19 research outputs found

    Peranan perjanjian kolektif dalam membentuk terma dan syarat perkhidmatan

    Get PDF
    Peruntukan mengenai terma dan syarat perkhidmatan boleh didapati dalam Akta Kerja 1955. Tetapi peruntukan dalam Akta Kerja adalah merupakan peruntukan yang asas dan memberikan faedah yang minima sahaja. Terma dan syarat perkhidmatan tersebut tidak dapat memberikan kepuasan kepada pekerja dari segi kewangan. Selain dari itu, kontrak perkhidmatan pekerja juga memperuntukkan terma dan syarat perkhidmatan. Malangnya, ia selalunya dibuat oleh pihak majikan sahaja tanpa memberi peluang kepada pekerja untuk berbincang. Oleh sebab itu perjanjian kolektif adalah merupakan alternatif terbaik untuk membentuk terma dan syarat perkhidmatan yang memuaskan kepada pekerja. Artikel ini mengupas peranan perjanjian kolektif sebagai satu mekanisma untuk mendapatkan terma dan syarat perkhidmatan yang paling baik. Prinsip undang-undang mengenai perjanjian kolektif secara terperinci dihuraikan dalam artikel ini. Turut dibincangkan adalah antara perkara-perkara yang penting mengenai perjanjian kolektif iaitu perakuan mahkamah, kesan perjanjian kolektif tafsiran dan kesan perjanjian kolektif yang tidak dipatuhi oleh majikan

    Prerogatif pengurusan dalam salah laku pekerja

    Get PDF
    Hak pengurusan atau prerogatif pengurusan merupakan hak keistimewaan majikan terhadap pekerjanya. Hak prerogatif ada kalanya menimbulkan kontroversi di kalangan pekerja kerana majikan beranggapan hak yang diberikan oleh undang-undang adalah hak mutlak . yang tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana piliak terutamanya pekerja. Prerogatif pengurusan telah secara nyata. diperuntukkan di bawah Akta Perhubungan Perindustrian 1967 (APP) di mana kesatuan sekerja dilarang daripada memasukkan cadangan yang berhubungan dengan perkara-perkara berkenaan dalam cadangan bagi perjanjian kolektif

    Kanak-kanak dan jenayah: Pendekatan Akta Kanak-Kanak 2001

    Get PDF
    Kanak-kanak juga seperti insan dewasa, mereka tidak terkecuali daripada melakukan kesalahan.Tetapi ada kalanya kesalahan yang mereka lakukan menjadi satu jenayah yang perlu dihukum di sisi undang-undang.Pada ketika inilah timbul persoalan pada usia berapakah kanak-kanak boleh dikenakan tanggungan jenayah.Bagaimana pula dengan perlindungan yang disediakan oleh undang-undang bagi kanak-kanak yang melakukan jenayah.Justeru itu bab ini menyentuh tentang siapakah kanak-kanak menurut pandangan undang-undang negara kita.la turut mengupas mengenai tanggungan kanak-kanak berhubung dengan perlakuan jenayah. Manakala sebahagian besar daripada bab ini memfokus pada peruntukan-peruntukan dalam Akta Kanak-Kanak 2001 yang digubal untuk pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak

    Strategi mengatasi hutang korporat melalui CDRC

    Get PDF
    Artikel ini membincangkan tentang keberkesanan CDRD, objektif penubuhan CDRC, proses perlaksanaan penyusunan semula hutang dan juga kaedah-kaedah penyelesaian oleh CDRC. Disamping itu juga akan meninjau pencapaian yang telah dihasilkan oleh CDRC dan juga menyenaraikan beberapa kekangan yang dihadapi oleh CDRC dalam menyelesaikan masalah hutang korpora

    Akta 514: Ke arah kecemerlangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia

    Get PDF
    Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaa? 1994 (Akta 514) menyediakan perundangan untuk memupuk, meransang, dan mengalakkan kualiti keselamatan' dan kesihatan di kalangan pekerja di tempat kerja.Kertas kerja ini akan membincangkan tentang peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang menekankan kecemerlangan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.Perkara-perkara yang disentuh adalah meliputi peranan utama dan kewajipan majikan dalam menjamin keselamatan, kesihatan, dan kebajikan pekerja.Selain daripada itu kewajipan pengilang, pekerja,orang yang bekerja sendiri, pereka bentuk, pengimport dan pembekal juga akan diberi perhatian.Kertas kerja ini juga akan mengupas tentang tanggungjawab Majlis Negara dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jawatankuasa Keselamatan dan pegawai keselamatan dan kesihatan untuk memastikan keselamatan, kesihatan, dan kebajikan di tempat kerja.Kertas kerja ini akan diakhiri dengan membincangkan kuasa untuk penguatkuasaan dan penyiasatan serta liabiliti untuk kesalahan-kesalahan di bawah Akta tersebut

    Gangguan seksual di tempat kerja: Hak pekerja menurut undang-undang Malaysia

    Get PDF
    Gangguan seksual merupakan suatu perlakuan negatif yang bertentangan dengan keperibadian terpuji seseorang insan.Gangguan seksual berlaku bukan sahaja di tempat kerja malah di institut pengajian tinggi, sekolah dan di tempat-tempat awam.Gangguan seksual di tempat kerja menimbulkan suasana persekitaran kerja yang serba salah, menakutkan dan lain-lain kesan negatif yang menjejaskan suasana perhubungan yang harmoni. Namun begitu, Malaysia masih belum bersedia untuk menggubal suatu statut yang khusus untuk menangani gangguan seksual.Setakat ini hanya wujud Kod Amalan Untuk Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 1999.Sehubungan itu, kertas kerja ini akan mengupas isu gangguan seksual dan peruntukan daripada pelbagai statut di Malaysia yang boleh digunakan oleh mangsa dalam menuntut hak di mahkamah

    Kesalahan gangguan seksual di tempat kerja: Hak pekerja dan liabiliti majikan

    Get PDF
    Gangguan seksual adalah gejala sosial yang telah lama berlaku namun sejak akhir-akhir ini sahaja ia hangat diperkatakan di negara kita.Gangguan seksual ini merupakan pembuka tirai kepada kesalahan perlakuan seksual yang lebih berat seperti rogol jika tiada tindakan bagi membendungnya. Kesedaran orang ramai amat perlu berhubung dengan gangguan seksual ini kerana ia bukan sahaja melibatkan seorang individu malahan ianya juga boleh mengakibatkan terjejasnya produktiviti negara khususnya bagi kejadian yang berlaku di tempat kerja. Pekerja yang menjadi mangsa kejadian ini hendaklah diberikan hak dan perlindungan yang saksama di bawah peruntukan undang-undang. Pihak majikan haruslah memainkan peranan dan tanggungjawab agar kesalahan gangguan seksual di tempat kerja dapat ditangani. Artikel ini membincangkan kesalahan gangguan seksual di tempat kerja dengan merujuk kepada hak pekerja yang menjadi mangsa kejadian serta liabiliti majikan berkaitan masalah ini. Selain itu,cadangan-cadangan juga turut dikemukakan dalam usaha menanganinya

    Langkah menangani dan membasmi gangguan seksual menurut kod amalan dan perspektif Islam: Suatu perbandingan

    Get PDF
    Gangguan seksual merupakan satu fenomena yang menjejaskan peradaban dan kesantunan seseorang.Ianya boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja seperti di tempat kerja, dalam pengangkutan awam, di pusat membeli-belah, di sekolah dan seumpamanya. Walaupun pelbagai kaedah menanganinya dilaksanakan, masalah ini sukar dibendung kerana sikap masyarakat yang kadangkala tidak sedar bahawa gangguan seksual berlaku ke atas diri mereka dan tidak kurang pula yang enggan membuat aduan kerana malu dirinya telah menjadi mangsa gangguan seksual.Akibatnya, masalah gangguan seksual makin berlarutan dan hanya menjadi isu perdebatan apabila suatu kes gangguan seksual dilaporkan dalam media.Sehubungan itu, artikel ini akan mengupas isu gangguan seksual dan langkah menanganinya dengan merujuk kepada Mekanisme Dalaman dalam Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja 1999 dan menurut perspektif Islam

    Employer's statutory responsibility in accordance to Occupational Safety and Health Act 1994

    Get PDF
    Law imposes responsibility on employer to provide a safe dan healty working environment to his employee. Justifiably, a workplace accident is a tragedy, which may disturb the economic development of not only an organization but a country. With that, the Occupational Safety and Health Act 1994 (OSHA) has been promulgated to ensure the safety, health and welfare of an employee in public and private sectors in Malaysia are safeguarded.Therefore, this article identifies statutory responsibility of an employer in accordance to the AKKP together with discussion on the burden of proof and prosecution against an employer for his infringement of the responsibility. In writing of this article, the writer use legal research methodology, which emphasises on doctrinal approach. At the end, recommendations are posted for a betterment of employees’ safety and health in Malaysia

    Menangani masalah gangguan seksual di tempat kerja: Peranan siapa?

    Get PDF
    Di Malaysia gejala gangguan seksual adalah menjadi isu baru dan semakin rnendapat perhatian ekoran pendedahan daripada pihak rnangsa. Pelbagai reaksi yang timbul apabila rnangsa sendiri yang membuat aduan dan pendedahan. Lantaran itu timbul persoalan adakah telah memadai hanya pihak mangsa sahaja memainkan peranan untuk menangani masalah gangguan seksual? Bagaimana pula peranan pihak-pihak lain yang amat berkait rapat dengan masalah gangguan seksual seperti pihak polis, mahkamah, majikan dan seumpamanya. Kertas kerja ini mengetengahkan peranan pihak-pihak tertentu dalam menangani masalah gangguan seksual khususnya di ternpat kerja serta saranan-saranan dalam usaha menanganinya
    corecore