6 research outputs found

    Korelasi pekali kekasaran kekar dengan sudut geseran puncak satah ketakselanjaran batuan syis, Semenanjung Malaysia (Correlation of joint roughness coefficient with peak friction angles of discontinuity planes of schists, Peninsular Malaysia)

    Get PDF
    Kekasaran permukaan amat mempengaruh tingkah-laku ricihan dan nilai sudut geseran puncak sesuatu satah ketakselanjaran. Oleh yang demikian, kekasaran permukaan merupakan faktor yang penting yang perlu dinilai dalam menentukan kestabilan struktur pengorekan dalam jasad batuan. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk menentukan kekasaran permukaan ketakselanjaran. Kertas ini memperkenalkan satu pendekatan yang mudah dalam bentuk dua rumus polinominal yang boleh digunakan untuk mengkorelasi sudut geseran puncak ketakselanjaran (φp) batuan syis segar dan terluluhawa sedikit dengan pekali kekasaran kekar, PKK. Rumus polinominal ini ialah φp= -0.022PKK2 + 3.21PKK + 28.1 untuk ketakselanjaran segar dan φp= -0.025PKK2 + 3.24PKK + 26.6 untuk ketakselanjaran terluluhawa sedikit. Kedua-dua rumus ini memperlihatkan nilai pekali penentuan, R2 = 0.98. Hasil kajian ini menawarkan satu kaedah alternatif penganggaran φp satah ketakselanjaran daripada nilai PKK yang diukur pada permukaan ketakselanjaran di lapangan

    Ujian ricih terus permukaan satah ketakselanjaran granit (Direct shear test of granite discontinuity plane surfaces)

    Get PDF
    Parameter kekuatan ricih seperti sudut geseran permukaan ketakselanjaran batuan merupakan antara data penting bagi reka bentuk struktur kejuruteraan batuan seperti pengorekan bawah tanah dan cerun potongan. Ujian ricih terus beban normal tetap telah dilakukan pada permukaan buatan potongan gergaji batuan granit segar dan terluluhawa sedikit untuk menentukan sudut geseran asas permukaan satah ketakselanjaran. Sampel granit diperoleh dari Kuari Kajang Rock, Semenyih, Ulu Langat, Selangor, Lebuhraya Silk Kajang (km 14.6), Selangor, Jalan Pos Selim-Kampung Raja (km 30-29), Cameron Highland, Pahang/Perak dan Kuari JKR Bukit Penggorak, Kuantan, Pahang. Sebanyak 84 ujian ricih terus telah dijalankan pada batuan granit iaitu 65 ujian pada batuan segar dan 19 ujian pada batuan terluluhawa sedikit. Untuk batuan granit segar, sudut geseran asas ialah 42° ± 0.6° dengan sisihan piawai sebanyak 2.26 dan pekali penentuan, R2 sebanyak 0.98. Untuk granit terluluhawa sedikit, sudut geseran asas ialah 38° ± 1.9° dengan sisihan piawai sebanyak 3.99 dan pekali penentuan, R2 sebanyak 0.97. Nilai-nilai ini adalah lebih tinggi daripada nilai yang selalu dianggap untuk batuan granit segar iaitu 30°-35°

    Kekuatan geomekanik batuan granit dan syis di Semenanjung (Geomechanical strength of granites and schists of Peninsular Malaysia)

    Get PDF
    Kekuatan geomekanik bahan batuan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kestabilan struktur seperti pemotongan cerun dan pengorekan bukaan dalam jasad batuan. Ciri kekuatan jasad batuan di mana struktur-struktur ini dibina adalah dipengaruh oleh ciri bahan dan keadaan luluhawa. Kertas ini memperkenalkan hasil kajian sistematik pengkuantitatifan ciri-ciri mekanik batuan granit dan syis segar dan terluluhawa sedikit daripada beberapa lokaliti di Semenanjung Malaysia. Sejumlah 1,013 ujian kekuatan geomekanik telah dijalankan untuk bahan batuan segar dan terluluhawa sedikit dengan menggunakan ujian kekuatan mampatan sepaksi, ujian kekuatan regangan Brazil dan indeks kekuatan beban titik. Analisis statistik hasil ujian pada aras keyakinan 95 peratus memaparkan bahawa purata kekuatan mampatan granit segar dan terluluhawa sedikit ialah 113.6±7.0 dan 68.9±3.6 MPa, sementara nilai bagi syis segar dan terluluhawa sedikit pula ialah 137.3±9.2 dan 84.8±5.1 MPa. Seterusnya, nilai purata kekuatan regangan granit segar dan terluluhawa sedikit ialah 8.8±0.4 dan 5.3±0.1 MPa manakala nilai purata syis segar dan terluluhawa ialah 17.1±0.9 dan 10.5±0.4 MPa. Purata kekuatan beban titik granit segar dan terluluhawa sedikit ialah 9.4±0.30 dan 5.6±0.10 MPa manakala nilai syis segar dan terluluhawa sedikit ialah 10.9±0.42 dan 7.0±0.10 MPa. Hasil kajian menunjukkan bahawa kekuatan geomekanik bahan batuan segar menyusut lebih kurang 1/3 setelah tahap perluluhawaan bahan batuan tersebut menurun ke peringkat luluhawa sediki

    Korelasi pekali kekasaran kekar (JRC) dengan sudut geseran puncak satah ketakselanjaran batuan granit, Semenanjung Malaysia

    Get PDF
    Kekasaran permukaan satah ketakselanjaran adalah parameter penting untuk penilaian kestabilan struktur pengorekan dalam jasad batuan kerana ia mempengaruhi tingkah-laku ricihan dan nilai sudut geseran puncak satah tersebut. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk menentukan kekasaran permukaan ketakselanjaran. Kertas ini memperkenalkan satu pendekatan yang mudah dalam bentuk tiga (3) persamaan polinominal untuk mengkorelasikan sudut geseran puncak ketakselanjaran (fp) batuan granit segar, terluluhawa sedikit dan terluluhawa sederhana dengan pekali kekasaran kekar, (JRC). Persamaan polinominal ketakselanjaran batuan granit segar ialah fp1 = -0.071JRC2 + 3.56JRC + 35.6. Persamaan polinominal ketakselanjaran batuan granit terluluhawa sedikit dan terluluhawa sederhana masing-masing ialah fp2 = -0.087JRC2 + 4.32JRC + 34.1 dan fp3 = -0.133JRC2 + 5.08JRC + 29. Hasil kajian ini memberikan satu kaedah alternatif penganggaran nilai fp satah ketakselanjaran daripada penentuan nilai PKK pada permukaan ketakselanjaran batuan granit di lapangan

    Pencirian geomekanik jasad batuan dengan menggunakan kaedah seismos: nisbah poisson

    Get PDF
    Parameter mekanik seperti nisbah Poisson merupakan parameter input kejuruteraan batuan terutamanya dalam perisian komputer model berangka. Kaedah seismos digunakan untuk menentukan nisbah Poisson jasad batuan segar (gred I), terluluhawa sedikit (gred II), terluluhawa sederhana (gred III) dan tinggi (gred IV). Nisbah Poisson setiap lapisan jasad batuan dikira berdasarkan nilai purata halaju gelombang mampatan (Vp) dan gelombang ricih (Vs) pada kedalaman tertentu. Halaju gelombang mampatan (Vp) diperoleh daripada survei seismos biasan dan halaju gelombang ricih (Vs) diperoleh daripada survei analisis spektral gelombang permukaan (SASW) atau analisis gelombang permukaan berbilang saluran (MASW). Sebanyak 66 ujian seismos telah dijalankan pada 9 cerun jasad batuan iaitu 6 ujian di atas 1 cerun jasad batuan granit di JKR kuari Bukit Penggorak, Kuantan, Pahang; 26 ujian di atas 4 cerun jasad batuan granit di Kuari Kajang Rock, Semenyih, Ulu Langat, Selangor; 12 ujian di atas 1 cerun jasad batuan granit di Lebuhraya Silk Kajang (km 14.6) Selangor; 14 ujian di atas 2 cerun jasad batuan syis di Jalan Kuala Kubu Baru-Bukit Fraser (km 15), Selangor dan 8 ujian di atas 1 cerun jasad batuan kuarzit di Section U10, Bukit Cherakah, Shah Alam, Selangor. Daripada ujian seismos, nilai maksimum nisbah Poisson jasad batuan yang bergred I, II, III dan IV ialah 0.295, 0.335, 0.355 dan 0.364. Nilai minimum nisbah Poisson jasad batuan yang mempunyai gred I, II, III dan IV ialah 0.215, 0.299, 0.334 dan 0.337. Nilai purata nisbah Poisson untuk jasad batuan bergred I, II, III dan IV ialah 0.274, 0.320, 0.345 dan 0.345. Nilai nisbah Poisson jasad batuan menjadi semakin besar apabila gred terluluhawa menjadi semakin besar. Nilai purata nisbah Poisson jasad batuan gred II, III dan IV bertambah sebanyak 16.8%, 25.9% dan 25.9% jika dibandingkan dengan jasad batuan gred I. Keadaan ini berlaku kerana perubahan retakan pada jasad batuan gred I adalah lebih besar apabila mengalami proses terluluhawa. Perubahan retakan menjadi semakin kecil apabila mengalami proses terluluhawa seterusnya. Tiada perubahan retakan berlaku pada jasad batuan gred III apabila menjadi jasad batuan gred I
    corecore