11 research outputs found

    Penerokaan Perkembangan Identiti Seksual Gay Dalam Kalangan Gay Di Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk meneroka perkembangan identiti seksual gay dalam kalangan gay di Malaysia, mengenalpasti konflik dan cara mereka menangani konflik, mengenalpasti halangan utama dan cabaran yang dialami, serta mengkaji persepsi mereka terhadap pandangan keluarga serta rakan ke atas identiti seksual gay

    Hubungan Personaliti Dan Kesediaan Berubah Dalam Kalangan Belia Yang Menyalahgunakan Dadah Di Cure & Care Rehabilitation Center, Papar, Sabah

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan tret personaliti dan kesediaan berubah dalam kalangan belia yang menyalahgunakan dadah di Cure & Care Rehabilitation (CCRC) Papar, Sabah. Seramai 165 orang belia lelaki yang berumur di antara 15 tahun hingga 39 tahun di ambil sebagai responden. Dua instrumen telah digunakan iaitu soal selidik Big Five bagi tret personaliti dan soal selidik University of Rhode Island Scale (URICA) bagi kesediaan berubah. Darjah kebolehpercayaan (Cronbach`s Alpha) bagi instrumen Big Five ialah extraversion (0.86), neurotiscm (0.87), agreeableness (0.79), openness (0.83) dan conscientiousness (0.82). Bagi instrumen University of Rhode Island Scale (URICA) ialah precontemplation (0.75), contemplation (0.79), action (0.83) dan maintainance (0.78). Data dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 26.0. Analisis deskriptif akan digunakan untuk menganalisis min, kekerapan dan peratus. Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan diantara tret personaliti openness, conscientiousness, agreeableness dan extraversion dengan kesediaan berubah dalam kalangan belia. Tret personaliti neurotiscm tidak mempunyai hubungan dengan kesediaan berubah dalam kalangan belia yang menyalahgunakan dadah di Cure & Care Rehabilitation (CCRC) Papar, Sabah. Beberapa cadangan akan dibincangkan berdasarkan keputusan kajian yang diperolehi

    Hubungan antara personaliti dengan tahap penagihan dadah dalam kalangan remaja dan belia di Cure and Care Rehabilitation Center

    Get PDF
    Penyalahgunaan bahan merupakan salah satu isu kesihatan awam yang perlu diberi perhatian secara signifikan kerana dikaitkan dengan pelbagai masalah tingkah laku dan kesihatan mental. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk mendalami bagaimana faktor personaliti memberi kesan kepada tahap penagihan dadah. Seramai 150 belia dan remaja berumur 16 hingga 39 tahun telah dipilih menjadi responden kajian di Cure and Care Rehabilitation Center (CCRC) Papar, Sabah. Instrumen kajian yang digunakan adalah daripada soal selidik Eyesenck Personality Questionare (EPQ-R) (1991) untuk mengukur personaliti manakala soal selidik Drug Abuse Sreening Test (DAST-10) (1982) bagi mengukur tahap penagihan dadah. Pekali korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil analisis korelasi menunjukkan hubungan antara personaliti Psikotism dan tahap penagihan dadah merupakan satu hubungan positif yang sederhana dan signifikan. Manakala hubungan antara personaliti Ektroversion dengan tahap penagihan dadah merupakan satu hubungan negatif yang sederhana tetapi signifikan. Seterusnnya, hubungan antara personaliti Neurotism dan tahap penagihan dadah merupakan satu hubungan positif yang kuat dan signifikan. Kesimpulannya, personaliti mempunyai hubungan signifikan dengan tahap penagihan dadah. Hal ini sangat penting dalam membantu diagnosis, rawatan dan pencegahan

    Kesejahteraan psikologi semasa pandemik dan perintah kawalan pergerakan dalam keluarga golongan B40

    Get PDF
    Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada kesejahteraan psikologi keluarga terutamanya pasangan suami isteri. Hal adalah disebabkan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa untuk memastikan keperluan asas anak-anak dalam keluarga dipenuhi. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pengalaman yang dialami oleh sepasang suami isteri pada fasa awal perintah kawalan pergerakan semasa pandemik COVID-19. Pengkaji telah menjalankan temuramah secara mendalam dengan berpandukan satu set temubual separa berstruktur kepada sepasang suami isteri. Analisis data yang digunakan adalah analisis kandungan. Hasil daripada temuramah yang dijalankan keputusan mendapati pengetahuan yang sangat terhad berkenaan COVID-19 menyebabkan berlakunya kebimbangan dan tekanan terhadap jangkitan COVID-19 sehingga mempengaruhi kesejahteraan psikologi responden

    The Effects of Resiliency on University Students’ Happiness and Life Effectiveness amid the COVID-19 Pandemic Religious Faith Stands as a Moderator

    Get PDF
    It is argued that resiliency may contribute to one’s happiness and life effectiveness, while religious faith may strengthen the effects arising from the interchange of those variables. To confirm these assumptions, a study was conducted on a group of students consisting of 506 public and private university students in Sabah, Malaysia, amid the COVID-19 pandemic. Of the participants, 405 (80%) were females, 100 were males (19.8%), and one did not reveal their gender. The mean age was 21.71 (SD = 4.52). The study revealed that resiliency accounted for 6 percent of the variance on happiness and 18 percent of the variance on life effectiveness. However, faith did not show any moderation effects on resiliency as a cause of happiness. In terms of its effect on students’ life efficiency (e.g., time management, emotional control, and social competence), resiliency accounts for 18 percent of the variance on life effectiveness. As to the interaction between resiliency and faith in relation to the quality of life, the study revealed a significant interaction between them, a result that explained an additional 1.6 percent in the variance in life effectiveness. This indicates that strong religious faith could enhance students’ resiliency and contribute to a better life (e.g., managing time, controlling emotion, higher motivation, and competence in social situations), particularly during the pandemic. Therefore, valuing and practicing one’s religious faith, regardless of the religious background, is a powerful tool in boosting students’ flexibility in the face of academic and nonacademic challenges during the COVID-19 pandemic

    Psychometric and gender invariance analysis of the flourishing scale in the Malaysian context

    Get PDF
    The Flourishing Scale is a new scale designed to measure psychological well–being. FS has been translated into more than 10 languages (e.g., Portuguese, Russian, Turki, Spanish, Egyptian, French, Chinses, Japanese, Malay, Urdu, and Persian). The psychometric analysis of the Flourishing Scale has not been explored in the Malaysian context. The aims of the current study were to examine the factor structure, reliability, concurrent validity (correlate with Satisfaction with Life Scale [SWLS] and Life Project Reflexivity Scale [LPRS]) of the Flourishing Scale (FS). The EFA was conducted to explore the factor structure of FS in the Malaysian context. Then, CFA was run to test the model fit of the FS in the Malaysian context. Test of measurement invariance was also conducted to ascertain the generalizability of the factor structure of FS across gender groups. A cross-sectional survey with 663 university students (435 female students and 228 male students) from a public university in Sabah, Malaysia was conducted. The EFA results revealed a single factor solution with a total explained variance of 68.31%. The CFA result also revealed a one-factor structure with all eight items loaded in one factor. The multi-group analysis of this model demonstrated invariance by gender. FS also demonstrated high reliability and good concurrent validity. The FS was positively and significantly correlated with Satisfaction with Life Scale scores, Life Project Reflexivity Scale score and its subscale. The results supported FS appears to be a valid measure of a flourishing state, and its utilities in the Malaysian context is proven, including gender comparisons

    Penerokaan Perkembangan Identiti Seksual Gay Dalam Kalangan Gay Di Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk meneroka perkembangan identiti seksual gay dalam kalangan gay di Malaysia, mengenalpasti konflik dan cara mereka menangani konflik, mengenalpasti halangan utama dan cabaran yang dialami, serta mengkaji persepsi mereka terhadap pandangan keluarga serta rakan ke atas identiti seksual gay. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan persampelan bertujuan dan teknik bola salji. Sampel kajian terdiri daripada golongan lelaki gay yang berumur 18 tahun ke atas. Seramai enam peserta kajian terlibat dalam kajian ini. Pengumpulan data dilakukan dengan cara menjalankan sesi temubual secara mendalam dengan menggunakan kaedah temubual separa berstruktur. Analisis temu bual dilakukan dengan menggunakan teknik analisa grounded. Dapatan utama kajian ini ialah penghasilan satu kerangka model perkembangan identiti seksual gay. Dapatan kerangka model ini penting kerana boleh dijadikan panduan kepada para kaunselor di Malaysia dalam mengendalikan sesi kaunseling dengan golongan gay. Selain itu, hasil dapatan dari kajian ini juga mendapati golongan gay mengalami konflik, mempunyai halangan dan cabaran sepanjang perkembangan identiti seksual mereka dan mempunyai persepsi positif dan negatif terhadap pandangan keluarga dan rakan mereka ke atas identiti seksual ga

    Keberkesanan pengurusan kemarahan terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan penagih dadah

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan pengurusan kemarahan terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan penagih dadah. Seramai 20 orang responden lelaki terlibat dalam kajian ini. Responden telah dibahagikan kepada dua kelompok iaitu kelompok rawatan (N=10) dan kelompok kawalan (N =10) menerusi kaedah persampelan bertujuan. Kelompok rawatan telah menerima sebanyak lapan sesi kelompok intervensi. Novaco Anger scale and Provocation Inventory (NAS-PI) telah digunakan untuk mengukur kemarahan responden dan Aggression Questionnaire (AQ) telah digunakan untuk mengukur tingkah laku agresif responden. Data telah dianalisis dengan menggunakan Analysis of covariance (ANCOVA) pada tahap signifikan 0.05. Keputusan telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min ujian pra dan min ujian pasca pada skala kemarahan dan subskala kemarahan iaitu kognitif, kebangkitan dan tingkah laku. Sementara itu tidak ada perbezaan pada subskala kemarahan iaitu pengaturan kemarahan yang ditunjukkan oleh kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Keputusan turut menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min ujian pra dan min ujian pasca pada skala provokasi. Akhir sekali keputusan menunjukkan terdapat perbezaan pada min ujian pra dan min ujian pasca ke atas agresif. Berdasarkan dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa pendekatan pengurusan kemarahan merupakan satu intervensi peringkat awal dalam menangani kemarahan dan agresif khususnya dalam kalangan penagih dadah. Implikasi utama dapatan kajian dan beberapa saranan untuk kajian masa depan turut dibincangkan

    Self-efficacy and the process of gay sexual identity development among gay men in Malaysia

    Get PDF
    The development of gay identity sexual among Malaysian gay men were not discussed openly in this country. This is because the government do not approve same sex orientation lifestyle. However, gay men exist in many communities in this country and they are living freely as a citizen and work in the country like others. Malaysia is one of the countries that openly against the Lesbian, Gay, Bisexual, Transsexual and Queer (LGBTQ). Nevertheless, they continue to develop their sexual identity as a part of their lives which at the same time causes a great distress in them. Thus, their decision to identify themselves as gays takes huge courage and effort. These courage and effort were found not only just intricately, since it involves emotional and social support from their family, friends and communities. It is also believed that this social support might help gay men to develop their self-efficacy as well. Therefore, it is in the interest of the researchers to explore about self-efficacy by looking at emotional and social support they received and its relation to the development of sexual identity among the gay men who lives in Malaysia. In this qualitative research, semi structured questions were developed to explore sexual identity development among the gay men. Six (6) respondents who have identified themselves as gay, aged between 21- 44 years old, from different walk of life were interviewed. Data were analysed using thematic analysis. Our study has found that emotional and social support, are the important factors that contribute to their self-efficacy and help them in developing their sexual identity

    Pemilihan pasangan hidup dalam kalangan bella institusi pengajian tinggi di Sabah

    Get PDF
    Kajian ini melibatkan 810 orang belia yang menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Sabah. Tujuan kajian ini adalah untuk membina alat kajian yang mengukur faktor pemilihan pasangan dalam kalangan belia. Item-item yang dibina adalah berdasarkan dapatan daripada kajian kualitatif iaitu dengan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan berfokus. Setelah itu, alat kajian Skala Pemilihan Pasangan (Mate Selection Scale) dibentuk berdasarkan item-item yang diperolehi daripada perbincangan kumpulan berfokus. Fasa yang kedua adalah berbentuk kajian kuantitatif iaitu dengan mentadbir alat kajian Skala Pemilihan Pasangan kepada 785 belia yang terlibat. Hasil dapatan kajian kuantitatif memerihalkan pemilihan pasangan belia. Kajian ini juga bertujuan untuk memperihalkan item alat kajian pemilihan pasangan mengikut faktor demografi subjek. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian statistik deskriptif yang merangkumi kekerapan dan peratusan bagi setiap faktor demografi dan item pemilihan pasangan. Dapatan kajian menunjukkan corak pemilihan pasangan adalah berbeza mengikut etnik dan berbeza mengikut faktor demografi. Model Pemilihan Pasangan turut terbentuk berdasarkan dapatan kajian ini. Sehubungan itu, beberapa implikasi dan cadangan turut dikemukakan
    corecore