research

Peranan perjanjian kolektif dalam membentuk terma dan syarat perkhidmatan

Abstract

Peruntukan mengenai terma dan syarat perkhidmatan boleh didapati dalam Akta Kerja 1955. Tetapi peruntukan dalam Akta Kerja adalah merupakan peruntukan yang asas dan memberikan faedah yang minima sahaja. Terma dan syarat perkhidmatan tersebut tidak dapat memberikan kepuasan kepada pekerja dari segi kewangan. Selain dari itu, kontrak perkhidmatan pekerja juga memperuntukkan terma dan syarat perkhidmatan. Malangnya, ia selalunya dibuat oleh pihak majikan sahaja tanpa memberi peluang kepada pekerja untuk berbincang. Oleh sebab itu perjanjian kolektif adalah merupakan alternatif terbaik untuk membentuk terma dan syarat perkhidmatan yang memuaskan kepada pekerja. Artikel ini mengupas peranan perjanjian kolektif sebagai satu mekanisma untuk mendapatkan terma dan syarat perkhidmatan yang paling baik. Prinsip undang-undang mengenai perjanjian kolektif secara terperinci dihuraikan dalam artikel ini. Turut dibincangkan adalah antara perkara-perkara yang penting mengenai perjanjian kolektif iaitu perakuan mahkamah, kesan perjanjian kolektif tafsiran dan kesan perjanjian kolektif yang tidak dipatuhi oleh majikan

    Similar works