2 research outputs found

    Elements of patriotism in "Pahlawan Pasir Salak" novel

    Get PDF
    This study focuses on the elements of patriotism in the novel "Pahlawan Pasir Salak" by Mohd Ismail Sarbini. This novel is a compulsory Bahasa Melayu text used as a Literature Component for Form Two. The setting of this novel is during the British Colonial Era. There are seven elements of patriotism adopted as the basis for the study which are Personal Patriotism, Official Patriotism, Icon Patriotism, Symbolic Patriotism, Capital Patriotism, Environment Patriotism and Symbolic Nationalists Patriotism. According to the study, the personal, icons, symbolic nationalist as well as capital patriotism is found to be very dorminant through the characters and certain events occurring in this novel. These patriotism elements are very important to be instilled in the next generation of our country that is emerging in the golden era for the betterment of the nation

    Patriotisme dalam novel komponen sastera mata pelajaran Bahasa Melayu

    Get PDF
    Patriotisme ialah tingkah laku, semangat dan tindak-tanduk yang menjurus kepada gagasan dan usaha mengawal kepentingan, maruah dan kedaulatan bangsa dan negara dalam pelbagai bidang kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, hubungan antarabangsa, kedaulatan, kebudayaan, agama, keselamatan, undang-undang, dan sebagainya. Generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dapat meningkatkan martabat bangsa dan negara serta menjadi pelengkap kepada kecemerlangan negara. Tujuan kajian ini adalah untuk mengklasifikasi, menganalisis dan merumus novel-novel yang mempunyai elemen patriotisme yang menjadi teks wajib KOMSAS. Kajian dan analisis ini dilakukan bagi mengenal pasti bahawa novel-novel yang dipilih pada peringkat ketiga ini dapat mengisi kelompangan-kelompangan teks wajib terdahulu setelah penukaran teks KOMSAS dilakukan, dalam menyemai unsur patriotisme, yang kesemua pelajarnya berada dalam lingkungan remaja. Sebanyak 20 buah novel yang dikaji yang merangkumi novel tingkatan satu hingga ke tingkatan lima. Metodologi yang digunakan ialah pendekatan kualitatif dengan menggunakan kajian perpustakaan menerusi kaedah bacaan rapi. Kajian ini mengaplikasikan Teori Pengkaedahan Melayu (Hashim Awang) dalam mencapai objektf kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen patriotisme ini hadir dalam novel-novel yang dikaji. Signifikan kajian ialah terbinanya kerangka elemen patriotisme hasil janaan daripada Teori Pengkaedahan Melayu. Terdapat lima elemen patriotisme yang ditemui oleh pengkaji iaitu elemen patriotisme ekonomi, patriotisme budaya, patriotisme pendidikan, patriotisme kesopanan dan kesusilaan serta patriotisme kerohanian. Patriotisme pendidikan serta patriotisme kesopanan dan kesusilaan merupakan elemen patriotisme yang dominan diketengahkan oleh pengarang dalam hasil karya mereka berbanding dengan tiga elemen yang lain. Namun begitu, kesemua elemen ini tidak menyeluruh diketengahkan kerana dipaparkan menerusi unsur-unsur pengajaran dari segi jalan cerita serta watak dan perwatakan dalam novel, bersesuaian dengan Pendekatan Moral, Pendekatan Firasat, Pendekatan Gunaan, Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemasyarakatan dan Pendekatan Seni yang diguna pakai dalam Teori Pengkaedahan Melayu
    corecore