1 research outputs found

    Pengaruh Sikap dan Kemahiran Keusahawanan terhadap Keinginan Keusahawanan dalam kalangan Pelajar Universiti Awam

    No full text
    Keinginan keusahawanan sering dipengaruhi oleh sikap dan kemahiran keusahawanan kerana ia memberi kesan secara langsung. Keinginan ini juga didorong oleh peningkatan kadar pengangguran dan kesan pandemik Covid-19 terhadap peluang kebergantungan pelerjaan dengan majikan menjadi terhad. Kesan ini telah mendorong keinginan graduan Universiti Awam untuk memulakan kerjaya sendiri. Bagi merapatkan jurang pengangguran dan kesan ekonomi semasa, wujud keperluan bagi mencari penjelasan faktor-faktor yang mendorong kepada keinginan keusahawanan pelajar sebelum mereka bergraduat. Penetapan faktor-faktor ini ditentukan oleh teori Pemilihan Kerjaya Holland. Maka, kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh sikap dan kemahiran keusahawanan terhadap keinginan keusahawanan dalam kalangan pelajar Universiti Awam (UA). Seterusnya, objektif kajian ini adalah untuk i) mengenal pasti tahap sikap, kemahiran keusahawanan dan keinginan keusahawanan pelajar UA; ii) mengenal pasti  pengaruh sikap dan kemahiran keusahawanan terhadap keinginan keusahawanan dalam kalangan pelajar UA. Kajian tinjauan ini melibatkan seramai 380 orang pelajar menggunakan persampelan rawak mudah. Manakala instrumen kajian melibatkan penggunaan borang soal selidik. Instrumen kajian ini telah melalui proses kesahan kandungan dan hasil ujian rintis menunjukkan nilai alpha Cronbach yang diperolehi antara 0.74 hingga 0.92. Data dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 26 dalam bentuk skor min, sisihan piawai dan regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan keinginan keusahawanan, sikap dan kemahiran keusahawanan menunjukkan tahap sederhana tinggi. Analisis regresi menunjukkan bahawa sikap dan kemahiran keusahawanan menyumbang secara signifikan  terhadap keinginan keusahawanan peratus (p>0.05, R2 =0.65). Implikasi kajian ini menyumbang kepada pengukuhan teori Pemilihan Kerjaya Holland (1973) dan perancangan program keusahawanan yang sesuai dengan keperluan pelajar universiti
    corecore