1 research outputs found
Peranan program mentoring dalam pembangunan pelajar: Satu kajian di sebuah universiti awam di Malaysia Timur
Kajian ini dilaksanakan untuk mengukur impak program mentoring ke atas pembangunan pelajar. Kaedah tinjauan telah digunakan untuk menggumpul data daripada sampel kajian ini. Kajian ini menggunakan sampel 200
borang soalselidik yang diisi dengan lengkap oleh pelajar Semester Julai 2006 yang menuntut di kampus utama
sebuah universiti awam di Malaysia Timur (KUVMT). Keputusan pengujian model kesan langsung menggunakan
analisis regresi stepwise telah menunjukkan bahawa komunikasi di antara mentor dan mente mempunyai korelasi
yang positif dan signifikan dengan prestasi pengajian dan psikososial mente, dan penyertaan dalam program
mentoring mempunyai korelasi yang positif dan signifikan dengan prestasi pengajian mente. Manakala,
penyertaan dalam program mentoring tidak mempunyai korelasi yang signifikan dengan psikososial mente.
Dapatan ini mengesahkan bahawa komunikasi di antara mentor dan mente hanya bertindak sebagai pembolehubah
peramal separuh dalam model program mentoring di organisasi kajian. Justeru itu, implikasi kajian ini terhadap
teori dan amalan mentoring, batasan-batasan kerangka teori dan kaedah penyelidikan, serta cadangan akan datang turut dibincangkan dalam kajian ini