2 research outputs found

    Pengetahuan, sikap dan kesedaran pensyarah dalam pengamalan penyelidikan di politeknik premier

    Get PDF
    Pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan merupakan agenda penting ke arah mengukuhkan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kelebihan melaksanakan penyelidikan adalah jelas dan nyata, tetapi amalannya di dalam sistem pengajian politeknik masih rendah. Oleh sebab itu, satu kajian telah dilaksanakan untuk mengkaji pengetahuan, sikap dan tahap kesedaran pensyarah dalam pengamalan penyelidikan di politeknik. Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal selidik. Kajian ini melibatkan tiga buah politeknik yang telah dinaik taraf menjadi Politeknik Premier iaitu Politeknik Sultan Ibrahim, Johor; Politeknik Ungku Omar, Perak; dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor. Seramai 317 orang pensyarah telah dijadikan sampel kajian yang terdiri daripada pensyarah di jabatan kejuruteraan dan jabatan bukan kejuruteraan. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 21.0 bagi menentukan purata skor min dan mencari perbezaan aspek yang dikehendaki. Secara keseluruhannya, hasil analisis data menunjukkan bahawa pengetahuan, sikap dan kesedaran pensyarah dalam pengamalan penyelidikan di Politeknik Premier berada pada tahap yang tinggi dan hasil dapatan daripada ujian inferensi pula mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan terhadap pengamalan penyelidikan dalam kalangan pensyarah antara jabatan kejuruteraan dengan jabatan bukan kejuruteraan di Politeknik Premier. Pengamalan penyelidikan adalah penting untuk melahirkan jiwa penerokaan di samping dapat mengembangkan kreativiti dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan

    Knowledge, Attitude and Awareness Towards Research Practice Among Malaysian Premier Polytechnics Academics

    Get PDF
    Conducting research and implementing its findings is an important ongoing agenda to empower institutions of higher education in Malaysia. Despite ongoing efforts, the number of academics undertaking research activities in the technical and vocational higher education institutions namely, polytechnic education sector remains quite low. This study explored potential factors that may contribute to this situation namely, academics’ levels of research knowledge, awareness, and attitudes towards research practice.  A total of 317 of respondents were selected from the engineering and non-engineering academics in three polytechnics; the Sultan Ibrahim Polytechnic, Johor; the Ungku Omar Polytechnic, Perak and the Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Polytechnic, Selangor. Data were analysed using descriptive and inferential statistical technique for determining average mean scores and differences between means. The data analyses results indicate that academics has high level of research knowledge, positive attitudes and high awareness level towards research practice in the polytechnics. Furthermore, no difference is found between engineering and non-engineering academics. It is concluded that awareness, attitude and knowledge of research practice could not explain the low participations in research practice. &nbsp
    corecore