44 research outputs found

    Transferring knowledge of manufacturing techniques within a subsidiary of a multi-national corporation

    Get PDF
    With the growth of the multi-national corporation (MNCs) has come the need to understand how parent companies transfer knowledge to, and manage the operations of, their subsidiaries. This is of particular interest to manufacturing companies transferring their operations overseas. Japanese companies in particular have been pioneering in the development of techniques such as Kaizen, and elements of the Toyota Production System (TPS) such as Kanban, which can be useful tools for transferring the ethos of Japanese manufacturing and maintaining quality and control in overseas subsidiaries. Much has been written about the process of transferring Japanese manufacturing techniques but much less is understood about how the subsidiaries themselves – which are required to make use of such techniques – actually acquire and incorporate them into their operations. This research therefore takes the perspective of the subsidiary in examining how knowledge of manufacturing techniques is transferred from the parent company within its surrounding (subsidiary). There is clearly a need to take a practice-based view to understanding how the local managers and operatives incorporate this knowledge into their working practices. A particularly relevant theme is how subsidiaries both replicate and adapt knowledge from parents and the circumstances in which replication or adaptation occurs. However, it is shown that there is a lack of research which takes an in-depth look at these processes from the perspective of the participants themselves. This is particularly important as much knowledge literature argues that knowledge is best viewed as enacted and learned in practice – and therefore transferred in person – rather than by the transfer of abstract and de-contextualised information. What is needed, therefore, is further research which makes an in-depth examination of what happens at the subsidiary level for this transfer process to occur. There is clearly a need to take a practice-based view to understanding how the local managers and operatives incorporate knowledge about manufacturing techniques into their working practices. In depth qualitative research was, therefore, conducted in the subsidiary of a Japanese multinational, Gambatte Corporation, involving three main manufacturing initiatives (or philosophies), namely 'TPS‘, 'TPM‘ and 'TS‘. The case data were derived from 52 in-depth interviews with project members, moderate-participant observations, and documentations and presented and analysed in episodes format. This study contributes to our understanding of knowledge transfer in relation to the approaches and circumstances of adaptation and replication of knowledge within the subsidiary, how the whole process is developed, and also how 'innovation‘ takes place. This study further understood that the process of knowledge transfer could be explained as a process of Reciprocal Provider-Learner Exchange that can be linked to the Experiential Learning Theory

    Patriotisme: Konsep dan pelaksanaannya di Malaysia

    Get PDF
    Patriotisme yang seringkali dikaitkan dengan cintakan watan adalah satu semangat atau nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya generasi muda. Antara faktor yang menyumbang kepada kebejatan sosial dalam masyarakat mutakhir ini ialah akibat lunturnya semangat patriotisme yang dihayati khususnya generasi muda. Maka, nilai-nilai patriotisme yang merupakan sebahagian daripada nilai-nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Oleh itu, sangat wajar khususnya generasi muda menjadikan nilai-nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk. Kekurangan penghayatan nilai-nilai patriotisme akan menyebabkan pelajar menjadi mangsa kepada pelbagai penyakit sosial. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai konsep patriotisme, senario yang berlaku di Malaysia, halangan yang boleh menganggu-gugat penyuburan semangat patriotisme dan cadangan penyelesaian yang boleh dikemukakan dalam mengukuhkan lagi semangat patriotisme khususnya di kalangan generasi muda

    Transferring knowledge of manufacturing techniques in multinational corporations:preliminary findings

    Get PDF
    With the growth of the multinational corporation (MNC) has come the need to understand how parent companies transfer knowledge to, and manage the operations of, their subsidiaries. This is of particular interest to manufacturing companies transferring their operations overseas. Japanese companies in particular have been pioneering in this regard, with techniques such as the Toyota Production System (TPS) for transferring the ethos of Japanese manufacturing and maintaining quality and control in overseas subsidiaries. A great deal has been written about the process of transferring Japanese manufacturing techniques, but much less is understood about how the subsidiaries themselves, which are required to make use of such techniques, actually acquire and incorporate them into their operations. The research on which this paper is based therefore examines how, from the perspective of the subsidiary, knowledge of manufacturing techniques is transferred from the parent company. There is clearly a need to take a practice-based view to understanding how the local managers and operatives incorporate knowledge about manufacturing techniques into their working practices. In-depth qualitative research was, therefore, conducted in the subsidiary of a Japanese multinational, Denso Corporation, involving three main manufacturing initiatives (or philosophies), namely ‘TPS’, ‘TPM’ and ‘TS’. The case data were derived from 52 in-depth interviews with project members, moderate participant observations, and documentations. The aim of this paper is to present the preliminary findings from the case analyses. The research contributes to our understanding of knowledge transfer in relation to the circumstances of the selection between adaptation and replication of knowledge in the subsidiary from its parent. In particular this understanding relates to transfer across different flows and levels in the organisational hierarchy, how the whole process is managed, and also how modification takes place

    Pengantar falsafah dan isu semasa: rujukan mahasiswa universiti awam dan swasta

    Get PDF
    Subjek Falsafah dan Isu Semasa adalah salah satu subjek wajib baharu yang diperkenalkan pada tahun 2019. Liputannya yang merangkumi semua pelajar pelajar peringkat SarjanaMuda di universiti awam dan juga universiti swasta di Malaysia menjadikan penghasilan buku rujukannya suatu keperluan yang mendesak. Artikel ini mengulas buku Pengantar Falsafah dan Isu Semasa: Rujukan Mahasiswa Universiti Awam dan Swasta dengan mengupas isi kandungan setiap bab dalam buku ini beserta kepentingannya. Tema-tema utama setiap bab diberi perhatian berserta penerangan, keberkesanan dan contoh yang bersesuaian. Cadangan penambahbaikan diberikan pada bahagian akhir ulasan. Paling penting, pembaca buku ini akan dapat meningkatkan kefahaman asas dalam ilmu falsafah serta cabang cabangnya dan kaitannya dengan isu-isu semasa

    Kumpulan Puisi 1001 Akal Budi Melayu

    Get PDF

    Pemikiran politik dan ekonomi barat

    Get PDF

    Konsep Pendidikan Citra Universiti: satu pengenalan

    Get PDF
    Konsep pendidikan seharusnya bersifat dinamik dan tidak jumud. Perubahan perlu dilakukan samada dari sudut kurikulum sesuatu kursus mahupun metod pengajaran dan pembelajaran sekiranya terdapat tuntutan dan keperluan. Dalam konteks masa kini, kemajuan dunia global disifatkan sebagai fasa Revolusi Industri 4.0 dimana ia dipacu oleh teknologi automasi serta pelbagai ciptaan baru yang benar-benar mencabar keupayaan modal insan. Persekitaran ini memberi impak terhadap modal insan terutama dari sudut penguasaan ilmu, maklumat dan pelbagai kemahiran terutamanya yang melibatkan Pusat Pengajian Tinggi atau Universiti Awam. Beberapa kajian telah membuktikan pada masa kini terdapat isu ketidakbolehpasaran graduan akibat kelemahan penguasaan beberapa kemahiran seperti komunikasi, kepimpinan, inovasi, kreativiti serta adab yang berpunca dari aspek konsep pendidikan yang kurang mengambil kira perubahan tuntutan masa kini. Menyedari hakikat ini Universiti Kebangsaan Malaysia menerusi Pusat Citra Universti telah mengorak langkah memacu perubahan dengan memperkenalkan konsep pendidikan Citra Universiti. Konsep pendidikan Citra ini dibentuk berasaskan penyelidikan keperluan, perbincanagan dengan pelbagai pihak, penelitian terhadap beberapa komponen pembelajaran dan juga menganalisis perlaksanaan model pendidikan liberal di beberapa buah universiti luar negara. Dengan demikian terhasillah konsep Pedidikan Citra Universiti yang terdiri dari Enam Citra Utama iaitu Citra 1 Etika, Kenegaraan dan Ketamadunan, Citra 2 Bahasa, Komunikasi dan Literasi, Citra 3 Penaakulan, Kuantitatif dan Kualitatif, Citra 4 Kepimpinan, Keusahawanan dan Inovasi, Citra 5 Sains, Teknologi dan Kelestarian, Citra 6 Kekeluargaan Kesihatan dan Gaya Hidup. Keenam-enam Citra ini menawarkan pelbagai kursus bagi membekalkan para pelajar dengan ilmu, maklumat dan pelbagai kemahiran yang diperlukan dengan berasaskan konsep bebas memilih, mengikut minat dan bakat pelajar itu sendiri tanpa sebarang paksaan serta bersesuaian dengan kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri

    “Experiential Learning” dan “Service Learning”: ke arah meningkatkan kemahiran insaniah pelajar UKM

    Get PDF
    Pengajaran dan Pembelajaran dewasa ini perlu merangkumi keseluruhan aspek perkembangan pelajar. Pembangunan minda dan intelek pelajar haruslah seiring dengan perkembangan dan keperluan rohani, jasmani serta emosi. Perancangan akademik masa kini juga mencadangkan supaya pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus perlu mengandungi elemen kemahiran berkomunikasi, ketrampilan berfikir, semangat kerja berpasukan dan pembelajaran sepanjang hayat. Penekanan kepada pengluasan serta kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran ini, pada prinsipnya, adalah selaras dengan cita-cita pendidikan dan falsafah UKM semenjak awal penubuhannya, iaitu untuk melahirkan siswazah berfikiran luas serta seimbang. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan “experiential learning” dan “service learning” ke atas pelajar UKM serta melihat bagaimana kaedah-kaedah baharu ini dapatdilaksanakan dalam kursus yang bersifat kemahiran generik di UKM. Kajian penyiasatan kualitatif ini melibatkan tiga kumpulan pelajar tahun satu yang telah mengambil kursus Pembangunan Diri II di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM. Data kajian diperolehi melalui temubual mendalam, perbincangan berkumpulan serta refleksi peserta selepas selesai sesi-sesi tertentu dalam merujuk pandangan pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran “experiential learning” dan “service learning” kursus tersebut. Hasil kajian menunjukkan pandangan pelajar UKM terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran ini adalah positif secara keseluruhan di mana peningkatan dalam jatidiri, kerjasama, komunikasi dan pengurusan maklumat dapat dikesan

    Penglibatan mahasiswa dalam E-Dagang: kajian kes di UKM

    Get PDF
    Peningkatan penggunaan komputer dewasa ini di samping kelajuan capaian internet telah membawa satu bentuk penjualan dan pembelian yang baharu, yang disebut E-Dagang. Sehingga hari ini, Malaysia telah mempunyai 25 juta pelanggan internet dengan lebih 42 juta pengguna telefon mudah alih. Dengan kepesatan yang sedemikian, E-Dagang telah menjadi satu fenomena yang pesat membangun. Banyak kajian dilakukan untuk memahami E-Dagang ini, namun masih sedikit kajian tentang penglibatan pelajar, khususnya mahasiswa di dalam E-Dagang yang dilakukan. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau tahap penglibatan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai peniaga dalam penggunaan E-Dagang. Seramai 160 orang responden telah dipilih dari UKM Kampus Bangi. Kaedah analisis deskriptif telah digunakan untuk menganalisis dapatan kajian. Hasil daripada kajian ini mendapati secara amnya penggunaan E-Dagang di kalangan pelajar adalah tinggi, namun peratus penglibatan diri di dalam perniagaan atas talian adalah masih kurang. Kertas ini seterusnya melihat faktorfaktor yang pendorong dan penghalang dalam E-Dagang serta akhirnya, mengusulkan cadangan peningkatan E-Dagang dalam kalangan mahasiswa
    corecore