4 research outputs found

    Sejarah institusi ketenteraan di Malaysia dan sumbangan kepada kelangsungan ketamadunan / Burhanuddin Jalal … [et al.]

    Get PDF
    Pembangunan institusi ketenteraan juga merupakan sebahagian dari sebahagian tamadun kemanusian. Bagi memastikan keamanan dan kemakmuran alam bagi kelangsungan kehidupan manusia melalui nilai-nilai keamanan dan kesejahteraan, institusi ketenteraan ternyata mempunyai peranan. Selain dari itu pertahanan dan keamanan merupakan satu keperluan yang penting (maslahat dharuriyyat) bagi setiap manusia, masyarakat serta negara pada sebilang masa. Dengan adanya pertahanan, keamanan dan keselamatan manusia, masyarakat dan negara dapat melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab dengan sempurna. Institusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditubuhkan pada tahun 1933 dan telah berperanan dalam proses pembangunan negara sekaligus menyumbang kepada kemajuan dan ketamadunan negara. Kertas ini akan menyorot sejarah perkembangan institusi ketenteraan di Malaysia serta persediaan untuk menghadapi cabaran globalisasi yang turut mempengaruhi tamadun manusia dan dunia

    Peranan pengurusan dan persekitaran Kolej Profesional Mara dalam pelaksanaan Program Mukmin Profesional (PMP) terhadap karakter pelajar

    Get PDF
    Peranan pihak pengurusan dan persekitaran merupakan elemen yang penting dalam menyokong pelaksanaan sesuatu program pendidikan yang membentuk karakter pelajar. Signifikan kajian ini adalah kerana pembentukan karakter pelajar sering dilihat dari aspek dalam kelas sahaja tanpa mengetengahkan peranan pihak pengurusan serta persekitaran kolej. Kajian ini bertujuan untuk mengukur hubungan sokongan pihak pengurusan dan persekitaran kolej dalam pelaksanaan Program Mukmin Profesional (PMP) terhadap pembentukan karakter kepimpinan insaniah pelajar di Kolej Profesional MARA (KPM). Subjek kajian terdiri daripada 674 orang pelajar semester akhir di KPM seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menganalisis dapatan kajian menggunakan model perisian SmartPLS. Hasil kajian mengesahkan sokongan pihak pengurusan dan sokongan persekitaran bertindak sebagai peramal yang penting kepada pembentukan karakter kepimpinan insaniah pelajar. Berdasarkan perspektif statistik, dapatan kajian ini telah mengesahkan hipotesis bahawa konstruk sokongan pihak pengurusan dan konstruk sokongan persekitaran mempunyai hubungan yang signifikan kepada pembentukan karakter kepimpinan insaniah pelajar di KPM. Hasil kajian ini akan menjadi kayu ukur dalam memperkasakan lagi peranan kedua-dua elemen tersebut serta mengenalpasti elemen-elemen utama yang menyumbang kepada pemerkasaan karakter pelajar yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara sejajar dengan Pindaan Undang-undang Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan golongan belia memainkan peranan yang lebih besar dalam pembentukan kepimpinan negara bangsa

    Kesan dan cabaran pelaksanaan kursus khidmat komuniti Di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

    Get PDF
    Kursus Khidmat Komuniti yang merupakan salah satu kursus Mata Pelajaran Umum dalam kelompok Umum 4 (U4) telah ditawarkan sejak 2018 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Kursus ini merupakan kursus elektif wajib. Pelaksanaan kursus ini memerlukan para pelajar membangunkan sebuah program khidmat komunti secara berkumpulan bermula dari merangka kertas cadangan program, penyediaan poster, pendanaan, penyediaan video dan penulisan laporan. Objektif penulisan ini adalah untuk melihat apakah faktor yang mencetuskan minat pelajar, cabaran yang dihadapi serta inisiatif yang dilaksanakan bagi memastikan program dapat dijalankan dengan jayanya. Kajian kes ini melibatkan lapan responden dalam kalangan pelajar UPNM yang pernah mengambil kursus ini. Responden telah ditemubual dan maklum balas mereka direkodkan menggunakan Microsoft Teams. Rakaman tersebut kemudiannya ditranskripsikan secara verbatim dan dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar keseluruhannya amat berpuas hati dan menghayati kursus ini melalui program khidmat komuniti yang dilaksanakan. Namun, terdapat pelbagai cabaran yang dilalui oleh para pelajar semasa melaksanakan program khidmat komuniti; sebagai contoh masalah untuk mendapatkan dana program dan pandemik COVID-19 yang menyebabkan khidmat komuniti secara fizikal tidak dapat dilaksanakan. Kajian ini akan memberi cadangan kepada penambahbaikan pelaksanaan kursus ini supaya para pelajar dapat mengoptimumkan kebolehan diri dan kerja berkumpulan dengan lebih baik pada masa akan datang

    Brigadier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (BERSARA): penggerak daie askari dan dakwah wasatiyyah dalam Angkatan Tentera Malaysia

    No full text
    Brigadier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (Bersara) merupakan seorang tokoh ulama yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam kemajuan dan syiar Islam dalam organisasi Angkatan Tentera Malaysia. Kertas ini akan membincangkan secara khusus peranan beliau dalam kemajuan dan pembangunan dakwah Islam dalam organisasi Angkatan tentera Malaysia melalui Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Dalam usaha untuk memartabatkan KAGAT sebagai organisasi dakwah yang cemerlang, beliau telah menerapkan elemen ‘Dakwah melalui pendekatan secara harakah dan wasatiyyah’ dalam KAGAT melalui pelaksanaan dakwah secara bertahap iaitu tahap al-ta‘arif (tahap penyebaran fikrah secara umum kepada orang ramai), tahap al-takwim (era pembentukan organisasi dan bersedia untuk terus menyampaikan dakwah) dan tahap al-tanfiz (tahap pelaksanaan dakwah secara lebih menyeluruh dan berterusan). Kajian perpustakaan, sorotan sejarah, analisis kandungan dokumentasi serta wawancara telah digunkan sebagai metodologi kajian ini.Dapatan kajian terhadap tokoh ulama ini, yang dibuat melalui kajian perpustakaan telah mendapati bahawa tokoh ulama ini telah memberikan impak yang besar terhadap kejayaan KAGAT pada hari ini serta kemajuan pelaksanaan dakwah secara lebih menyeluruh dan berterusan dalam usaha membina Angkatan Tentera Malaysia yang berwibawa serta mempunyai daya tempur yang kuat serta rohani yang mantap
    corecore