48 research outputs found

    Domain Rezeki dalam Peribahasa Melayu Berorientasikan Aves Melalui Perspektif Semantik Inkuisitif

    Get PDF
    Aves dapat dikelaskan sebagai haiwan yang mempunyai sayap;sama ada boleh terbang mahupun tidak, berdarah panas, berkaki dua dan bertelur. Ia juga adalah haiwan vertebrata yang terdapat di serata dunia termasuk di sekitar gurun, hingga ke kutub utara dan selatan, serta di kawasan hujan tropika. Kewujudan Aves dalam peribahasa Melayu dapat dipecahkan lagi kepada beberapa sub haiwan yang lain iaitu ayam (Gallus gallus domesticus), burung (Bird), itik (Anas platyrhynchos) dan angsa (Anserini). Kajian ini berbentuk kualitatif dalam menganalisis peribahasa Melayu yang berunsurkan Aves melalui perspektif semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dalam domain “rezeki”. Dapatan data diperoleh daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (2016) susunan Abdullah Hussain. Seterusnya, analisis Rangka Rujuk Silang (RRS) diaplikasikan dalam kajian ini dengan berpandukan data korpus di Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay Concordance Project (MCP). Penggunaan data korpus ini bukan sahaja mampu memberikan anteseden tambahan kepada pengkaji malahan dapat membantu pengkaji memahami konteks sebenar peribahasa tersebut sehinggalah ke akal budi penuturnya

    Gallus gallus domesticus dan Paradoxurus hermaphroditus dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

    Get PDF
    Penggunaan leksikal ayam (Gallus gallus domesticus) sebagai objek dan musang (Paradoxurus hermaphroditus) sebagai imej dalam peribahasa Melayu telah mempamerkan bahawasanya masyarakat Melayu pada zaman dahulu telah mengasimilasikan kejadian di alam sekeliling mereka dengan kehidupan seharian. Jelmaan sikap haiwan tersebut telah dikiaskan dengan sikap atau kelakuan manusia ini dapat dilihat melalui makna harfiah peribahasa tersebut. Kajian ini akan mencungkil sebab pemilihan leksikal ayam dan musang dalam peribahasa Melayu melalui perseptif semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Kajian berbentuk kualitatif ini akan menggunakan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (2016) susunan Abdullah Hussain sebagai pengumpulan data peribahasa Melayu. Sejumlah lima peribahasa Melayu yang berasosiasi dengan leksikal ayam dan musang telah dikesan dalam kamus ini. Seterusnya, pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) yang berpandukan data korpus di Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay Concordance Project (MCP) dilakukan. Analisis seperti ini mampu menghuraikan makna peribahasa Melayu tersebut sehingga ke akal budi penuturnya

    Pengaplikasian Kerangka Semantik Inkuisitif Melalui Slanga

    Get PDF
    Slanga merupakan bahasa tidak formal yang telah digunakan dalam sesuatu kelompok komunitinya tersendiri malahan dapat menonjolkan identiti sesuatu kelompok masyarakat yang membawanya sebagai contohnya dalam kalangan remaja. Melalui ujaran slanga ini terdapatnya keimplisitan ujaran yang telah dikesan oleh pengkaji yang mampu dianalisis menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Hal ini demikian kerana penganalisisan semantik inkuisitif sebelum ini hanyalah melibatkan data-data peribahasa - lihat kajian [6-9], [18-20], [23-24], [26] dan [30]. Oleh itu, kajian ini cuba membuktikan bahawa dengan menggunakan slanga juga mampu dicungkil maknanya dengan menggabungkan data, teori, kognitif dan akal budi atau intelektual Melayu seperti mana kajian-kajian SI telah dijalankan sebelum ini. Sejumlah tiga data telah diperoleh daripada perbualan tidak formal masyarakat Melayu di sekitar Kuala Lumpur, Malaysia dan Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia yang mengandungi slanga berimplisit yang akan dianalisis oleh pengkaji melalui pendekatan SI. Seterusnya, Rangka Rujuk Silang (RRS) juga diaplikasikan bagi membantu pengkaji mendapatkan anteseden tambahan kepada pengkaji dalam memahami konteks sebenar ujaran tersebut sehingga ke akal budi penuturnya

    Unsur Semiotik dalam Persembahan Hadrah

    Get PDF
    Persembahan hadrah merupakan satu bentuk hiburan masyarakat awam yang masih mendapat sambutan ramai (walaupun sudah banyak berkurangan atau kurang permintaan). Persembahan hadrah ini masih banyak dipersembahkan di majlis kahwin dan juga di majlis keramaian yang lain. Kebiasaannya, hadrah dipersembahkan semasa mengiringi kehadiran pasangan pengantin. Menurut pandangan peribadi Abang Ali (17 November 2015), tradisi hadrah ini wujud di Tanah Arab terlebih dahulu dan disebarkan di Sarawak oleh para pedagang Arab yang datang berdagang di Sarawak. Ada juga yang menyatakan bahawa hadrah wujud dalam kalangan masyarakat kampung tetapi kesahihannya masih diragui.Banyak cerita menarik berkaitan dengan seni hadrah ini, sama ada dalam bentuk kenyataan benar atau pun mitos. Namun semua ini menarik untuk diketahui

    Strategi penggantian disfemisme kepada eufemisme dalam komunikasi lisan masyarakat Bidayuh, Bau : Analisis Pragmatik = (Strategies for Replacing Dysphemism to Euphemism in Oral Communication of the Bidayuh, Bau Community: Pragmatics Analysis)

    Get PDF
    Strategies in oral communication must be guided by politeness and purity in speaking, not in a state of anger, joking, or even engaging in taboo matters. Therefore, the use of euphemisms that refer to subtle conversations is applied in nature as a substitute for speech which is dysphemism, which is referred to rudeness in speech. Therefore, this study was done based on a strategy in the oral communication of the Bidayuh, Bau community in Sarawak, which is inseparable from the use of abusive language, but can still be replaced with more subtle speech. This study was carried out in Kampung Serasot, Bau, Sarawak and researchers found that there were five types of replacement of dysphemism to euphemism (based on the findings of this study only) has been obtained through oral communication of the Bidayuh community in Bau, Sarawak such as involving limbs, femininity, hygiene, language of diatribe and related to death. This study is in qualitative form. To obtain this data, the researcher using “in-depth interview” method from two informants. The informants were selected based on the NORF (for female informant) and NORM (for male informant) i.e. (1) informal must be a native population in the area; (2) low mobility, that is, informants do not often leave their original places; (3) informants must be aged 40 to 60 years and above; physical and spiritual health, including hearing aids; (5) the origin of the respondents must be cultivated from the place of study; (6) the ability of informants about their language and dialect well; (7) and the informants must also be born and grow in their place of birth. The application of Relevance Theory (RT) by Sperber and Wilson (1986, 1995) and Bridging Cross Reference (BCR) by Kempson (1986) was applied to analyse data. Therefore, it can be formulated that this assessment is able to provide a general description of the Bidayuh community in Bau, Sarawak which can be referred to as people who have a high language politeness in their daily communication. Keywords: Disfemisme, euphemisms, Bidayuh-Bau community, oral communication, pragmatics Abstrak: Strategi dalam komunikasi lisan haruslah berpandukan kesopanan dan kemurnian dalam berbicara tidak kiralah dalam keadaan marah, gurau senda mahupun melibatkan perkara yang bersifat tabu. Oleh itu, penggunaan eufemisme yang merujuk kepada percakapan halus sifatnya diaplikasikan sebagai penggantian ujaran bersifat disfemisme iaitu merujuk kepada kekasaran dalam berbicara. Oleh itu, kajian ini akan berpandukan strategi dalam komunikasi lisan masyarakat Bidayuh, Bau di Sarawak yang sememangnya tidak terlepas daripada penggunaan bahasa kasar, namun masih dapat digantikan dengan ujaran yang bersifat lebih halus. Kajian ini dijalankan di Kampung Serasot, Bau, Sarawak dan pengkaji mendapati bahawa sebanyak lima jenis penggantian disfemisme kepada eufemisme (berdasarkan dapatan kajian ini sahaja) telah diperoleh melalui komunikasi lisan masyarakat Bidayuh di Kampung Serasot, Bau, Sarawak seperti melibatkan anggota tubuh badan, hal kewanitaan, hal kebersihan, bahasa cacian dan berkaitan dengan kematian. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif sepenuhnya. Untuk memperoleh data ini pengkaji telah menemu bual secara mendalam sebanyak dua orang informal berdasarkan rumus NORF (bagi informan wanita) dan NORM (bagi informan lelaki) iaitu (1) informal mestilah penduduk asli di kawasan tersebut; (2) mobiliti rendah iaitu informan tidak sering keluar dari tempat asalnya; (3) informan mestilah berumur 40 ke 60 tahun dan ke atas; (4) sihat jasmani dan rohani, termasuklah alat pendengarannya; (5) asal usul responden harus diusahakan dari tempat yang diteliti; (6) kemampuan informan mengenai bahasa dan dialeknya dengan baik; (7) dan informan juga mestilah lahir dan membesar di tempat kelahiran mereka. Penerapan Teori Relevans (TR) oleh Sperber dan Wilson (1986) serta Rangka Rujuk Silang (RRS) oleh Kempson (1986) diaplikasikan. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa pengkajian sebegini mampu memberikan gambaran umum mengenai masyarakat Bidayuh di Bau, Sarawak yang dapat dirujuk sebagai masyarakat yang mempunyai kesantunan berbahasa yang tinggi dalam komunikasi harian mereka

    Semantik dan Makna Konotasi dalam Slanga Pelacur

    Get PDF
    Negative perspectives towards prostitutes globally disable the study on prostitution goes nowhere further for example when it comes to the usage of prostitution slangs. This is because the nature of prostitution itself is a taboo and an immoral doing. Every single words uttered by prostitutes depict connotative meanings and thus need in depth understanding to reveal those hidden meanings. Hence this research is mainly to analyze the meanings of the slangs in the prostitutions’ language domain. Analyses were done via semantic approach. Findings showed clearer and understandable meanings of the slangs but even though the explicit meanings are known, these slangs are found to be hidden because slangs in the prostitution domain of language are believed to be obscene and vulgar and thus considered improper to be used at public places. In this study, details of prostitutes’ utterances are put forward then just merely making general perspective

    NARATIF PUTERI SANTUBONG DAN PUTERI SEJINJANG MEMPERTALIKAN POLITIK TEMPATAN:ANALISIS PRAGMATIK

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis implikatur (makna tersirat) dalam sastera rakyat Melayu Sarawak, iaitu naratif Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang dengan mempertalikan politik tempatan. Pengkaji telah mentafsirkan implikatur yang terkandung dalam naratif tersebut berpandukan analisis pragmatik iaitu Teori Relevans (TR) oleh Sperber dan Wilson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa eksplikatur seperti “Puteri Santubong”, “Puteri Sejinjang”, “kisah lama, zaman mensia maya”, “penjaga”, “manis”, “anak dak dewa turun kayangan”, “bertenun kain”, “malam”, “menumbuk padi” dan “siang” sebenarnya mempunyai implikatur yang dapat diasosiasikan dengan konteks semasa. Hal ini selaras dengan peranan sastera rakyat yang begitu sarat dengan unsur nasihat dan sindiran secara halus supaya masyarakat kini tidak mengulangi kesilapan yang berlaku dalam naratif Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang ini. Rumusannya, berbekalkan konteks, kesan kognitif dan usaha memproses maklumat, mesej secara tersirat dalam naratif ini dapat mengalami peluasan makna berdasarkan keadaan politik tempatan

    Ayam (gallus gallus domesticus) dalam peribahasa Melayu: Analisis semantik inkuisitif

    Get PDF
    Kajian ini merupakan kajian semantik inkuisitif dalam menganalisis Peribahasa Melayu yang berasosiasi dengan leksikal ayam (Gallus gallus domesticus) dalam domain kebiasaan dan rezeki. Sebanyak 90 Peribahasa Melayu telah dikesan dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (2016) susunan Abdullah Hussain berkaitan dengan ayam. Bagi mencungkil makna sebenar peribahasa tersebut Rangka Rujuk Silang (RRS) telah diaplikasikan dengan berpandukan data korpus di Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay Concordance Project (MCP). Dapatan kajian mendapati bahawa, sebanyak 73 peribahasa yang berunsurkan ayam secara umum dan 17 peribahasa yang berunsurkan ayam secara khusus telah diguna pakai sehingga kini. Oleh itu, kajian ini bukan sahaja dapat menghuraikan makna sebenar peribahasa tersebut, namun dapat memperlihatkan kearifan masyarakat Melayu pada zaman dahulu menggunakan unsur alam bagi mencerminkan sifat/kelakuan manusia secara berkias

    Slanga dan simbol tumbuhan dalam komunikasi lisan masyarakat Melayu: Pendekatan semantik inkuisitif

    Get PDF
    corecore