3 research outputs found

    ASSESSMENT OF PERDA, E-COMMUNITY PROGRAM, PULAU PINANG

    Get PDF
    The purpose of this paper is to assess the e-community program launched by Penang Regional Development Authority (PERDA) based on participants. 276 survey forms were distributed randomly throughout four zones Multimedia Training Centers in Penang. Generally, the respondents admitted that PERDA’s e-community program had positive elements towards them. It was found that interpersonal source such as peers, neighbours and family members were main sources to provided information regarding PERDA’s e-community program to the respondents. The results showed that most respondents had positive attitude towards competence, ability to try and complexity of computer and the Internet after going through the program. However, there were respondents which had negative attitudes towards their ability to try using the computer and Internet after involving in this program. The results also found that features in PERDA’s ecommunity program become the core into such involvement. Therefore, efforts are needed now and then in order to enhance the quality of this program thus encouraging more participation in the future

    Kesan Program E-Komuniti Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang Terhadap Peserta Pusat Latihan Multimedia

    Get PDF
    Program e-komuniti Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) merupakan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diwujudkan untuk mendidik penduduk negeri Pulau Pinang menguasai pengetahuan dan kemahiran komputer dan Internet serta membantu mengurangkan jurang digital. Program e-komuniti PERDA mendorong peningkatan bilangan penduduk Pulau Pinang khususnya penduduk desa dalam menggunakan komputer dan Internet. Namun, masih kurang kajian dijalankan mengenai kesan program tersebut terhadap peserta. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri demografi peserta PLM, mengenalpasti tahap pengetahuan, penggunaan dan kemahiran peserta PLM tentang penggunaan komputer dan Internet, mengenalpasti kesan penggunaan komputer dan Internet terhadap peserta daripada segi perbezaan pengetahuan sebelum dan selepas mereka menyertai program e-komuniti PERDA, mengenalpasti kesan penggunaan komputer dan Internet terhadap peserta daripada segi perbezaan kemahiran sebelum dan selepas mereka menyertai program e-komuniti PERDA, mengenalpasti kesan-kesan lain penggunaan komputer dan Internet (kognitif, ekonomi, sosiobudaya, dan pendidikan) terhadap peserta selepas menyertai program e-komuniti PERDA, mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai komputer dan Internet selepas mereka menyertai program e-komuniti PERDA mengikut jantina, dan akhirnya mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai komputer dan Internet selepas mereka menyertai program e-komuniti PERDA mengikut peserta yang pernah memperolehi kursus/latihan formal mengenai komputer dan Internet dengan mereka yang tidak pernah menerima. Seramai 300 orang responden yang terdiri daripada peserta dari empat buah Pusat Latihan Multimedia (PLM) telah dilibatkan bagi mewakili keseluruhan PLM di Pulau Pinang. Kaedah kuasi eksperimen merupakan metodologi kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama. Data yang telah dikutip dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif (kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai) dan juga statistik inferensi (ujian-t). Secara umum, responden mengakui bahawa mereka memperolehi pengetahuan dan kemahiran komputer serta Internet selepas menyertai program e-komuniti PERDA. Kajian ini mendapati bahawa tahap pengetahuan responden terhadap perkakasan komputer dan Internet berada pada tahap yang baik. Tahap kemahiran responden menggunakan komputer dan Internet pula berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian ini mendapati bahawa penglibatan peserta dalam program e-komuniti PERDA membawa kesan positif terhadap kognitif, sosiobudaya dan ekonomi responden melalui penggunaan komputer dan Internet. Dapat disimpulkan bahawa kebanyakan responden mempunyai peningkatan pengetahuan dan kemahiran komputer dan Internet. Kajian ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan mengenai tahap pengetahuan dan kemahiran komputer dan Internet selepas menyertai program e-komuniti PERDA mengikut jantina. Ini bermakna responden lelaki dan perempuan mempunyai pengetahuan dan kemahiran komputer dan Internet yang sama. Namun demikian, terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pengetahuan dan kemahiran komputer dan Internet selepas menyertai program e-komuniti PERDA mengikut responden yang pernah dan tidak pernah mengikuti latihan formal. Bagi mereka yang pernah menyertai latihan memiliki pengetahuan dan kemahiran yang lebih baik berbanding mereka yang tidak pernah menyertai. Dapat disimpulkan bahawa hasil kajian ini disokong oleh teori jurang pengetahuan. Jurang pengetahuan wujud disebabkan oleh perbezaan faktor demografi, motivasi, dan media komunikasi. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kemahiran komputer dan Internet responden jelas dipengaruhi oleh faktor demografi responden, iaitu jantina responden serta mereka pernah dan tidak pernah menyertai kursus/latihan formal komputer dan Internet sebelum menyertai program e-komuniti PERDA. Selain itu, faktor motivasi (keperluan menggunakan komputer dan Internet) serta media komunikasi (jiran) juga memainkan peranan penting dalam kajian ini

    Kesan program e-komuniti PERDA terhadap peserta.

    No full text
    Kajian mengenai kesan penggunaan komputer dalam E-Komuniti di PERDA
    corecore