3 research outputs found

    Kerangka konsep pembelajaran teradun dalam persekitaran visual-autentik bagi menyokong kemahiran insaniah pelajar

    Get PDF
    Pembelajaran yang melibatkan penggunaan teknologi menjadikan pelajar bersikap lebih aktif dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Konsep pembelajaran bertumpukan kepada pelajar menerusi penerapan elemen teknologi dijangka melahirkan graduan yang lebih bertanggungjawab, mempunyai keupayaan berkomunikasi dalam kalangan pelajar, menyokong pembelajaran berterusan, memupuk diri pelajar dalam menyelesaikan sesebuah masalah pembelajaran dengan lebih terbuka dan kritikal, berdikari, membentuk sikap proaktif, mendidik nilai beretika dan berintegriti serta menggalakkan pelajar untuk berkolaborasi dalam proses pembelajaran (Rafiza, 2013). Hal ini secara tidak langsung mampu membantu membentuk kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar sebagaimana yang diperlukan semasa alam kerjaya mereka nanti

    Pembentukan kemahiran insaniah pelajar menerusi pembelajaran teradun dalam persekitaran e-autentik bervisual

    Get PDF
    Perkembangan dunia ICT banyak mendorong kepada perubahan dalam corak pendidikan masa kini. Kaedah pembelajaran atas talian dengan pengintegrasian bersama elemen multimedia dan teknologi web 2.0 menjadi salah satu gaya (trending) dan medium penyampaian maklumat kepada pelajar seperti penggunaan e-Pembelajaran, laman sesawang, laman blog, aplikasi laman sosial seperti facebook, twitter sangat mendapat tempat dalam arus pembelajaran masa kini. Justeru, pengguaan medium teknologi secara atas talian dengan kaedah pembelajaran secara bersemuka hendaklah diseimbangkan menerusi kaedah pembelajaran teradun seharusnya dirangka, disusun dan dilaksana sebaiknya. Univeristi Teknologi Malaysia adalah merupakan salah satu universiti tempatan di Malaysia yang menyediakan ruangan pembelajaran menerusi aplikasi e-Pembelajaran yang mengandungi pelbagai elemen seperti aktiviti dan sumber. Aplikasi seumpama ini hendaklah dimaksimumkan penggunaannya dengan aktiviti yang bersesuaian. Penggunaan elemen pembelajaran dalam persekitaran autentik yang memberi penekanan kepada tiga aspek utama iaitu elemen pemikiran visual, elemen pembelajaran visual dan elemen komunikasi visual mampu membantu pelajar untuk meningkat dari sudut prestasi akademik seiring dengan perkembangan elemen kemahiran insaniah yang perlu diterapkan bagi memenuhi keperluan kerjaya. Kemahiran insaniah ini meliputi kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran kerja berpasukan, pengurusan maklumat dan pembelajaran jangka hayat, kemahiran keusahawanan, kemahiran kepimpinan dan proaktif serta etika dan integriti. Justeru bagi menyokong kepada peningkatan kemahiran insaniah ini, pelajar diberi ruang bagi menjalankan aktiviti dalam beberapa keadaan seperti individu, berkumpulan, secara atas talian dan juga secara bersemuka sesuai dengan kemudahan yang terdapat dalam e-Pembelajaran@UTM. Oleh demikian, sebuah kajian menerusi pembelajaran teradun berdasarkan kepada persekitaran autentik bervisual bakal dilaksanakan bagi menyokong kepada pembentukan kemahiran insaniah pelajar melalui kemudahan e-Pembelajaran@UTM dan seterusnya membantu dalam perkembangan kontinum pemikiran visual dan prestasi akademik pelajar

    Elemen-elemen model tadbir urus koperasi di Malaysia

    No full text
    Sumbangan sektor koperasi di Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara masih berada pada tahap yang tidak memuaskan. Beberapa laporan menyatakan KDNK negara hanya dicapai antara 3% hingga 4% sehingga 31 Disember 2019 berbanding dengan sasaran 10% seperti yang ditetapkan dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020. Berdasarkan DKN 2011-2020, salah satu pencapaian yang menyumbang kepada peningkatan KDNK adalah kawal selia dan tadbir urus baik. Strategi pencapaian yang sama diteruskan dalam cadangan teras strategik keempat DKN 2021-2030 iaitu mewujudkan kawal selia yang berkesan. Oleh itu, bagi merungkai permasalahan kajian, objektif kajian adalah mengenalpasti elemen-elemen model tadbir urus koperasi berdasarkan kepada garis panduan tadbir urus koperasi di Malaysia dan menyiasat kesan model tadbir urus koperasi berpandukan garis panduan tadbir urus koperasi terhadap prestasi koperasi di Malaysia. Kajian ini akan menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu teknik soalselidik dan analisis kandungan. Pengesahan model kerangka kerja kajian akan dijalankan menggunakan teknik analisis kuantitatif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Jangkaan output kajian adalah Model Tadbir Urus Koperasi yang boleh dirujuk oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia serta koperasi-koperasi. Hasil signifikan kajian ini dijangka boleh memberi input kepada pihak SKM berkaitan elemen-elemen tadbir urus koperasi yang baik serta dapat dijadikan sebagai maklumat tambahan untuk disebarluaskan kepada koperasi-koperasi di Malaysia. Peningkatan pencapaian tadbir urus koperasi dijangka dapat menyumbang kepada peningkatan perolehan koperasi yang seterusnya mencapai sasaran sumbangan kepada KDNK negara
    corecore