4 research outputs found
Penguasaan penerapan kosa kata nilai dalam pembelajaran bahasa Arab j-QAF sekolah rendah
Kosa kata Arab merupakan elemen penting bagi menguasai bahasa Arab dan kemahiran asas bahasanya, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menerusi program j-QAF, secara keseluruhannya kosa kata Arab yang perlu dikuasai oleh murid di sekolah rendah ialah sebanyak 600 patah perkataan. Namun begitu, berdasarkan pengalaman pengkaji sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah, murid masih melakukan kesalahan terutamanya dalam aspek mengeja perkataan Arab, mengetahui makna perkataan Arab dan menggunakannya dalam ayat. Kajian ini bertujuan mendedahkan sejauh mana penguasaan murid sekolah rendah terhadap penerapan kosa kata nilai yang dipelajari menerusi program j-QAF dalam aspek ejaan, pengetahuan makna perkataan dan penggunaannya dalam ayat dalam pembelajaran bahasa Arab. Pengkaji telah menjalankan ujian penguasaan kosa kata Arab yang merangkumi tiga aspek yang perlu dikuasai ke atas 120 orang murid tahun tiga sekolah rendah kebangsaan di daerah Klang Selangor, dan sebanyak 360 skrip jawapan telah diperolehi dan dianalisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian peratus lulus gred A, B, dan C bagi aspek ejaan perkataan Arab ialah 100 peratus, aspek pengetahuan makna sebanyak 84 peratus dan aspek penggunaan perkataan dalam ayat sebanyak 63 peratus. Manakala dapatan berkaitan penerapan kosa kata nilai dalam pembelajaran bahasa Arab mengandungi lima klasifikasi penerapan, iaitu kata hikmah dan perumpamaan (al-Hikam wa al-‘Amthal), ilmu pengetahuan (al-‘Ulum wa Ma’rifah), nilai mulia (al-Qiyam al-Nabilah), nilai patriotisme (al-Qiyam al-Wataniah) dan nilai sosiobudaya (al-Nizam al-‘Ijtima’iyyah wa al-Thaqafah). Implikasi kajian menyumbang kepada penemuan baru dalam kajian bahasa bahawa pembelajaran kosa kata turut boleh diterapkan unsur nilai dan akhlak yang mulia dalam pembelajaran bahasa di peringkat sekolah rendah
Penguasaan kosa kata Arab program j-QAF dalam kalangan murid sekolah rendah
Kosa kata Arab merupakan elemen penting yang perlu dikuasai oleh murid sekolah rendah untuk menguasai bahasa Arab dan kemahiran asas bahasanya iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menerusi program j-QAF, kosa kata Arab yang perlu dikuasai oleh murid di sekolah rendah ialah sebanyak 600 patah perkataan. Namun begitu, berdasarkan pengalaman pengkaji sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah, murid masih melakukan kesalahan dalam aspek kosa kata, terutamanya dalam aspek mengetahui makna perkataan Arab dan menggunakannya dalam ayat di samping aspek ejaan perkataan Arab. Program j-QAF merupakan satu program pendidikan baru yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah kelolaan unit Bahagian Pendidikan Islam (BPI) yang sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). Bahasa Arab adalah subbidang dari program j-QAF tersebut selain Pelajaran Jawi, al-Quran dan Fardhu ‘Ain. Justeru, kajian ini bertujua
Penguasaan kosa kata bahasa arab menerusi pengetahuan makna dan penggunaannya
Artikel ini mengemukakan analisis penguasaan morfologi Arab menerusi bidangnya, iaitu
leksikologi. Leksikologi ialah keupayaan dan penguasaan kosa kata aspek pengetahuan makna
dan penggunaannya. Dua aspek penguasaan tersebut merupakan faktor utama bagi seseorang
pelajar yang mahu menguasai bahasa, dan dalam konteks kajian ini ialah pembelajaran
bahasa Arab yang merupakan bahasa kedua atau bahasa asing di Malaysia. Masalah yang
sering dihadapi oleh pelajar bahasa Arab adalah berpunca daripada kegagalan mengetahui
makna kosa kata yang merupakan perkara asas dalam mempelajari apa jua bahasa. Kajian
ini bertujuan (1) mengenal pasti tema kajian lepas berkaitan pembelajaran morfolologi
menerusi dimensi bidang leksikologi, (2) memperlihatkan kelompangan yang terdapat dalam
kajian-kajian lepas berkaitan pengetahuan makna kosa kata dan penggunaannya, dan (3)
mengamati isu yang boleh dijadikan kajian baru pada masa akan datang. Kajian ini
merupakan satu kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapat
data. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Kajian ini juga
menggunakan reka bentuk tematik yang merupakan satu metode yang mudah diamati dan
difahami. Hasil kajian mengemukakan lebih 100 kajian berkaitan pengetahuan makna dan
penggunaan kosa kata menerusi pembelajaran dan pengajaran morfologi. Implikasi kajian ini
dapat memberi penemuan baru menerusi dimensi leksikologi khususnya dalam pembelajaran
morfologi Arab