2 research outputs found

    Effects of Post-Activation Potentiation (PAP) warm-up on vertical jump performance among volleyball players

    Get PDF
    This study aims to examine the effects of resistance versus complex exercise with the retention of post-activation potentiation (PAP) on vertical jump among volleyball players. A total of 30 volleyball players (mean age = 16.5 ± 1.106 years old) were recruited as participants of this study. The participants were requested to attend two different testing sessions, with two days between each session. Each session had a different exercise routine, namely, resistance and complex. A one-way repeated measure was used to analyse the performance of the vertical jump, while a pairwise comparison was applied to compare the retention of PAP between the resistance and complex exercises. The findings show that there is a significant interaction for both warm-up exercises; [(F(1,29)=1275.57, p=0.000] for resistance exercise and [(F(1,29) = 1456.83, p= 0.000] for complex exercise. The retention analysis for PAP effect also indicates that there is a significant difference between the two warm-up activities in vertical jump performance. In conclusion, this study reveals that both exercises managed to increase PAP among volleyball players. However, complex exercise is suggested to be combined with the warm-up method as it can maintain a longer retention than resistance exercise

    Kesan potensi pasca pengaktifan terhadap prestasi lompat menegak dalam kalangan pemain bola tampar

    Get PDF
    Potensi Pasca Pengaktifan (post-activation potentiation-PAP) merupakan aktiviti memanaskan badan yang dapat meningkatkan prestasi sukan dan ia merujuk kepada satu fenomena neuromuskular dimana kuasa otot dapat dipertingkatkan selepas melakukan aktiviti memanaskan badan yang melibatkan rintangan. Kajian ini bertujuan untuk membanding kesan PAP serta jangkamasa pengekalan kesan PAP terhadap prestasi lompat menegak dalam kalangan pemain bola tampar. 30 pemain bola tampar telah dipilih untuk menyertai kajian ini. Kajian ini menggunakan 2 x 7 pengukuran berulangan dan reka bentuk pengimbas balas untuk mengawal kesan aktiviti memanaskan badan di mana setiap subjek perlu melakukan kedua-dua jenis aktiviti memanaskan badan yang berbeza; i) rintangan dan ii) komplek pada hari yang berlainan. Kajian ini menggunakan instrumen lompat menegak dengan pukulan vanes Vertec pada setiap sesi ujian iaitu pra-ujian, pasca-ujian 15 saat, 5 minit, 10 minit, 15 minit, 20 minit dan 30 minit. Analisis pengekalan bagi kesan PAP menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua aktiviti memanaskan badan dalam prestasi lompatan menegak. Peningkatan min bagi skor lompat menegak bagi aktiviti rintangan sebanyak 2.16%, 3.09%, 2.34%, 1.74%, 1.19%, 0.71% manakala peningkatan min skor lompat menegak bagi aktiviti komplek sebanyak 2.20%, 4.09%, 4.97%, 6.02%, 7.01%, 5.70% pada pasca-ujian pada pasca-ujian 15 saat, pasca-ujian 5 minit, pasca-ujian 10 minit, pasca-ujian 15 minit, pasca-ujian 20 minit dan pasca-ujian 30 minit berbanding dengan praujian. Keputusan dapatan telah menunjukkan kedua-dua aktiviti memanaskan badan dapat meningkatkan prestasi lompat menegak tetapi jangkamasa pengekalan kesan PAP mencapai kemuncak adalah berbeza. Selain daripada pemilihan aktiviti rintangan sebagai memanaskan badan, atlet dan jurulatih boleh memilih aktiviti komplek sebagai aktiviti memanaskan badan dengan tujuan meningkatkan kuasa kaki dan dikekalkan sekurang-kurangnya sehinggga 30 minit dan sesuai digunakan. Aktiviti rintangan hanya mengekalkan kuasa kaki dalam jangkamasa yang tidak lebih 10 minit manakala aktiviti komplek lebih sesuai bagi sukan yang dipertandingkan dalam jangkamasa yang lebih 10 minit terutamanya bagi sukan berpasukan
    corecore