23 research outputs found

    Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Teknik Di Terengganu

    Get PDF
    Era globalisasi telah mengubah ekonomi dunia dan negara. Malaysia juga perlu membuat pelbagai strategi untuk menghasilkan ekonomi yang berdaya saing. Negara juga perlu membangunkan tenaga kerja yang kreatif, berkemahiran dan berilmu sejajar dengan dunia sekarang.Globilisasi juga telah membentuk keupayaan tenaga manusia negara agar menjadi lebih multiskil(kemahiran yang pelbagai) dan fleksible dalam meneroka dunia pekerjaan. Kertas kerja ini berbentuk deskriptif tinjauan, bertujuan untuk mengenal pasti penerapan kemahiran generik oleh guru-guru kejuruteraan dalam mata pelajaran di sekolah menengah teknik negeri Terengganu. Seramai 61 orang guru yang mengajar mata pelajaran kejuruteraan di sekolah-sekolah menengah teknik di negeri Terengganu telah terpilih untuk menjadi responden kajian. Indeks Kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan adalah 0.9164. Data dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian SPSS 11.5. Kajian ini juga dapat melihat perbezaan penerapan kemahiran generik antara responden dengan menggunakan ujian t untuk melihat perbezaan antara jantina dan ANOVA untuk melihat perbezaan mengikut pengkhususan guru. Hasil kajian menunjukkan hampir semua guruguru telah menerapkan kemahiran generik dalam pengajaran mata pelajaran kejuruteraan. Hasil kajian juga menunjukkan tidak ada perbezaan dalam penerapan kemahiran generik antara guru-guru mengikut pengkhususan dan jantina

    Design and Validation of Online Learning Environment Questionnaire

    Get PDF
    This study aims at designing and validating the questionnaire as an instrument to assess the lecturers’ perception in terms of factors affecting the ‘online learning environment’. Forty participants who have been teaching English completed the 125 items in questionnaire. The result of the study showed that average variance extracted for peer support was 0.66 and instructor support was 0.52 indicating adequate convergence. The construct reliability showed value of 0.83 for peer support and 0.70 for instructor support indicating the good construct validity. Peer support and instructor support constructs in this study were the model fit to the factors affecting the ‘online learning environment

    Access and success in higher education

    Get PDF
    This book contains several chapters include table of content, preface, chapter 1 university success, achievement factors, internal or external factors, language proficiency, chapter 2 standardised examination, examination, chapter 3 assessment demand, assessment, learning theories, thinking skills, chapter 4 science skills and school curriculum, discovery versus expository learning, misconception in science, science and industrialisation, chapter 5 teaching task: classroom interaction, classroom research, questions and thinking process, classroom happenings, chapter 6 classroom analysis for thinking skills, instrumention, chapter 7 the first-year project, english proficiency, science proficiency, conclusion, chapter 8 epilogue, reference, appendices

    Pembinaan dan analisis ujian bilik darjah

    Get PDF
    Buku ini mengandungi beberapa bab iaitu kandungan, prakata, bab 1: pengenalan, takrif istilah, prinsip-prinsip am penilaian, penilaian dan pengajaran, skala ukur, bab 2: taksonomi objektif pendidikan, objektif pengajaran, dimensi objektif, tahap kemahiran, taksonomi objektif pembelajaran bloom, bab 3: ciri utama ujian, kesahan, kebolehpercayaan, bab 4: perancangan ujian bilik darjah, tujuan ujian, pembinaan jadual penentuan ujian (jadual spesifikasi), bab 5: memilih jenis soalan, soalan objektif, soalan penafsiran (penaksiran), soalan subjektif, bab 6: pengukuran afektif dan psikomotor, soal selidik, tahap afektif, gagasan tingkah laku, pernyataan soalan, bab 7: tadbiran ujian, himpunan, arahan ujian, cetakan, tadbiran ujian, bab 8: analisis butiran, penekaan, prosedur analisis butiran (item), kesimpulan, bab 9: analisis markah dan asas statistik, perwakilan data, pengukuran kecenderungan memusat, pengukuran varian, pengukuran koefisien korelasi, bab 10: penafsiran markah dan laporan, kegunaan min, median dan mod, tafsiran taburan, tafsiran sisihan lazim, gred norma, bab 11: isu-isu pengukuran dan penilaian, pendidikan rendah, pendidikan tinggi, korelasi kemasukan dan keluaran, kesimpulan, lampiran 1, indek

    Persistency in Malaysian higher education

    Get PDF
    Higher Education (HE) is becoming an increasingly complex phenomenon throughout the world due to observable major contemporary trends such as diversification, privatization, globalization and internalization. Higher Education Institutions which were originally for the elites are now accessible to the diverse populace to the extent of open (universal) admission policy in some countries. Diversification and its resultant massification has good intent but with attendant negative repercussions. Most notable of the later are reduced government funding, shift in purpose from a public good to private good and less academic autonomy. The effects of the afore mentioned are weak admission policy, quality control problems, and persistency on the part of the students amongst others. Persistency is the situation in which students are still in enrolment at some predetermined point(s) in time following either commencement or attendance. The aim of this paper is to investigate one of the effects of diversification that is persistency in the Malaysian context as a voluminous amount of research has been carried out in the developed world but the issue has not been adequately addressed in Malaysia

    Mencari kebenaran melalui penyelidikan

    Get PDF
    Mencari kebenaran melalui kaedah saintifik dalam menerangkan sesuatu fenomena harian merupakan antara tujuan utama penyelidikan. Dalam mencari kebenaran melalui penyelidikan, artikel telah membincangkan beberapa kriteria yang penting seperti kitaran sains. Kitaran sains bermula dengan teori dan menuju kepada pembentukan teori dan mungkin generalisasi bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Andaian atau hipoteses dibuat untuk membantu merancang pengutipan data dan pemerhatian. Seterusnya rumusan dapat dibuat bagi menghasilkan konsep atau cadangan. Sejauhmana ia benar, ia bergantung kepada bagaimana kita berjaya mempengaruhi orang lain

    Kemahiran kognitif sains dan prestasi pelajar : satu kajian di Institusi Pendidikan Tinggi

    Get PDF
    Kemahiran sains meliputi pengetahuan dan pengamalan dalam kehidupan harian. Ini termasuk penggunaannya dalam membantu seseorang membuat keputusan. Kepada seseorang pelajar, kemahiran berfikir dalam sains dipanggil Kemahiran Kognilif Sainlifik. Persoalan yang ingin dijawab oelh artikel ini adakah pelajar menggunakan kemahiran lersebul dalam proses pembelajaran dan adakah pengamalan lersebul mempunyai hubungan dengan kaedah pengajaran di dalam bilik kuliah? Seramai 112 orang pelajar lerlibal dalam kajian yang terdiri dari ahli 4 buah fakulti di UTM. Data diperolehi menggunakan Ujian Kognitif Sains dan juga Soal Selidik Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran. .Kepurusan menunjukkan pelajar di institusi pendidikan tinggi lebih suka mengingat kembali fakta sains tanpa menggunakan kemahiran berfikir walaupun pensyarah lebih brsikap terbuka dengan menggalakkan pemikiran saintifik dalam pengajaranitya

    Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan

    Get PDF
    Buku ini disediakan untuk membantu bakal penyelidik yang berminat memahami dengan lebih terperinci konsep penyelidikan pendidikan terutama yang menggunakan reka bentuk tinjauan soal selidik. Bahagian awal buku ini membincangkan asas penyelidikan pendidikan iaitu pengukuran dan penilaian perubahan pengalaman seseorang hasil rangsangan dan perubahan pemikiran yang melibatkan tingkah laku dan persepsi. Peringkat kedua buku ini cuba mengintegrasikan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik yang sesuai untuk menyediakan cadangan kajian, melaksanakan kajian tersebut dan memproses data supaya kesimpulan dan generalisasi pada peringkat akhir boleh dihasilkan merujuk kepada kehendak asal objektif kajian. Kaedah tinjauan adalah reka bentuk penyelidikan yang paling mudah dan popular dilaksanakan di kalangan pendidik. Buku ini sangat sesuai bagi para pelajar universiti disemua peringkat dan juga para pengamal pendidikan kerana kaedah pelaksanaan dijelaskan secara sistematik dan tersusun untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang besar, dalam bentuk yang ringkas dan ekonomikal

    Bias pengajaran guru dalam Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal

    Get PDF
    Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program Pendidikan Inklusif bagi muridmurid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri didalam kelas biasa belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa. Oleh itu satu kajian telah dijalankan dibeberapa buah sekolah yang mengamalkan kelas pemulihan dan kelas bermasalah pembelajaran. Bagi meninjau pendapat guru-guru pendidikan khas dan guru kelas biasa berkaitan dengan perbezaan cabaran yang dihadapi semasa Pembelajaran dan Pengajaran. Kajian ini dibuat ke atas guru Pendidikan Khas dan guru biasa di dua puluh lima buah sekolah rendah Daerah Johor Bahru, Johor. Kajian dijalankan dengan menggunakan sebanyak 28 item soal selidik. Sebanyak 80 responden telah memberi maklum balas bagi kedua-dua jenis guru ini. Hasil dapatan menunjukkan guru-guru mempunyai sikap yang sederhana dalam melaksanakan Pendidikan Inklusif ini, walaupun terdapat beberapa halangan seperti masa, tugas sampingan dan pengetahuan. Melalui beberapa cadangan yang dikemukakan, diharap kelemahan-kelemahan dalam pembelajaran dan pengajaran inklusif ini dapat di atasi oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab

    Penilaian hubungan tahap penguasaan konsepsi sains dengan tahap kemahiran proses sains guru peringkat menengah rendah

    Get PDF
    Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan konsepsi sains, tahap kemahiran proses sains dan hubungan antara keduanya di kalangan guru yang mengajar sains peringkat menengah rendah. Seramai 96 orang guru dari 24 buah sekolah di Kuala Lumpur telah dilibatkan sebagai responden. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik Domain Konsepsi Sains, Ujian Kemahiran Proses Sains Asas (UKPSA) dan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu (UKPSB). Statistik yang digunakan ialah min, peratusan, ujian korelasi Pearson, ujian-t dan ANOVA. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan konsepsi sains adalah lemah manakala tahap kemahiran proses sains asas dan bersepadu adalah baik. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan konsepsi sains dengan kemahiran proses sains. Ini bermakna guru yang menguasai konsepsi sains juga akan dapat menguasai kemahiran proses sains dengan baik. Hasil kajian juga mendapati terdapat perkaitan yang rapat antara penguasaan konsepsi sains dan kemahiran proses sains dengan faktor demografi seperti kelayakan akademik, bidang pengkhususan, pengalaman mengajar sains dan bilangan kursus berkenaan sains yang pernah dihadiri oleh guru
    corecore