8 research outputs found

    Penulisan Muhammad Uthman El-Muhammady dalam majalah Pengasuh (1961–2013)

    Get PDF
    Muhammad Uthman el-Muhammady merupakan seorang penulis prolifik yang banyak menyumbang dalam perkembangan pemikiran Islam di Malaysia. Karya-karya beliau lebih banyak dalam bentuk artikel ataupun kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar-seminar yang diadakan di Malaysia. Karya-karya ini dimuatkan dalam jurnal, buku prosiding, majalah dan seumpama dengannya. Artikel beliau sering juga dimuatkan dalam Majalah Pengasuh yang merupakan majalah diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Muhammad Uthman el-Muhammady merupakan antara penyumbang yang paling lama iaitu dari tahun 1961-2013 selama 52 tahun. Penulisan ini bertujuan untuk menganalisis sumbangan penulisan Muhammad Uthman dalam majalah Pengasuh (1961-2013). Pendekatan kualitatif akan digunakan dalam menganalisis karya-karya beliau dalam majalah ini. Hasil dari analisis dapat disimpulkan bahawa Muhammad Uthman el-Muhammady menepati dengan ciri-ciri seorang penulis prolifik yang sepertimana yang telah diberikan kepada beliau

    Isu-isu pluralisme agama dalam Tuntutan Comango: satu analisis terhadap laporan 2013 dan 2018

    Get PDF
    Coalition of Malaysian NGO’s in the UPR Process (COMANGO) is a group combines several non-governmental organizations (NGOs) in Malaysia. COMANGO has submitted a human rights report to the UN Human Rights Council's Universal Periodic Review process under the UN in 2013 in Geneva. They submitted several requests to the Malaysian government to agree and sign it. There are 17 issues raised, but there are some demands that became controversial including freedom of religion in relation to the right of apostasy and the right of teaching other than Ahl Sunnah wal Jamaah such as Shi'ah, Qadiani, Ahmadiah and others; the privileged position of the Malays; the right of lesbian, gay, bisexual, transgender, inter-sexed and queer persons (LGBTIQ); as well as intervention attempts in the affairs of the Syariah Court. This research uses qualitative method of document analysis on the COMANGO report of 2013 and 2018 in order to analyse its demands and its relevance to issues of religious pluralism. From this analysis, COMANGO's demandss related to issues of religious pluralism amongst others are the apostasy issue, the word Allah and the issue of Article 121 (1A)

    Naratif adat perkahwinan etnik Suluk di daerah Kudat, Sabah

    Get PDF
    Etnik Suluk merupakan salah satu dari kelompok etnik yang terdapat di Kudat, Sabah dan memiliki status bumiputera yang diiktiraf sebagai peribumi Sabah. Sama seperti bangsa dan etnik lain, etnik Suluk memiliki keunikan tersendiri yang menggambarkan budaya etnik tersebut. Kajian ini bertujuan untuk membentangkan satu penceritaan secara umum tentang citra etnik Suluk serta adat perkahwinan yang diamalkan oleh mereka. Rekabentuk kajian adalah kualitatif melibatkan kaedah perpustakaan menerusi penelitian ke atas beberapa literatur terpilih serta kaedah temubual dengan 11 orang informan. Dapatan kajian menunjukkan adat perkahwinan etnik Suluk memiliki keunikan tradisi tersendiri. Oleh itu, artikel ini diharapkan dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang etnik Suluk serta adat perkahwinan mereka yang mewarnai corak kepelbagaian etnik dan budaya masyarakat di Sabah

    Pemahaman dan penerimaan golongan sarjana islam mengenai konsep pluralisme agama: Satu sorotan literatur

    Get PDF
    Pluralisme agama merupakan satu aliran yang muncul dalam pemikiran masyarakat Malaysia. Penerimaan terhadap aliran ini berbeza mengikut pemahaman masing-masing terhadap definisi pluralisme agama. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan untuk menganalisis kefahaman dan penerimaan masyarakat terutamanya sarjana terhadap pluralisme agama melalui kajian literatur tradisi atau naratif yang dilakukan. Hasil daripada kajian literatur menunjukkan pandangan golongan sarjana terbahagi kepada tiga kelompok iaitu menyokong, pertengahan dan menolak. Golongan yang menerima pluralisme agama, mereka menerima dalam erti kepelbagaian agama, toleransi agama, dialog antara agama dan kebebasan beragama. Golongan pertengahan menerima pluralisme agama secara bersyarat iaitu menerima maksud erti kepelbagaian agama tetapi menolak maksud fahaman menyamaratakan kebenaran semua agama dan golongan yang terakhir ialah mereka yang menolak fahaman pluralisme agama dalam maksud menyamaratakan kebenaran semua agama

    Analisis Biografi Muhammad Uthman El-Muhammady dari perspektif teori Ekologi Brofenbrenner

    Get PDF
    Muhammad Uthman el-Muhammady dikenali sebagai tokoh pemikir di Malaysia. Latar belakang kehidupannya dipenuhi dengan kepelbagaian rona kehidupan yang berlatar belakang akademia. Pemikirannya banyak mengetengahkan ajaran ahli Sunnah wal Jamaah. Beliau juga lantang menentang pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah sehinggakan beliau dianggap sebagai seorang yang ekstrem. Keperibadiannya menjadi pesona dalam dunia pemikiran di Malaysia melalui kepetahannya berbahasa Inggeris dan berhujah. Kajian ini didasari oleh Teori Ekologi. Biografi Muhammad Uthman el-Muhammady dari perspektif teori ekologi yang dipelopori oleh Urie Bronfenbrenner (1979, 1986) menunjukkan pembentukan personaliti dan sahsiah tokoh terulung ini bermula di peringkat mikrosistem. Hasil kajian menunjukkan bagaimana latarbelakang kehidupan Muhammad Uthman el-Muhammady yang dididik oleh arwah ayahnya dalam mengutamakan ilmu sedari kecil telah membentuk keperibadiannya sehinggakan menjadikan beliau seorang tokoh semasa yang disanjungi masyarakat kerana ketinggian ilmunya. Corak kehidupannya patut dicontohi oleh semua lapisan masyarakat dalam membentuk dan mewujudkan satu personaliti yang istimewa

    Penulisan Muhammad Uthman el-Muhammady dalam Majalah Pengasuh (1961–2013)

    No full text
    Muhammad Uthman el-Muhammady merupakan seorang penulis prolifik yang banyak menyumbang dalam perkembangan pemikiran Islam di Malaysia. Karya-karya beliau lebih banyak dalam bentuk artikel ataupun kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar-seminar yang diadakan di Malaysia. Karya-karya ini dimuatkan dalam jurnal, buku prosiding, majalah dan seumpama dengannya. Artikel beliau sering juga dimuatkan dalam Majalah Pengasuh yang merupakan majalah diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Muhammad Uthman el-Muhammady merupakan antara penyumbang yang paling lama iaitu dari tahun 1961-2013 selama 52 tahun. Penulisan ini bertujuan untuk menganalisis sumbangan penulisan Muhammad Uthman dalam majalah Pengasuh(1961-2013). Pendekatan kualitatif akan digunakan dalam menganalisis karya-karya beliau dalam majalah ini. Hasil dari analisis dapat disimpulkan bahawa Muhammad Uthman el-Muhammady menepati dengan ciri-ciri seorang penulis prolifik yang sepertimana yang telah diberikan kepada beliau

    Tinjauan adat kematian etnik Suluk di daerah Kudat, Sabah dari aspek kepatuhan syariah

    Get PDF
    Kematian merupakan fasa akhir dalam kehidupan manusia di dunia dan pasti dialami oleh setiap makhluk bernyawa. Terdapat pelbagai tafsiran, adat resam dan kepercayaan antara individu mahupun kelompok masyarakat dalam berhadapan dengan situasi kematian. Etnik Suluk di Sabah juga mempunyai kepercayaan dan adat tersendiri yang diwarisi daripada nenek moyang. Sehingga ke hari ini, adat yang diwarisi tersebut masih ada yang diamalkan oleh sesetengah etnik Suluk. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah meninjau adat kematian etnik Suluk di daerah Kudat, Sabah dari aspek kepatuhan syariah dan membuat penilaian berdasarkan perspektif Islam terhadap status pengamalan adat-adat tersebut. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif menerusi kaedah temu bual. Walaupun etnik Suluk tertumpu di kawasan pantai timur Sabah, data kajian dikumpulkan berdasarkan maklumat sebelas orang informan dari kalangan etnik Suluk di daerah Kudat, Sabah untuk dapatan kajian yang lebih pelbagai. Hasil kajian mendapati terdapat adat kematian etnik Suluk di daerah Kudat yang bercanggah dengan syarak kerana mengandungi unsur-unsur khurafat. Justeru kajian ini diharap dapat membuka ruang untuk mengubahsuai atau menghapuskan terus adat serta amalan tersebut agar selari dengan aspek kepatuhan syariat dan ajaran Islam di samping membanteras adat serta amalan yang bertentangan dengan akidah
    corecore