7 research outputs found

    Corporate entrepreneurship on Government Linked Companies performance: the role of perceived environmental munificence and dynamism as moderating variables / Ibrahim Awang Besar

    Get PDF
    Financial performance of the Government Linked Companies (GLCs) has been the subject of public scrutiny and their performance has always been compared with the performance of non-government linked companies (non- GLCs). Generally, GLCs performance is said to be underperformed as compared to non-GLCs and continues to be a major concern. A tall order was given to GLCs to improve their financial performance by advocating innovation, proactiveness and risk-taking as means of transforming the economy from a knowledge-based to innovation-based economy. The aim of this research is to examine the effects of corporate entrepreneurship dimensions on organization’s financial performance of GLCs in Malaysia. In addition, external factors such as munificence and dynamism were injected to examine if these variables do moderate the relationship between the corporate entrepreneurship and financial performance. Scales for dimensions of corporate entrepreneurship, financial performance and environmental munificence and dynamism have been adopted from the existing literature. Using usable data of 282 from the 450 respondents as a sample frame, across diverse industries such as construction, consumer products, finance, industrial products, infrastructure, plantation, properties and trading and services, this research analyzes the effect of corporate entrepreneurship dimensions on financial performance of GLCs

    Penolakan sentimen etnik dalam politik semasa Malaysia: kes pilihan raya kecil 2009 Bukit Selambau, Kedah = The rejection of the politics of ethnic sentiments in contemporary Malaysia: The case of the 2009 Bukit Selambau, Kedah by-election

    Get PDF
    Etnik merupakan faktor penting dalam mempengaruhi proses dan pola tingkahlaku politik di Malaysia. Dengan keadaan demografi dan struktur ekonomi penduduk Malaysia yang berbilang kaum maka politik perkauman telah sekian lama diterima oleh majoriti pengundi negara ini sejak merdeka. Bagaimanapun, politik perkauman telah tercabar dan ditumbangkan di beberapa negeri, termasuk Kedah, dalam pilihanraya umum 2008. Kertas ini menganalisis pendapat umum pra-pilihanraya oleh pelbagai etnik penduduk tempatan mengenai pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau, Kedah dan membandingkannya dengan keputusan sebenar pilihanraya kecil tersebut . Secara keseluruhannya, hasil kajian pendapat umum ini menunjukkan bahawa 41.2 peratus responden Melayu, 45.5 peratus responden Cina dan 41.1 peratus responden India menyatakan PKR akan mengekalkan kerusi DUN Bukit Selambau. Dapatan ini adalah selaras dengan keputusan pilihan raya kecil pada 7 April 2009 yang memihak kepada PKR. Pada zahirnya keputusan pilihan raya kecil ini menunjukkan majoriti pengundi menolak politik perkauman Barisan Nasional dan menyokong ideologi ‘Makkal Sakthi’ atau kuasa rakyat PKR. Ia juga menunjukkan impak keputusan pilihan raya umum 2008 yang lalu masih kekal dimana pengundi memilih pakatan parti yang menguasai Kerajaan Negeri Kedah supaya wakil rakyat yang mereka pilih berpeluang dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri. Keputusan pilihan raya kecil ini juga jelas menunjukkan bahawa pihak yang tewas iaitu BN perlu melakukan 'post mortem' secara terperinci, telus dan tegas bagi memperbaiki kelemahannya. Ini kerana apa yang berlaku dalam pilihan raya kecil tersebut tidak harus dilihat sebagai 'kalah di satu kerusi sahaja' tetapi perlu dilihat dalam skop yang lebih luas dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang

    Politik pembangunan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Sarawak

    Get PDF
    Politik pembangunan merupakan aspek penting dalam kemajuan sosioekonomi sesuatu kawasan, terutamanya di kawasan yang masih belum membangun di kawasan pedalaman. Politik pembangunan dapat diterjemahkan melalui projek pembangunan yang memberi faedah yang tersirat kepada rakyat antaranya ialah meningkatkan pendapatan rakyat, menambahkan peluang pekerjaan, menambahkan peluang perniagaan, menaikkan taraf ekonomi rakyat dan juga pelbagai lagi faedah yang bakal diterima oleh rakyat sekiranya pembangunan berada di kawasan mereka. Dalam konteks negeri Sarawak, negeri tersebut dilingkungi kawasan pedalaman yang sangat luas dan jaringan perhubungan dan pengangkutan memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan kawasan atau bahagian. Dalam pilihan raya umum ke 12 yang lalu, Barisan Nasional (BN) telah dinafikan majoriti 2/3 di Parlimen dan hanya boleh membentuk kerajaan pusat dengan majoriti asas. Namun, benteng terakhir BN ialah di kawasan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak di mana hampir 95 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di kedua-dua negeri tersebut dikuasai BN. Pilihan raya kecil DUN Batang Air diadakan kerana kematian penyandangnya iaitu Datuk Dublin Unting Ingkot kerana penyakit angin ahmar. Ia dikatakan menjadi kayu pengukur pengaruh BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan menghadapi pilihan raya DUN yang akan diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2012. Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan 88.6 peratus menyatakan BN akan memenangi pilihan raya tersebut berbanding PKR 3.6 peratus. Setelah pilihan raya kecil diadakan, hasilnya dimenangi BN dengan majoriti yang bertambah lebih sekali ganda iaitu dari 806 undi kepada 1854 undi dan ini membuktikan sentimen politik pembangunan terus kekal di kawasan tersebut kerana pembangunan hanya dapat dijalankan dengan memilih parti yang memerintah sesebuah negeri. Justeru, artikel ini akan menyingkap faktor politik pembangunan dalam mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil tersebut

    Analisis trend pengundian berdasarkan kaum di kawasan Bukit Gantang, Perak

    Get PDF
    The Parliamentary by-election of Bukit Gantang was held on the 7th April 2009 after the death of incumbent, Roslan Shaharum, of PAS. This election is said to be an indicator of public referendum whether to accept or not the establishment of a new government under the BN State government. The result of the study shows that almost 100 percent of the Malays, Chinese and Indians respondents choose television as their main source of political information. In terms of candidate selection criteria, 72.1 percent of Chinese respondents, 67.9 per cent Malays and 47.9 per cent Indians choose people-friendly candidate. 78.7 percent of the Malays, 81.6 per cent Chinese and 48.9 per cent of Indian respondents agree that they will not allow their elected representatives to resign and join other party. Concerns about the constitutional crisis of Perak state, the Malays were more likely to show support for the Royal Institution but not from the Chinese and Indian respondents. Referring to the expected victory, 27.0 percent of Malay respondents, 34.2 per cent Chinese and 57.3 per cent Indians said PAS will win the election compared to 45.5 percent of Malay respondents, 35.5 per cent Chinese and 20.8 per cent Indians predicted BN will win the by-election of Bukit Gantang. The three ethnic groups agreed that the Prime Minister of Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak will lead the development of the country more innovative and progressiv

    Isu semasa dan persepsi belia terhadap politik dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak 2011 (Current issues and the perception of youth on politics in the General Election of Sarawak State Legislative Assembly 2011)

    Get PDF
    Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak 2011 yang ke-10 diadakan pada 16 April 2011 setelah hampir tamat tempoh lima tahun sepenggal pada tahun 2012. Pilihan raya ini penting untuk melihat kekuatan BN dan sokongan pengundi muda dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis isu dan persepsi politik pengundi muda dalam PRU DUN Sarawak 2011. Kajian ini dilakukan di Zon Sarawak Barat. Data primer diperolehi melalui pemerhatian dan temu bual tidak formal serta kaji selidik terhadap 1,522 orang responden di 22 kawasan DUN Sarawak. Data sekunder diperolehi melalui kajian kepustakaan. Hasil kajian menunjukkan isu pembangunan dijadikan modal kempen utama pihak BN manakala parti pembangkang mengetengahkan isu seperti kenaikan harga bahan api dan harga barang dalam kempen mereka. Parti pembangkang juga memanipulasi isu tanah NCR dan rasuah serta kepemimpinan Ketua Menteri Sarawak dalam siri ceramah politik dan risalah mereka. Rata-rata pengundi muda bersetuju dengan program pembangunan kerajaan namun banyak yang perlu dilakukan. Untuk mendapatkan sokongan pengundi muda, keperluan sosioekonomi golongan muda perlu dipenuhi oleh pihak yang berkenaan. Seterusnya, pengundi muda menjangkakan BN akan terus menang seterusnya memerintah negeri Sarawak untuk penggal berikutnya

    Kriteria pemilihan calon dan parti dalam pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri Sarawak

    Get PDF
    Dalam sesuatu pilihan raya, setiap parti akan meletakkan calon yang terbaik untuk memastikan ianya dipilih oleh pengundi. Sebaliknya, pengundi pula mempunyai kriteria calon yang mereka akan pilih di samping idealogi politik yang dianuti oleh calon. Oleh itu, parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun parti pembangkang berusaha sedaya upaya untuk memperkenalkan calon mereka melalui kempen untuk menjelaskan manifesto parti. Sehubungan itu, adalah tujuan kertas kerja ini untuk membincangkan kriteria calon dan parti yang dimahukan oleh pengundi Sarawak. Kajian melalui soal selidik di lapangan yang dilakukan sebelum hari mengundi di 50 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menunjukkan majoriti daripada responden memilih calon yang berjiwa dan mesra rakyat, diikuti personaliti kepimpinan yang baik, jujur dan amanah serta tidak mengamalkan rasuah. Bagi parti politik pula, mereka akan memilih parti yang memperjuangkan ketelusan, keadilan, hak asasi dan anti-rasuah serta yang mampu membawa pembangunan dan membasmi kemiskinan. Keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak (PRU DUN) Sarawak 2011 menunjukkan pola pengundian kaum Melayu/Melanau terus bertahan dengan sedikit peningkatan kepada Barisan Nasional (BN) namun bagi kaum Cina memperlihatkan sokongan mereka semakin meningkat kepada parti-parti pembangkang iaitu DAP dan PKR manakala bagi kaum Dayak (Iban, Bidayuh dan Orang Ulu) pula menunjukkan berlaku sedikit kemerosotan terhadap sokongan kepada BN. Kepemimpinan negeri Sarawak dan penunaian keperluan pengundi menjadi faktor penting kepada pola pengundian dalam PRU DUN Sarawak 2011. Justeru, kertas artikel ini akan menyingkap kriteria pemilihan calon dan parti serta pola pengundian mengikut etnik dalam PRU DUN Sarawak 2011

    Persepsi politik pengundi belia Melayu pasca pilihanraya umum (PRU) 2008 di Malaysia.

    No full text
    Menjadi suatu norma , pengundi belia di Malaysia amat penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara. Justeru artikel ini akan menyinkap persepsi politik pegundi belia melayu pasca piliharaya umum(PRU) 2008.Kajian soal selidik seramai 3.484 orang respondendan pemerhatian telah dilakukan dikawasan kajian iaitu di lima wilayah di Malaysia iaitu wilayah utara, wiyah timur, wilayah barat, wilayah selatan dan wilayah borneo mengikut kawasan dewan undangan negeri (DUN), Hasil kajian menunjukkan 42.2 peratus belia/responden menjadikan televisyen sebagai sumber maklumat utama untuk merujuk maklumat politik semasa manakala isu yang paling penting dibincangkan ialah isu pekerjaan iaitu 50.6 peratus. Dari segi kriteria/parameter pemilihan calon ,35.9 peratus responden menyatakan mereka memilih calon jujur, ikhlas dan amanah dan parti yang mengutamakan rakyat menjadi pilihan utama mereka(29.3 peratus).Merujuk keahlian parti politik , majoriti responden ,iaitu 16.7 peratus mereka menjadi ahli kepada parti UMNO dengan memegang jawatan tertentu dalam parti tersebut.Seterusnya bagi persetujuan terhadap sesuatu isu politik semasa dan governans, 81.6 peratus belia menyatakan belia menyokong program kerajaan untuk memantapkan agenda pembangunan negara,. Penilaian terhadap persepsi pemimpin menunjukkan bahawa , kepimpinan parlimen(56.0 peratus)paling popular dalam menampilkan perkhidmatan yang berkesankepada rakyat. Sebagai pengakhiran penilaian politik belia,53.4 peratus (peringkat DUN) dan 66.4 peratus (peringkat parlimen) menyatakan sokongan kepada B
    corecore