research

Peranan program mentoring dalam pembangunan pelajar: Satu kajian di sebuah universiti awam di Malaysia Timur

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk mengukur impak program mentoring ke atas pembangunan pelajar. Kaedah tinjauan telah digunakan untuk menggumpul data daripada sampel kajian ini. Kajian ini menggunakan sampel 200 borang soalselidik yang diisi dengan lengkap oleh pelajar Semester Julai 2006 yang menuntut di kampus utama sebuah universiti awam di Malaysia Timur (KUVMT). Keputusan pengujian model kesan langsung menggunakan analisis regresi stepwise telah menunjukkan bahawa komunikasi di antara mentor dan mente mempunyai korelasi yang positif dan signifikan dengan prestasi pengajian dan psikososial mente, dan penyertaan dalam program mentoring mempunyai korelasi yang positif dan signifikan dengan prestasi pengajian mente. Manakala, penyertaan dalam program mentoring tidak mempunyai korelasi yang signifikan dengan psikososial mente. Dapatan ini mengesahkan bahawa komunikasi di antara mentor dan mente hanya bertindak sebagai pembolehubah peramal separuh dalam model program mentoring di organisasi kajian. Justeru itu, implikasi kajian ini terhadap teori dan amalan mentoring, batasan-batasan kerangka teori dan kaedah penyelidikan, serta cadangan akan datang turut dibincangkan dalam kajian ini

    Similar works