakat Melayu di Daerah Kecil Kabong, Betong Sarawak. Majoriti penduduknya adalah masyarakat Melayu dan selebihnya adalah masyarakat Iban dan Cina. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, didapati hubungan antara BMS dan DMKb sangat dekat dengan 87.75% persamaan kata berkognat. Dapatan ini membuktikan bahawa DMKb bertaraf dialek dan menunjukkan wujudnya perpisahan DMKb daripada bahasa induknya, Bahasa Melayu sejak 0-5 abad yang lalu. Please provide an abstract of 150 to 200 words

    Kekerabatan Bahasa Melanau dengan Bahasa Melayu

    Get PDF
    Kajian ini meneliti taraf hubungan kekerabatan antara Dialek Melanau Mukah dengan Dialek Melanau Matu-Daro. Menurut Zaini (1986), Bahasa Melanau mempunyai 6 dialek yang berbeza berdasarkan kawasan penuturnya iaitu dialek Melanau Kuala Rejang, dialek Seduan, dialek Matu-Daro, dialek Mukah, dialek Balingian dan dialek Bintulu. Penentuan taraf kekerabatan kedua-dua dialek ini akan menggunakan kaedah perbandingan leksikostatistik 100 kosa kata dasar Swadesh (1955). Daripada perbandingan tersebut, peratusan kekerabatan kedua-dua dialek ini dapat diperoleh yang secara langsung dapat membuktikan sama ada kedua-dua dialek ini berstatus keluarga bahasa ataupun terangkum dalam dialek yang sama. Kajian ini juga dapat menentukan taraf kekerabatannya dengan bahasa Melayu yang merupakan capahan daripada induk yang sama, iaitu rumpun Austronesia

    Pemerolehan dan Penguasaan Bahasa Kanak-kanak dari sudut Fonologi : Kajian Pemerolehan Dialek Melayu Sarawak

    Get PDF
    Makalah ini merupakan analisis tentang penggunaan dan pemerolehan bahasa kanak-kanak dari sudut fonologi. Kanak-kanak telah dibekalkan dengan kebolehan menggunakan bahasa sejak dilahirkan yang dinamakan nahu universal (Universal Grammar). Kemampuan bahasa manusia adalah semula jadi (innate). Kajian ini akan memperlihatkan jangka masa kritikal untuk memperoleh bahasa iaitu antara umur 1-5 tahun dan apabila usia mencapai 13 tahun, pemerolehan bahasa adalah melalui pembelajaran. Steinberg (1995), membuktikan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak berkembang mengikut susun atur, yang bermula dengan peringkat ‘vokalisasi’, ‘holofrasa’, ‘telegrapik’ dan berakhir pada peringkat ‘perkembangan ayat-ayat kompleks’. Kajian ini memanfaatkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 2 tahun dengan menganalisis keupayaan kanak-kanak ini menguasai aspek fonologi. Proses-proses seperti ‘ommissions’ yang melibatkan proses penyingkatan ke ekasuku; gantian-gantian; geluncuran, likuida; dan suku kata kanonik telah digunakan untuk mengesan keupayaan sampel kajian memperoleh sudut fonologi bahasa pertamanya, iaitu dialek Melayu Sarawa

    Bergendang Dan Bermukun Dalam Masyarakat Melayu Sarawak

    Get PDF
    Kertas kerja ini akan membicarakan secara deskriptif aktiviti bergendang dan bermukun dalam masyarakat Melayu Sarawak. Bergendang dan bermukun merupakan satu aktiviti yang masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat Melayu, khususnya di kawasan kampung-kampung. Bentuk seni ini dipenuhi dengan aksi berbalas pantun antara tukang gendang (seh gendang) dan topeng-topeng/penandak-penandak (penari) Oleh itu, aktiviti ini secara langsung dikaitkan dengan aktiviti berpantun dalam kalangan masyarakat Sarawak

    TINJAUAN AWAL SUBDIALEK MELAYU SARAWAK BERDASARKAN CIRI FONOLOGI DAN KATA LEKSIKAL

    Get PDF
    Makalah ini merupakan tinjauan awal perbandingan ciri umum dan khusus fonologi subdialek Melayu yang dituturkan di Sarawak (SDMS). Perbandingan ini terhad kepada fonologi asas yang merangkumi inventori fonem serta lingkungan kehadirannya dalam kata, diftong, rangkap vokal dan rangkap konsonan. Tinjauan ini penting sebagai landasan kepada penelitian seterusnya yang berusaha melakukan pemetaan subdialek Melayu di Sarawak. Tanpa penelitian fundamental tentang fonologi, leksikal dan nahu subdialek ini sudah tentu sukar untuk kita menyelusuri perkembangan subdialek Melayu di Sarawak. Data kajian dikumpulkan oleh penulis makalah ini dan daripada kajian lepas oleh penulis lain. Subdialek yang dibandingkan ialah subdialek Kuching, Tambirat, Kabong dan Debak yang juga mewakili empat kawasan petempatan asal orang Melayu. Kajian ini mengenal pasti dua kelompok utama SDMS, iaitu kelompok subdialek Kuching (SDM Kuching) dan kelompok subdialek Melayu persisiran (SDM Persisiran). Kelompok SDM Kuching dituturkan di perkampungan Melayu di Bahagian Kuching, sekitar lembangan Sg. Sarawak, Sematan, Santubong dan Bako. SDM Persisiran pula dituturkan di kawasan Kalaka-Saribas di Bahagian Sri Aman dan Betong, dan di Bahagian Samarahan di lembangan Btg. Sadong dan kawasan sekitarnya, iaitu Asajaya, Simunjan dan Sebuyau. SDM Persisiran kelihatan lebih tinggi kerencaman fonologinya daripada kelompok SDM Kuching, dan berkongsi beberapa ciri khusus fonologi seperti sistem 8-vokal, pengguguran ɣ di akhir kata serta kepelbagaian diftong, dan pada masa yang sama, turut mempamerkan perbezaan fonologi seperti penjelmaan /-a/ kepada /-ə/ atau /-o/, atau pengekalan /-a/ di akhir kata

    Dilemmas Of The English-Melanau Translators In Sarawak Language Technologies Project

    Get PDF
    The Sarawak Language Technology (SaL T) project aims to preserve languages through the use of language technologies such as machine translation of English and Bahasa Melayu to indigenous languages in Sarawak. and vice versa. As part of the larger project. a study was conducted to examine the difficulties encountered by the Melanau native speakers who were engaged to translate English texts to Melanau to provide the source data for the development of the English-Melanau translation software. A total of 20 Melanau translators were involved in the translation of a corpus of 1098 English sentences approximating 10,534 words (Including repeated words such as aku, kamu, dia). The translators were educated in English and Bahasa Melayu, and they had jobs ranging from government officers, teachers and students. They did not have degrees in translation but were chosen because of their familiarity with Melanau, English and/or Bahasa Melayu. The Interviews with the Melanau translators indicated that the areas of difficuffies include Melanaa being an oral language without a standardised spelling system, the foreignness of certain concepts to the Melanau language and culture as well as their unfamiliarity with particular expressions and concepts in the source language, English. Insights on improvements in the methodology of obtaining English-Melanau translations were also obtained from the study

    Sociolinguistic input in English - Melanau translation

    Get PDF
    The Sarawak Language Technology (SaL T) project aims to preserve languages through the use of language technologies such as machine translation of English and Bahasa Melayu to indigenous languages in Sarawak. and vice versa. As part of the larger project. a study was conducted to examine the difficulties encountered by the Melanau native speakers who were engaged to translate English texts to Melanau to provide the source data for the development of the English-Melanau translation software. A total of 20 Melanau translators were involved in the translation of a corpus of 1098 English sentences approximating 10,534 words (Including repeated words such as aku, kamu, dia). The translators were educated in English and Bahasa Melayu, and they had jobs ranging from government officers, teachers and students. They did not have degrees in translation but were chosen because of their familiarity with Melanau, English and/or Bahasa Melayu. The Interviews with the Melanau translators indicated that the areas of difficuffies include Melanau being an oral language without a standardised spelling system, the foreignness of certain concepts to the Melanau language and culture as well as their unfamiliarity with particular expressions and concepts in the source language, English. Insights on improvements in the methodology of obtaining English-Melanau translations were also obtained from the study

    Dialek Melayu Sarawak: Kelainan Semantik

    Get PDF
    Dialek ialah kelainan bahasa yang dituturkan oleh sesebuah kelompok masyarakat. Di Malaysia, dialek yang dituturkan berbeza berdasarkan faktor geografi. Setiap daerah atau kawasan mempunyai dialek masing-masing. Dialek Melayu Sarawak (DMS) merupakan dialek yang paling besar perbezaannya dengan dialek-dialek Melayu lain di Malaysia. Banyak perkataan dalam DMS yang sangat berbeza dengan dialek-dialek Melayu di Semenanjung dan Sabah. Integrasi kaum antara penduduk Malaysia telah lama terlaksana. Terdapat banyak aktiviti ke arah mengintegrasikan penduduk ini. Salah satu cara yang diaplikasikan ialah melalui pemahaman terhadap makna atau semantik sesuatu bahasa yang dituturkan. Walau bagaimanapun, masih terdapat penduduk dari Semenanjung Malaysia dan Sabah yang keliru dengan makna perkataan DMS dengan Bahasa Melayu Standard (BMS). Ekoran itu, berlaku salah faham, salah sangka, kegagalan menyampaikan maksud sebenar, prejudis dan sebagainya. Hal ini dikhuatiri akan merencatkan konsep perpaduan kaum yang cuba dipertahankan. Hal ini perlu dicari jalan penyelesaiannya. Salah satu cara penyelesaiannya ialah kedua-dua penutur dan pendengar harus mempunyai sikap saling memahami terhadap bahasa yang dituturkan. Di sinilah, kajian rintis yang menggariskan kosa-kosa kata dalam DMS yang mempunyai persamaan dan perbezaan dari segi semantiknya dengan BMS dilaksanakan. Pengumpulan kosa-kosa kata ini akan mengambil masa, namun kajian rintis ini nanti akan menjadi pemula kepada kajian lanjutan yang bersifat saintifik. Pengumpulan kosa-kosa kata tersebut adalah berdasarkan acuan semantik dan kajian ini nanti akan dapat mengelak kekeliruan dan kecelaruan semantik daripada berlaku

    Kefahaman Masyarakat Terhadap Kewujudan Akronim Baharu Semasa COVID-19

    Get PDF
    Beberapa akronim baharu telah wujud sejak dunia dilanda pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan mengesan dan mengetengahkan beberapa akronim baharu dalam bentuk singkatan yang muncul daripada penularan COVID-19. Kajian berbentuk kualitatif dan kuantitatif ini menggunakan kerangka pengkategorian akronim Nik Safiah Karim et.al (2013). Data diperoleh melalui mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sebanyak 200 kongsian SMS mulai 30 April 2020 hingga 26 Mei 2021 kepada pengguna talian telco telah dikenal pasti dan dianalisis. Kaedah pemerhatian informasi di laman sesawang serta borang soal selidik berstruktur dirangka untuk melengkapkan dapatan kajian. Sebanyak 152 orang responden telah terlibat dan dapatan kajian mendapati bahawa terdapat akronim popular yang berkaitan dengan COVID-19 telah berakar kukuh dalam ujaran bahasa seharian masyarakat Malaysia. Penemuan ini membuktikan bahawa kewujudan akronim baharu ini telah memperkaya dan menambah akronim sedia ada dalam bahasa Melayu
    corecore