103 research outputs found

    Menangani wabak denggi di Malaysia: satu tinjauan kaedah rawatan dan pencegahan

    Get PDF
    Denggi merupakan virus bawaan nyamuk Aedes. Virus DENV menyebabkan pelbagai penyakit pada manusia, dari Demam Denggi (DF) kepada sindrom mengancam nyawa yang dipanggil Demam Denggi Berdarah (DHF). Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis mengenai punca berlakunya jangkitan denggi serta virus yang terlibat dan melihat kepada tahap jangkitan denggi serta penglibatan antarabangsa mengenai jangkitan denggi serta mengenal pasti kaedah dan rawatan alternatif kepada jangkitan denggi.Kajian menggunakan kaedah kajian perpustakaan dalam pengumpulan data melalui analisis kandungan, dokumen berkaitan strategi untuk menyelesaikan masalah demam denggi ini akan mendapatkan maklumat berbentuk data sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa Denggi disebabkan oleh virus, tiada ubat atau antibiotik untuk merawat; satu-satunya rawatan adalah untuk merawat gejala. Bagi Denggi biasa, rawatan adalah sekadar melegakan simptom (gejala). Rehat dan pengambilan cecair untuk penghidratan yang mencukupi adalah penting

    Analisis tren bilangan insiden hotspot denggi dengan penubuhan COMBI di Malaysia: kajian di Daerah Seremban, Negeri Sembilan

    Get PDF
    Alaf ini, pelbagai penyakit berjangkit telah wujud di seluruh dunia. Kebanyakan penyakit ini adalah merupakan penyakit bawaan nyamuk dan juga berkaitan dengan kebersihan persekitaran kediaman. Penyakit Denggi merupakan penyakit berjangkit bawaan nyamuk Aedes yang telah mengamcam kesihatan serta kesejahteraan penduduk Malaysia. Penglibatan total daripada semua individu di dalam sebuah komuniti dilihat sebagai salah satu faktor penyumbang kepada kejayaan aktiviti pencegahan penyakit denggi khususnya penghapusan kawasan pembiakan nyamuk AEDES ini. Menggunakan data sekunder daripada pihak Pejabat Kesihatan Daerah di Daerah Seremban kajian ini menganalisis data penyakit denggi bagi tahun 2010-2015 untuk melihat pertalian antara kadar insiden hotspot denggi dengan wujud atau tidak wujudnya komunikasi bagi impak tingkahlaku (Communication for Behavioural Impact, COMBI) di kawasan berkenaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun bilangan hotspot di kawasan tiada COMBI lebih tinggi, namun tiada hubungan signifikan COMBI merupakan faktor penyumbang utama kepada pengurangan hotspot denggi. Kesimpulannya, kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan amalan pencegahan wabak denggi di kawasan COMBI dan kawasan tiada COMBI

    Penggunaan bekas makanan mesra alam di Malaysia: kajian awal pengetahuan dan kesanggupan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia

    Get PDF
    Pembungkusan bekas makanan mesra alam (BMA) merupakan produk pembungkusan yang memberikan kesan terhadap kelestarian alam sekitar di samping mesra alam. Penggunaan BMA sedang giat dijalankan dan meluas di negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat dan Eropah selaras dengan perkembangan kefahaman dan pendidikan dari peringkat sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi. Kajian ini mengenalpasti tahap pengetahuan, kefahaman dan kesedaran pelajar terhadap bekas makanan mesra alam (BMA) dalam melestarikan alam sekitar. Data primer diperolehi daripada 50 orang pelajar UKM yang disampel secara rawak. Analisis hasil kajian mendapati baik bagi pelajar lelaki atau wanita penggunaan bekas makanan mesra alam (BMA) tidak menjadi topik utama dalam memastikan kelestarian alam di dalam kampus khususnya. Namun begitu, pelajar bersedia untuk lebih mengetahui tentang penggunaan bekas makanan mesra alam (BMA) serta kelebihan-kelebihan yang diperolehi dan bersedia untuk mencuba bekas makanan mesra alam (BMA)

    Faktor permintaan terhadap minyak sawit dalam kalangan pengguna di Malaysia

    Get PDF
    Industri minyak sawit pada abad ke-21 masih menjadi pilihan pengguna dan kekal relevan walaupun pelbagai jenis produk sayuran lain seperti minyak kacang soya telah mendominasi pilihan pengguna. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tentang sejauhmana faktor yang mempengaruhi permintaan minyak sawit dalam kalangan pengguna di Malaysia berdasarkan perspektif teori tingkah laku pengguna. Sejumlah 381 orang pengguna terlibat dan menjawab soal selidik dalam kajian ini menggunakan ‘Google Form’ secara atas talian. Data yang diperolehi telah dianalisis secara statistik deskriptif dan jadual bersilang menggunakan Statistical Package SPSS 26.0. Faktor yang telah dikenalpasti mempengaruhi permintaan minyak sawit termasuklah mutu dan kualiti, jenama, mesra alam, berkhasiat, botol yang menarik, pembungkusan yang baik, tradisi keluarga, kepelbagaian penggunaan, harga murah dan berpatutan. Dapatan menunjukkan demografi pengguna yang majoritinya pengguna perempuan yang berusia 18 hingga 30 tahun yang berasal dari Malaysia mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesemua faktor terutamanya faktor harga yang murah dan berpatutan. Konklusinya, kajian ini dapat memperlihatkan corak penggunaan serta faktor yang mempengaruhi permintaan minyak sawit dalam kalangan pengguna di Malaysia. Implikasi dapatan ini dibincangkan dalam kerangka perspektif kajian tingkah laku pengguna yang dapat menjelaskan pelbagai faktor seperti harga, mesra alam, jenama dan sebagainya mampu mempengaruhi tingkahlaku pembelian pengguna terhadap minyak sawit

    Evaluating the Role of Energy Efficiency Label on Consumers’ Purchasing Behaviour

    Get PDF
    AbstractThis paper was designed to explore the influence of energy labelling toward the consumer purchasing behaviour. Based on information from a total of 117 samples, this paper finds mean correlations between consumers’ awareness, knowledge, attitude, social norm and energy efficiency labels with purchase intention. Energy labelling shows a negative correlation with green purchasing behaviour. This finding demonstrates that energy labelling was fruitless to deliver a good message in encouraging consumer buying decision. Energy labels have to be understood, trusted and valued as a tool for consumers’ decision making. It is believed that the use of energy labels alone is not considered enough to protect the environment. Thus, all the stakeholders should enhance some other factors as a complementary to the energy labelling programs

    Memperaga Cirian Urang Sunda dalam pelayanan homestay

    Get PDF
    Salah satu faktor yang dapat memberikan kepuasan terhadap pelancong adalah faktor layanan. Daripada beberapa produk pelancongan yang menyediakan layanan, salah satu daripada nya adalah pada produk akomodasi atau penginapan, di mana penginapan merupakan salah satu produk asas dalam sektor pelancongan. Dalam memberikan layanan yang baik juga dipengaruhi oleh beberapa faktor, salah satunya adalah faktor individu yang terlibat dalam layanan. Dalam kajian ini, faktor yang menjadi sorotan adalah pada lima karakteristik Urang Sunda. Oleh sebab itu, makalah ini memiliki tujuan untuk mengkaji pengaruh karakteristik Urang Sunda dalam layanan penginapan homestay. Makalah ini menilai peranan karakteristik Urang Sunda dalam tiga peringkat, iaitu Urang Sunda pada peringkat individu, Urang Sunda pada peringkat komuniti dan Urang Sunda pada peringkat sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Soal selidik telah di edar kepada 300 orang responden yang menginap di homestay Urang Sunda dan responden di pilih secara rawak. Kajian ini menunjukkan bahawa karakteristik Urang Sunda nampak menonjol dalam memberikan kesan yang positif kepada pengunjung homestay. Pada masing-masing peringkat terdapat karakteristik yang lebih menonjol daripada peringkat lainnya. Hasil kajian ini juga dapat menjadi acuan kepada pihak-pihak yang terkait dalam pengembangan homestay Urang Sunda untuk menjadikan karakteristik Urang Sunda sebagai satu tarikan sebagai usaha memberikan kepuasan terhadap pelancong

    Place-making dalam agenda pembangunan pelancongan

    Get PDF
    Pembangunan pelancongan telah mengubah sesuatu ruang kepada tempat yang seterusnya menjadi sesebuah destinasi pelancongan. Perkembangan industri pelancongan yang rancak ini menyebabkan persaingan yang kompetitif dalam menarik pelancong antarabangsa sekaligus memberi impak yang positif kepada ekonomi sesebuah negara. Konsep place-making pelancongan merupakan pendekatan perancangan dan pembangunan dalam membentuk imej dan sense of place destinasi bagi memberi pengalaman pada pelancong. Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis tema dalam penulisan ulasan karya lepas berkaitan place-making pelancongan. Seterusnya artikel ini membincangkan implikasi place-making pada pembangunan pelancongan di Malaysia. Sebanyak tujuh puluh artikel telah dianalisis menggunakan kaedah Analisis Tematik dengan menggunakan perisian Atlasti. Hasil kajian menunjukan terdapat empat tema utama dalam kajian place-making pelancongan iaitu destinasi, tuan-rumah dan tetamu, pemasaran dan komuniti. Kajian konsep place-making pelancongan turut menunjukkan kebanyakan kajian dilakukan dan ditulis oleh penyelidik sosial negara Barat berbanding di Malaysia. Implikasinya, kajian place-making perlu dipertingkatkan bagi mempastikan daya saing dan kualiti destinasi pelancongan di Malaysia

    Kelestarian alam sekitar sektor sawit : analisis polisi, peraturan dan piawaian

    Get PDF
    Sektor sawit di Malaysia merupakan sumber ekonomi utama negara. Kerajaan melaksanakan tanggungjawab untuk membangun industri sawit ini supaya kekal menjadi sumber ekonomi negara. Bagi memenuhi permintaan yang meluas, kawasan tanaman sawit perlu diperluaskan untuk penanaman. Negara pengeluar memperluas kawasan tanaman sawit meneroka kawasan baru untuk penanaman dimana banyak melibatkan penebangan hutan. Sektor sawit telah mengalami pelbagai kritikan dan laporan negatif dari NGO global untuk memburukkan minyak sawit. Malaysia merupakan negara yang terkesan daripada krikitan tersebut. Pengkaji mengenalpasti dua objektif kajian iaitu mengenalpasti polisi, peraturan dan piawaian yang dilaksanakan bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar terhadap sektor sawit dan menganalisis tahap keberkesanan polisi kelestarian tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif dengan menganalisis dokumen untuk mendapatkan hasil kajian. Dapatan kajian menunjukkan MSPO, RSPO dan Amalan Pertanian Baik (GAP) sebagai program tindakan. Setiap prorgam tindakan menunjukkan tahap pengamalan polisi, peraturan dan piawaian, kesukaran yang dihadapi dalam pelaksanaan polisi dan kesan yang berlaku setelah program tindakan diamalkan. Tahap keberkesanan tidak dapat dilihat dengan jelas namun sejak program-program tindakan ini dilaksanakan kelestarian alam sekitar dapat dikekalkan akibat pengurangan penebangan hutan, penggunaan bahan kimia dan lain-lain. Pengeluaran minyak lestari meningkat sehingga mula mendapat kepercayaan dari pengguna di seluruh dunia

    Kelestarian penanaman kelapa sawit dalam kalangan pekebun kecil di Sri Aman, Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini meneliti indikator kelestarian penanaman kelapa sawit dalam kalangan pekebun kecil di Sri Aman, Sarawak dan peranan pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan pihak bertanggungjawab yang lain dalam membantu pekebun kecil untuk memupuk amalan pertanian lestari. Pengkaji telah memilih pendekatan penyelidikan secara kuantitatif yang menggunakan pendekatan kaedah soal selidik. 50 orang responden yang terdiri daripada pekebun kecil sawit telah dipilih secara rawak sebagai subjek kajian. Borang soal selidik telah diggunakan untuk mendapat maklumat dan dipersembah secara deskriptif. Berdasarkan hasil kajian, bagi indikator kelestarian ekonomi, kebanyakan pekebun kecil sawit di kawasan kajian tidak mencapai kelestarian secara keseluruhan. Pendapatan yang diperolehi oleh pekebun kecil sawit tidak melepasi pendapatan miskin tegar yang telah ditentukan oleh kerajaan dengan menggunakan Pengukuran Garis Kemiskinan (PGK). Manakala kelestarian sosial pula, kajian mendapati bahawa keseluruhan pekebun kecil sawit telah mencapai tahap kelestarian yang amat memperangsangkan. Malangnya, pekebun kecil sawit di kawasan kajian tidak mencapai aspek kelestarian persekitaran. Pekebun kecil sawit di sini tidak semestinya menggunakan amalan pertanian yang baik dan kurang mementingkan penjagaan alam sekitar dalam proses penanaman kelapa sawit. Dari segi peranan MPOB dan pihak bertanggungjawab yang lain pula dilihat tidak begitu komited atau berusaha dalam menyalurkan maklumat serta bantuan kepada pekebun kecil sawit berhubung dengan pertanian lestari. Namun begitu, pekebun kecil sawit mempunyai inisiatif sendiri bagi memastikan aktiviti pertanian yang dilakukan tidak memberi kesan yang kronik kepada alam sekitar. Pendek kata, pihak-pihak bertanggungjawab semestinya mengambil strategi yang drastik agar mampu memastikan pembangunan kelestarian sawit dan sekali gus mencapai matlamat yang telah ditetapkan
    • …
    corecore