9 research outputs found
Impak kitaran sosial dalam sumbangan alumni terhadap pendapatan endowmen universiti
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dirangka bagi memperkasa pendidikan tinggi negara. Antara
perancangan pelan ini adalah memberikan kuasa autonomi kepada pihak universiti untuk menguruskan operasi
universiti. Keadaan ini bergantung kepada kemampuan pihak universiti untuk mencapai peruntukan sasaran
kementerian bagi menanggung kos operasi mengurus dan membangun universiti. Antara strategi kewangan yang
difokuskan dalam pelan ini ialah meningkatkan pendapatan endowmen universiti melalui sumbangan alumni. Walau
bagaimanapun, kesanggupan alumni memberikan sumbangan boleh berubah-ubah dan bergantung kepada beberapa
faktor. Dalam kajian ini, lima faktor sumbangan alumni telah dianalisis iaitu pengurusan kewangan, personaliti
diri, eksternal, pengurusan universiti dan jalinan universiti-komuniti. Faktor-faktor ini turut diinteraksi untuk
menghasilkan indikator yang dikenali pemboleh ubah kitaran sosial. Pemboleh ubah kitaran bertujuan mengukur
impak perubahan faktor-faktor terhadap nilai sumbangan. Ujian regresi diaplikasi untuk menganalisis faktor-faktor
yang dikaji terhadap sumbangan alumni ini. Dapatan analisis menunjukkan bahawa pemboleh ubah kitaran sosial
mempengaruhi secara signifikan terhadap pendapatan endowmen universiti antara 3 hingga 4 peratus. Implikasi
kajian ini membuktikan saluran sumbangan alumni signifikan untuk diteroka oleh pihak universiti bagi menampung
sebahagian defisit peruntukan yang dialami
Potensi Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-Reit) dalam membangunkan industri sawit di Malaysia
Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REIT) merupakan satu instrumen pasaran modal yang berlandaskan syariah.
Kewujudan I-REIT memberi peluang kepada pelabur untuk melabur dalam bidang hartanah. Al-Hadharah Boustead
REIT yang ditubuhkan pada tahun 2007 merupakan satu-satunya instrumen Amanah Pelaburan Hartanah Islam (IREIT)
yang berasaskan perladangan kelapa sawit di Malaysia. Artikel ini bertujuan membincangkan prinsip syariah
yang diguna pakai oleh Al-Hadharah Boustead REIT serta sumbangannya dalam industri sawit negara. Dapatan
kajian menunjukkan Al-Hadharah Boustead REIT menggunakan prinsip al-musyārakah, Al-wakālah, Al-Ujr dan
harta musyā dalam aktiviti pelaburannya. Di samping itu, penguasaan pemilikan Al-Hadharah Boustead REIT dalam
industri sawit negara menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sepanjang tempoh kajian
Integration of Islamic real estate investment trusts in Malaysia: is it an issue for investors?
Various stakeholders and academicians have shown their interest in the study of capital market instruments such as
stock market, bond and real estate investment trust (REITs). As such, there rises a need to review the importance of
capital markets integration. This study took a closer look at the co-integration between Islamic real estate
investment trust counters in Malaysia by applying the Vector Auto Regression (VAR) method. Data were generated
by processing monthly data from January 2007 to December 2013 obtained from authorized sources. The findings
indicated that there was no long-run or equilibrium relationship between the Islamic al-Aqar, al-Hadharah and
Axis counters. Based on the results, it can be concluded that the Islamic REIT companies in Malaysia do not
integrate each other in the long run. This will create opportunity for investors to diversify their investment portfolios
in Malaysia. As seen from the Granger causality view, the Hadharah and Axis returns were driven by al-Aqar
returns in the short run
Measuring The Nature of East Asia’s Automobile Production Networks
The aim of this study is to explore the nature of East Asia’s automobile production networks by means of social-network methods. In this paper, we have also developed a domination degree index (DDI) and domination intensity index (DII) to measure the dominating power of each East Asian country in the automobile networks. The results suggested that the networks of East Asia’s automobile industry are expanding over time both in terms of the number of links in the network as well as the strength of those links. This result indicates that both export and import of automobile products in this region increase significantly over time. In addition, Japan has emerged as the main player, both in the case of auto parts and components (PC) and final automobiles. The Republic of Korea has also emerged as the second most important player in East Asia’s final automobile networks, while China has become the second most important player in East Asia’s auto PC networks. Even though Thailand is the third most important player in East Asia’s automobile networks in both auto PC and final automobiles, the analysis of this paper has suggested that there is a possibility for this country to overtake China and the Republic of Korea to become the second most important player in terms of both auto PC and final automobiles. The dramatic changes in the development of Thailand’s automobile industry as well as significant development in China’s auto PC have been made possible by the pivotal role played by Japan (on Thailand) and the Republic of Korea (on China) – all of which have stimulated the development of their subordinates’ auto industry in a so-called “win-win situation
The role of ar-rahn in enhancing financial inclusion: a structural equation modeling approach
This study examines the relationship between financial inclusion and the adoption of ar-rahn financing in enhancing the
well-being of its customers throughout Malaysia. Data distributed via questionnaire to 239 respondents were analyzed
using descriptive and structural equation modeling. The results indicate that there is a positive relationship between
financial inclusion and ar-rahn’s financing adoption. In addition, the adoption of ar-rahn among customers improves
the well-being of individuals and society. This paper contributes to the existing literatures and provide new insights on
how financial inclusion could increase the adoption of ar-rahn financing and consequently the individual and societal
well-being
Kehidupan kelas menengah Malaysia: satu kajian kes mengenai corak perbelanjaan guru dalam pemilikan aset dan pelaburan kewangan
Perancangan kewangan penting untuk memastikan kehidupan pada masa kini dan hadapan dapat diurus dengan baik.
Bagi kumpulan berpendapatan tetap yang terdiri dari kelompok berpendapatan sederhana dan tinggi, perbelanjaan
perlu diuruskan secara berhemah bagi mengimbangi kekangan dan bebanan yang dihadapi. Sehubungan itu, kajian
ini cuba untuk mengenalpasti corak perbelanjaan pendapatan tetap diperoleh oleh guru-guru terhadap beberapa jenis
pemilikan aset. Antaranya ialah aset kediaman, kenderaan, pelaburan serta insurans. Borang soal selidik digunakan
untuk mendapatkan maklumat kajian. Seramai 812 orang guru terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan hasil analisis,
motif mendiami sendiri didapati lebih dominan berbanding sewaan dalam pemilikan aset kediaman pertama. Dalam
kes pelaburan pula, didapati pilihan jangka masa melabur adalah antara lima hingga 10 tahun, manakala 18 peratus
guru mempunyai pelan insuran untuk diri dan pendidikan anak-anak. Hasil kajian ini menunjukkan perolehan
pendapatan tetap dan terjamin memberi kelebihan dalam membuat perancangan kewangan yang baik
Peranan strategik hubungan dagang negara Islam dengan China: bukti empirikal dari Malaysia
Hubungan dagang antara negara adalah amat penting bagi pertumbuhan ekonomi dan ini seharusnya benar biarpun
negara-negara terlibat berbeza ideologi. Artikel ini bertujuan menganalisis hubungan keseimbangan perdagangan
antara Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan China serta kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Kajian ini menggunakan data suku tahunan dari suku pertama 1999 hingga suku keempat 2013 yang diambil dari
sumber-sumber yang berautoriti. Menggunakan kaedah penganggaran Vektor Autoregrasi (VAR) yang terpiawai,
kajian ini mengaplikasikan ujian integrasi, ujian ko-integrasi, dan ujian penyebab Granger dalam bentuk Model
Vektor Pembetulan Ralat (VECM). Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan keseimbangan jangka panjang
antara pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan jumlah eksport benar Malaysia ke China (EXm), jumlah import
benar Malaysia dari China (IMm), dan juga jumlah Keluaran dalam Negara Kasar benar China (KDNKc). Dari
aspek hubungan penyebab Granger jangka pendek pula didapati pertumbuhan ekonomi Malaysia dan pertumbuhan
jumlah import Malaysia dari China adalah dipengaruhi oleh pertumbuhan dalam ekonomi negara China. Di samping
itu, pertumbuhan jumlah eksport Malaysia ke China hanya dipengaruhi oleh pertumbuhan dalam ekonomi Malaysia
dan ianya menyokong hipotesis eksport berpuncakan pertumbuhan (GLE)
Kemapanan dan daya saing pajak gadai Islam di Malaysia: Perspektif perintis
Pembiayaan pajak gadai konvensional telah wujud sejak abad ke-19 lagi. Namun, praktis pemberian pinjaman daripada pajak gadai konvensional sering dikaitkan dengan penyelewengan dan mempunyai unsur eksploitasi terhadap peminjam. Sebagai alternatif, pajak gadai Islam yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1992 iaitu Muassasah Gadaian Islam Terengganu dengan inisiatif oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Sehingga tahun 2013, terdapat 464 buah cawangan daripada 10 institusi yang menawarkan pembiayaan pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional yang berlesen iaitu 259 buah. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis persepsi tiga perintis utama pemegang pajak gadai Islam di Malaysia iaitu MAIDAM, YaPEIM dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia berkaitan aspek kemapanan dan daya saing produk, isu pembiayaan berfokuskan penggunaan dan kesedaran masyarakat terhadap kewujudan pajak gadai Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan temu bual separa berstruktur terhadap tiga institusi perintis pajak gadai Islam. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pajak gadai Islam berupaya untuk bersaing dan berkembang dengan penawaran sistem gadaian yang berkonsepkan syariah, pengenaan upah simpan yang rendah dan matlamat pembiayaan yang tidak berorientasikan keuntungan dan lebih kepada tanggungjawab sosial. Untuk kemapanan dan daya saing skim ini, peranan kerajaan juga amat penting terutamanya dalam mewujudkan satu akta pajak gadai Islam yang khusus serta mempertingkatkan lagi pemberian lesen kepada pemegang pajak gadai yang berpotensi. Aktiviti promosi dan hebahan maklumat melalui media massa dan elektronik juga perlu dipertingkatkan bagi memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat khususnya mereka yang beragama Islam untuk memilih skim ar-Rahnu sebagai alternatif kepada pajak gadai konvensional
Muslim parents' reluctance to save for children's tertiary education in Malaysia: causes and reasons
This study aimed to identify the reasons and causes for the reluctance of Muslim parents to save for children’s tertiary education despite
Islam encouraging the practice of saving money for the future. Additionally, this paper also identified the main sources used for current
enrolled college children. A set of questionnaires had been used as the instrument to gather information needed. The respondents of this
study were Muslim parents whose children were studying in public higher education institutions in Malaysia. Only 752 questionnaires
were considered as completed and usable for analysis. Items in the questionnaires were adopted from Ipsos Public Affairs and adapted
according to the suitability of the study. The study employed descriptive analysis including frequency and percentage. The findings showed
that all respondents acknowledged that Islam encourages them to save money. The study also proved that T20 and M40 groups were
focusing on other saving priorities rather than on children's education. Unlike the previous group (T20 and M40), the B40 group declared
that they did not have enough money to save for their children’s tertiary education. B40 also expected that scholarship or financial aid
would be enough to cover the cost. Furthermore, since respondents did not have savings for tertiary education of children, they used a
variety of resources to finance their children's education. For T20 and M40, parents, their income and savings were used as the main
sources for current enrolled college children. For the B40 group, the main sources were children's study loans, current income, scholarship
and others. Some B40 received zakat to cover the cost of education. All parties should play their role to make better education possible. In
conclusion, the public should be encouraged to save money as early as possible to ensure enough savings in the future. The government
should step up with more campaigns and activities to encourage the society to save. Some suggestions to encourage individuals to save
more in education were also made