2 research outputs found

    Pendekatan kontraktor untuk mengatasi masalah kenaikan harga bahan mentah

    Get PDF
    Pengawalan kos dalam projek pembinaan adalah sesuatu yang sangat penting selain daripada pengetahuan teknikal dalam industri pembinaan. Kelemahan dalam pengawalan kos boleh mengurangkan margin keuntungan dan menyebabkan kerugian kepada pihak kontraktor.Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kaedah pengawalan kos yang digunakan oleh kontraktor dalam sesuatu projek pembinaan, untuk mengenalpasti faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh kontraktor dalam menentukan margin keuntungan sesuatu projek dan untuk mengenalpasti strategi yang untuk digunakan mengurangkan risiko kewangan projek pembinaan.Kajian ini dijalankan menerusi kajian literatul.Daripada kajian yang dilakukan, didapati kaedah pengawalan kos yang digunakan oleh kontraktor untuk mengawal kos projek pembinaan adalah kaedah untung dan rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap bulan, kaedah untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap elemen, peringkat dan kaedah keseluruhan.Faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh kontraktor dalam menentukan margin keuntungan sesuatu projek pula adalah keadaan pasaran semasa, kerumitan projek, tahap risiko, jenis projek, inflasi, beban kerja semasa, tempoh penyiapan dan tahap persaingan.Strategi yang digunakan kontraktor bagi mengurangkan risiko kewangan projek pembinaan

    Kesan pelaksanaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja semasa penyenggaraan

    Get PDF
    Penyenggaraan adalah aktiviti yang dilakukan secara berterusan bagi memastikan fungsi bangunan dapat dilaksanakan sebagaimana fungsinya secara normal.Penyenggaraan bangunan adalah aktiviti rutin yang harus dijalankan kerana bangunan merupakan unit yang sentiasa digunakan.Pengurusan fasiliti sebelum, semasa dan selepas bangunan siap sama ada bangunan persendirian atau bangunan kerajaan mestilah selari dan mengekalkan fungsi awal bangunan dan untuk memastikan sekitar bangunan sentiasa dalam keadaan yang baik.Keselamatan dan kesihatan kepada semua penghuni atau pelawat bangunanperlulah dalam keadaan kualiti yang baik.Isu ini berkaitan dengan kualiti, keselamatan, dan kesihatan yang berpunca dari kelemahan pengurusan kemudahan terutamanya aspek penyenggaraan seperti kerosakan, kebakaran, kegagalan mematuhi undang-undang dan sebagainya.Hal tersebut akan memberikan ancaman keselamatan dan kesihatan penghuni dan pelawat bangunan.Oleh itu, kualiti keselamatan dan kesihatan adalah dua elemen penting dalam penyenggaraan bangunan untuk memastikan bahawa semua penghuni sentiasa selesa selamat dan sihat semasa menggunakan bangunan tersebut
    corecore