13 research outputs found

    Pilihan Raya Negeri Melaka 2021: Cerminan Pilihan Raya Umum 15?

    Get PDF
    Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah diadakan pada 20 November 2021 apabila empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (dua dari United Malays National Organisation (UMNO), satu daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan satu daripada Bebas) menarik sokongan daripada kepimpinan negeri yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN). PRN ini telah mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin pilihan mereka. Keputusan menunjukkan kuasa dikembalikan semula kepada BN dengan mendapat kemenangan bergaya majoriti dua pertiga. Justeru, artikel ini akan meneliti beberapa aspek daripada PRN Melaka iaitu perbandingan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan PRN 2021 di Melaka, pola sokongan pengundi dan analisis kemenangan BN sama ada boleh menjadi kayu ukur menjelang PRU 15. Untuk mencapai objektif yang diperlukan, kajian ini menggunakan analisis kandungan dan sumber sekunder. Hasil kajian mendapati pola sokongan pengundi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kepada BN sangat tinggi dan konsisten pada PRU 1 hingga PRU 13 dan PRN 2021. BN berada dalam kedudukan yang selesa dengan majoriti dua pertiga setiap kali pilihan raya kecuali PRU 14. Selain itu, dapatan menunjukkan kawasan-kawasan yang ditandingi BN pada PRN Melaka mengalami peningkatan prestasi. Peningkatan prestasi ini jelas terutamanya rakan komponennya seperti Malaysian Chinese Association (MCA) dan Malaysian Indian Congress (MIC) yang sebelum ini gagal memenangi kerusi pada PRU 14. Manakala di pihak Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), menunjukkan penurunan prestasi secara keseluruhan. Parti Islam Se Malaysia (PAS) juga masih gagal memenangi kerusi pada PRU 14 dan PRN Melaka. Dapatan kajian juga mendapati ada enam perkara yang boleh dijadikan indikator sama ada PRN Melaka boleh dijadikan kayu ukur kepada PRU 15 iaitu kekuatan parti yang bertanding, manifesto, kempen dan strategi, undi majoriti, masa dan isu. Secara keseluruahnnya, dalam persaingan menuju PRU 15 ini, BN telah berjaya mendahului PH dan PN di kerusi DUN Melaka. Implikasinya, parti lawan sedang mengatur strategi untuk bersaingpada PRU 15 dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti penggabungan atau ahli parti yang melompat

    Kecenderungan politik dalam kalangan belia wanita di Perak

    Get PDF
    Artikel ini mengkaji kecenderungan politik dalam kalangan belia wanita di Perak. Pengaruh belia dalam menentukan perubahan boleh menjadi signifikan dengan jumlah belia yang semakin meningkat kepada 13.4 juta pada 2010 daripada 10.8 juta bersamaan 41 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2005. Di Perak pengundi belia berjumlah 37 peratus iaitu 522,536 orang daripada 1,409,045 keseluruhan pengundi pada Pilihan Raya Umum 2013. Manakala dari segi komposisi, belia lelaki adalah seramai 270,237 orang dan perempuan 252,536 orang. Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki penglibatan belia wanita dalam politik, kecenderungan dan pilihan mereka tentang politik. Bagi mendapatkan data yang diperlukan, penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Hasil kajian ini menunjukkan majoriti daripada responden iaitu 416 orang atau 92.4 peratus tidak melibatkan diri sebagai ahli dalam parti politik. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan tahap penglibatan belia wanita dalam politik adalah rendah dan sikap mereka terhadap aktiviti politik amatlah pasif. Belia wanita hanya melibatkan diri dalam aktiviti politik secara formal seperti mengundi dalam pilihan raya. Akhir sekali, hasil analisis menggambarkan bahawa penglibatan belia wanita di Perak adalah disebabkan oleh sikap peribadi ingin melibatkan diri dalam aktiviti politik. Implikasinya kecenderungan dan penglibatan belia wanita dalam politik agak pasif. Oleh itu, perlu ada satu anjakan kepada penglibatan belia wanita dalam politik di Perak agar selari dengan politik semasa dan menjadi pelapis kepada pemimpin-pemimpin wanita pada masa hadapan

    Elemen dalam Buku Indie: Satu Kajian Grounded Theory Terhadap Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Get PDF
    Indie books are produced by writers who believe in “absolute freedom in writing”. In Malaysia, the Indie books, which uses non-standard language, contains inverse thoughts and often breaks out from the Sunnah wal Jamaah teachings, condemned and perceived as a work against the mainstream. However, the Indie Book has received a warm welcome from the younger generation. Therefore, the objective of this study is to identify the students’ understanding of the moral content contained in the Indie Book, to explain the students’ reaction to the moral content in Indie Books and to explore main elements behind the writing of this book. This study uses a qualitative approach using document analysis techniques and interviews to collect data. The results of this study show support positive features such as da’wah and motivational elements. In addition, the negative features found in the Indie Books are very disturbing because they contain obscene, violent and ideological elements that deviate from the state’s rule. However, the students were found to be interested in Indie Books because it‘s contain key elements of attraction. This key element is freedom, realistic and relaxed as well as key feature of Postmodernism and Existentialism

    Sources of political information among young women in Perak

    Get PDF
    This article examines trends in the preference for political information sources among young women in Perak. Media is one main sources for political information. Based on the growing number of youths from 10.8 million in 2005 (41 % of Malaysia's population) to 13.4 million in 2010, the influence of youth in determining change can be significant. In Perak youth accounted for about 37 % of the total voters in the 2013 general elections. This study seeks to identify the preference of media sources for political information among young women in Perak. The analysis will also determine the confidence level of political information source and issues that are important to them. Survey method is used and data will be processed thought a quantitative approach. A sample size of 450 young women were randomly selected. The results show that mainstream media played an important role as the main source of political information among the young women in Perak as compared to alternative medias. Television was the most important source of political information for them. In addition, respondents' confidence in the source of political information which they obtain from television was preceded by Astro Awani with the highest mean scores, followed by government-owned television stations, namely TV1 and TV2. With respect to print media newspapers like Berita Harian, Utusan Malaysia and The Star have the young women's confidence as compared to Keadilan Daily. It can also be said that young women do not choose alternative media as the media for political information because social media is widely being used to spread false information, which are often provocative and seditious. The study also found that current issues that affect young women's life were more important to young woman respondents, such as cost of living and educational issues

    Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN). Hasil & penilaian

    Get PDF
    This article reviews the work of National Unity Consultative Councils (NUCC), which was established on 11 September 2013.The study aims to discuss the role and evaluate the performance of this comittee based on the NUCC reports and related documents. Emphasis will be given to examining the role of NUCC in resolving unity issues.This study will be followed by a discussion which will explain the results and evaluation on the relevance of the establishment of NUCC

    Kajian laporan penambahbaikan Suruhanjaya Pilihan Raya: satu pandangan

    Get PDF
    Artikel ini bertujuan mengkaji kerja dan syor yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung Penambahbaikan Proses Pilihanraya (JPKPPP) yang telah ditubuhkan pada 3 Oktober 2011. Kajian ini dilakukan dengan meneliti laporan dan dokumen berkaitan, iaitu Laporan Penambahbaikan DR. 3 Tahun 2011 dan DR. 1 Tahun 2012. Perbandingan ringkas juga dilakukan berasaskan pengalaman di beberapa negara terpilih. Dari itu, artikel ini memberi saranan untuk memperkasakan lagi proses pilihan raya di Malaysia

    Pola pengundian orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum 2008 di Selangor

    Get PDF
    Tesis ini mengkaji pola pengundian orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 di Selangor dengan memfokuskan pengundi di bandar dan luar bandar. Objektif kajian yang pertama adalah untuk menjelaskan pola pengundian pengundi Melayu di Selangor pada PRU 2008. Kedua, kajian ini akan menjelaskan sentimen pengundi Melayu yang tinggal di bandar dan luar bandar semasa PRU 2008 di Selangor. Ketiga, kajian ini juga akan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pola pengundian pengundi Melayu di Selangor pada PRU 2008. Kaedah kajiselidik dan temubual digunakan untuk menjawab segala objektif dalam kajian ini. Data-data yang digunakan adalah lebih terperinci kerana merangkumi aspek empirikal dan kualitatif yang melibatkan kajian lapangan. Kajian ini menggabungkan ketiga-tiga teori iaitu identifikasi parti, pilihan rasional dan asasasas sosiologikal untuk menjelaskan pola pengundian orang Melayu di Selangor. Dapatan kajian ini menemukan lima perkara. Pertama, hasil analisis menunjukkan kawasan-kawasan majoriti Melayu telah berubah dengan sokongan padu kepada PR pada PRU 2008. Berdasarkan kajian empirikal yang dilakukan, daripada 37 kawasan majoriti pengundi Melayu, 19 kawasan telah dimenangi oleh PR (8 PAS, 11 PKR). Selebihnya 18 kawasan majoriti Melayu dimenangi oleh BN. Namun, 16 kawasan majoriti Melayu yang dimenangi tersebut mengalami penurunan undi majoriti jika dibandingkan dengan PRU 2004. Kedua, dapatan kajian menggambarkan sentimen pengundi Melayu berpihak kepada PR pada PRU 2008. Terdapat perbezaan sentimen pengundi di bandar dengan pengundi di luar bandar. Pengundi di bandar lebih berpihak kepada PR berbanding pengundi luar bandar. Ketiga, faktor yang menyebabkan perubahan pola pengundian ini berlaku mengikut kedudukan yang utama iaitu parti, calon, ekonomi, isu semasa dan media. Keempat, keputusan empirikal mendapati terdapat perbezaan keutamaan faktor-faktor yang mempengaruhi pengundi di bandar dan luar bandar. Di bandar, pilihan utama mereka ialah calon, parti, isu semasa, ekonomi dan media. Manakala di luar bandar parti, ekonomi, calon, isu semasa dan media. Akhir sekali, latar belakang responden juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pola pengundian. Secara keseluruhannya, kajian yang dilakukan di dalam tesis ini telah menemukan beberapa dapatan penting yang mengisi lacuna kajian-kajian lepas dengan lebih terperinci menggunakan data-data kuantitaf dan kualitatif serta gabungan beberapa teori. Apa yang jelas ialah dengan penemuan tersebut, tesis ini menyumbang kepada khazanah ilmu politik, iaitu menjelaskan apa dan kenapa pola pengundian Melayu berubah di Selangor pada PRU 2008

    Elemen dalam buku indie: satu kajian grounded theory terhadap mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Get PDF
    Indie books are produced by writers who believe in “absolute freedom in writing”. In Malaysia, the Indie books, which uses non-standard language, contains inverse thoughts and often breaks out from the Sunnah wal Jamaah teachings, condemned and perceived as a work against the mainstream. However, the Indie Book has received a warm welcome from the younger generation. Therefore, the objective of this study is to identify the students’ understanding of the moral content contained in the Indie Book, to explain the students’ reaction to the moral content in Indie Books and to explore main elements behind the writing of this book. This study uses a qualitative approach using document analysis techniques and interviews to collect data. The results of this study show support positive features such as da’wah and motivational elements. In addition, the negative features found in the Indie Books are very disturbing because they contain obscene, violent and ideological elements that deviate from the state’s rule. However, the students were found to be interested in Indie Books because it‘s contain key elements of attraction. This key element is freedom, realistic and relaxed as well as key feature of Postmodernism and Existentialism

    Student involvement in radical politics: a study in Sultan Idris University of Education (UPSI)

    No full text
    This study examines radical political involvement among students at Sultan Idris University of Education (UPSI). This is important to be studied because UPSI as an institution generates intellectuals who will educate the present and future generations. The main objective of this study was to examine the level of student involvement in politics and the factors that influenced radical politics. To obtain the required information, this study used quantitative and qualitative approaches. For the quantitative aspect, the data were collected through the survey research method. This study involved 405 respondents. For the qualitative aspect, in-depth interview techniques were used. Four informants were interviewed to answer in detail regarding the motivating factors for being involved in radical politics. The findings indicated that the political pursuits of students in UPSI were at a low level. In addition, the findings depicted that the highest factors driving students into radical politics were weak government administration, media influence, and dissatisfaction with existing policies. Finally, the study found that UPSI students had made a paradigm shift in terms of their views of radical politics, which would bring a positive impact on the country. Thus, this will affect the democratic space in Malaysia. However, the students must possess a clear understanding of radical politics to ensure the sustainability of security and prosperity in Malaysia is not threatened

    Penghayatan semangat patriotisme belia Malaysia: kajian ke atas PLKN

    Get PDF
    Dunia semakin canggih, perubahan demi perubahan terus berlaku. Proses pembentukan negara bangsa semakin sukar dan era persejagatan semakin menghimpit sesebuah bangsa. Bahang ini semakin terasa di Malaysia. Jati diri dan semangat patriotisme anak bangsa terus menjadi tanda tanya. Akhir-akhir ini, pelbagai senario yang menunjukkan terhakisnya semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda terus berlaku. Sebahagian daripada mereka cenderung untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang memperlihatkan tidak patriotik kepada negara seperti terlibat dengan gejala negatif dan menghina lagu kebangsaan. Dari itu, artikel ini bertujuan untuk melihat sejauhmana PLKN berupaya untuk terus memupuk dan memperkasa semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda umumnya dan dalam kalangan pelatih mereka khususnya. Hasil kajian menunjukkan PLKN telah berjaya untuk terus memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelatih. Walaupun masih terdapat sebilangan kecil pelatih yang dilihat masih kurang patriotik, tetapi ia tidak menunjukkan kelemahan PLKN. Dari itu, usaha untuk terus memperkasa PLKN dari masa ke semasa perlu dilaksanakan sebagai meknisme untuk terus menyuntik semangat patriotisme dan merealisasikan pembinaan negara bangsa Malaysia
    corecore