1 research outputs found

    Penglibatan wanita yang mengikuti Technical Vocational Education and Training (TVET) dalam industri Oil & Gas

    Get PDF
    Persediaan wanita yang mengikuti TVET untuk menceburkan diri dalam industri oil & gas merupakan suatu masalah yang sering diperkatakan dikalangan wanita ketika ini. Permasalahan ini menjadi suatu persoalan dalam kalangan wanita tentang apakah persediaan yang perlu mereka lakukan dalam merencana kerjaya dalam industri oil & gas ini. Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerja dalam industri oil & gas, kesediaan diri wanita dari segi fizikal dan mental serta cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan kerjaya mereka dalam industri oil & gas ini. Kajian ini telah dilakukan ke atas pekerja wanita yang telah berkhidmat dalam industri ini bagi zon selatan dan zon tengah. Seramai 110 sampel kajian yang terlibat dalam penyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data daripada 86 sampel kajian yang diperolehi dari soal selidik kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 20.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor yang mempengaruhi wanita untuk menceburkan diri dalam industri oil & gas ini adalah faktor gaji iaitu skor min sebanyak 4.41 dan diikuti dengan kesediaan dari segi mental dengan nilai skor min pada tahap yang tinggi iaitu 4.392. Dapatan kajian juga mendapati cabaran semasa mendapatkan pekerjaan adalah perkara paling mencabar yang perlu dihadapi oleh wanita iaitu dengan dapatan skor min sebanyak 4.242. Ini membuktikan bahawa wanita perlu mempersiapkan diri dengan sebaiknya sebelum menceburi industri ini. Terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor pemilihan kerja dan kesediaan diri wanita. Kesimpulannya, wanita perlu mempersiapkan diri bukan sekadar dengan memperolehi keputusan yang baik dalam akademik, tetapi kecenderungan dan minat dalam meletakkan diri untuk bersaing dengan lelaki bagi membuktikan wanita turut berkemahiran dan mempunyai jati diri yang tinggi untuk berkerja dalam bidang yang sungguh mencabar
    corecore