9 research outputs found

    Penerapan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan institusi kewangan

    Get PDF
    Penerapan nilai-nilai murni amat penting kepada setiap anggota masyarakat tertutama individu yang berkerja dalam perkhidmatan awam mahupun swasta. Institusi kewangan yang berteraskan produk dan perkhidmatan sangat bergantung kepada nilai-nilai murni dalam kalangan setiap pekerjanya dari peringkat pengurusan tertinggi sehingalah di peringkat pelaksanaan dan operasi termasuk perkhidmatan kaunter dan pekerja am.Kertas kerja ini memfokuskan kepentingan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan institusi kewangan dan pengukuhannya. Nilai-nilai murni yang dimaksudkan seperti amanah, bersih, jujur, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, tekun, cekap, berkerjasama, adil dan saksama, berdisiplin, berkecuali, taat setia dan ramah mesra. Nilai-nilai tersebut amat penting kepada setiap individu yang melaksanakan tugas terutama ketika memberi perkhidmatan dan kepercayaan kepada pelanggan yang berurusan dengan institusi tersebut.Sehubungan itu imej dan martabat sesebuah institusi kewangan dapat dipertingkatkan.Pelbagai gejala kurang sihat yang berlaku dalam kalangan sebahagian institusi kewangan adalah berpunca daripada kelonggaran nilai-nilai murni individu yang diberi amanah untuk melaksanakan tugas.Nilai-nilai murni boleh diterapkan oleh setiap individu sekiranya ianya berpegang teguh kepada agama dan peranan kekeluargaannya dalam membentuk akhlak dan peribadi yang mulia.Di samping itu, program-program pembangunan modal insan yang berbentuk kerohanian boleh disisipkan dalam pekerjaan di institusi kewangan

    Persepsi pelajar pra-siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap golongan pekak dewasa

    Get PDF
    Anggapan dan stigma masyarakat dimana individu pekak mempunyai banyak kelemahan berbanding individu yang mempunyai pendengaran normal telah mewujudkan sikap negatif seperti diskriminasi dan penganiayaan terhadap golongan pekak ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi mahasiswa prasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap golongan pekak dewasa serta mengenalpasti faktor yang mempengaruhi persepsi mereka. Persepsi antara pelajar berbeza jurusan dan kaum telah dibandingan, dan kesan pengetahuan dan pengalaman dengan golongan pekak ke atas persepsi telah diukur. Kajian rentas ini menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai 126 pelajar pra-siswazah UKM Kampus Bangi dan Kuala Lumpur yang direkrut melalui kaedah persampelan mudah. Dapatan kajian menunjukkan persepsi mahasiswa UKM secara keseluruhannya adalah positif. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan persepsi yang signifikan antara pelajar yang berbeza kaum, berbeza jurusan dan yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman terhadap golongan pekak dewasa dengan yang tiada (z = 4.513, p < 0.05). Implikasi kajian dan cadangan untuk kajian lanjutan dibincangkan dengan harapan kajian seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap golongan pekak supaya budaya ketidaksamarataan ke atas golongan ini dapat ditangani

    Online social participation among older malaysian living with dementia during the pandemic COVID-19: the ā€˜take the purple pledgeā€™ project

    Get PDF
    The ā€˜Take the Purple Pledgeā€™ project a collaborative project between UKM and the Alzheimerā€™s Disease Foundation Malaysia (ADFM) was conducted. The undergraduate students from the Speech Sciences, Physiotherapy, Occupational Therapy, and Audiology programs organized this event as part of the Community Based Rehabilitation course requirement. The programā€™s main objective was to engage with individuals with dementia and their caregivers. The ā€˜Take the Purple Pledgeā€™ project consisted of two parts: (i) an interactive session with individuals with dementia and (ii) posting posters and materials on social media to spread awareness about dementia among the public. The first part of the program was conducted via Zoom on 14th August 2021 from 8:00 am to 11:30 am, while the second part of the program was completed on the same date. For the interactive session, 99 participants comprising students, ADFM staff, individuals living with dementia, and their caregivers attended the Zoom session, filled with virtual activities such as exercises, memory games, gamebooks, checklists, and tours. Individuals with dementia, their caregivers and staff from ADFM provided positive feedback about the program. The ā€˜Take the Purple Pledgeā€™ program not only allowed individuals with dementia and their caregivers to interact with other people, it also provided an opportunity for them to participate and be included in a social event during this challenging time

    Kajian kualitatif persepsi pelajar UKM dengan alat bantu pendengaran terhadap sistem modulasi frekuensi dan penstrim

    Get PDF
    Statistik menunjukkan hanya 1 dari 200 pemakai alat bantu pendengaran (ABP) menggunakan Sistem Modulasi Frekuensi (FM) dan dapatan kajian terkini mengenai persepsi penggunaanya adalah terhad, terutama golongan dewasa. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pengguna alat bantu pendengaran terhadap sistem FM dan penstrim. Seramai tiga orang pelajar pra-siswazah UKM pengguna ABP yang tidak pernah menggunakan sistem FM terlibat di dalam kajian ini. Mereka melaporkan pengalaman menggunakan sistem FM dan penstrim sepanjang tempoh tiga bulan di dalam templat diari yang disediakan. Proses temubual dijalankan untuk merekodkan pengalaman pemakaian sistem FM dan penstrim setelah tamat tempoh percubaan. Data yang diperolehi dari diari dan temubual dianalisis secara deskriptif. Kualiti bunyi pertuturan termasuk pengurangan gema dan persepsi pertuturan yang lebih baik dalam perbualan bersemuka, dalam jarak jauh atau dalam talian telah ditunjukkan dalam kajian ini. Isu yang dibangkitkan termasuk gangguan teknikal dan gangguan bunyi yang terhasil dalam keadaan tertentu. Selain itu, terdapat faktor seperti kesukaran mengikuti kadar pertuturan, sambungan unilateral , sokongan keluarga dan harga turut mempengaruhi penggunaan sistem FM dan penstrim dalam kalangan pelajar UKM pengguna ABP

    Kebolehulangan respons auditori keadaan mantap pada golongan dewasa lanjut umur bermasalah pendengaran sensorineural

    Get PDF
    Kajian terdahulu mendapati Respons Auditori Keadaan Mantap (ASSR) mempunyai variasi yang besar dalam meramal ambang pendengaran, manakala kebolehulangan ASSR masih kurang dilaporkan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kebolehulangan ASSR dalam menilai ambang pendengaran golongan dewasa lanjut umur yang bermasalah pendengaran sensorineural. Seramai 15 orang subjek berumur antara 55 hingga 75 tahun terlibat dalam kajian ini. Ambang pendengaran ditentukan menggunakan audiometri nada tulen (PTA) dan ASSR pada frekuensi 0.5, 1, 2 dan 4 kHz, di mana ASSR diulang pada 0.5 dan 1 kHz. Secara keseluruhannya, nilai ambang ASSR adalah lebih tinggi daripada PTA. ANOVA satu hala menunjukkan perbezaan antara ambang PTA dan ASSR adalah tidak signifikan pada semua frekuensi. Terdapat korelasi yang signifikan antara ambang PTA dan ambang ASSR pada 0.5 kHz (r = 0.77, p 0.05) dan 1 kHz (t = 0.436, p > 0.05). Korelasi Pearson menunjukkan korelasi yang sederhana di antara dua pengukuran ASSR pada 0.5 kHz (r = 0.68, p < 0.001) dan 1 kHz (r = 0.60, p < 0.001). Hasil kajian ini mendapati bahawa ambang pendengaran ASSR tidak berubah secara signifikan jika diulang uji dan ujian ASSR boleh disarankan sebagai alternatif kepada PTA dalam menentukan ambang pendengaran golongan dewasa lanjut usia bermasalah pendengaran sensorineural

    Audiological management of adults with hearing impairment in Malaysia

    No full text
    Objective: This study explored the nature of audiological services for adults with hearing impairment in Malaysia, with an emphasis on whether current services address clients' overall functioning as described by the World Health Organisation's International Classification of Functioning, Disability, and Health (ICF) framework. Design: An online survey exploring current practice, skills and confidence of audiologists, and the infrastructure and facilities available in their workplaces, was distributed to audiologists in Malaysia via professional associations and social media. Study sample: A total of 111 audiologists, 84.7% female and 15.3% male (range=23-44 years), participated in the study. Results: Although audiologists in Malaysia reported addressing all of the ICF domains, less than 26% of them assessed the patients' speech perception, carried out real-ear measurements, or used outcome measures routinely. The majority of the audiologists reported feeling confident in managing adult patients. However, 83% of the audiologists indicated they wanted to improve their skills related to management of adult patients, particularly in the areas of counselling and auditory training. Conclusions: Inadequate infrastructure, resources and facilities in the workplace may have contributed to the gaps in service provision and influenced the current practice of audiological management for adult patients in Malaysia

    Manifestasi akhlak menerusi unsur-unsur alam dalam beberapa karya Raja Ali Haji

    No full text
    Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan mengenai peranan alam dalam menzahirkan sistem akhlak dalam masyarakat Melayu pada abad ke-19 Masehi. Penelitian dan penaakulan akal terhadap unsur-unsur alam yang berada di sekeliling diterjemahkan melalui bahasa sebagai medium untuk memperolehi ilmu yang benar dan mencapai keelokan akhlak serta budi pekerti. Pendekatan analisis konten digunapakai bagi meneliti beberapa karya Raja Ali Haji (1808-1872), seorang pujangga agung kelahiran Riau yang terdidik dalam sistem tradisi keilmuan Islam. Hasil kajian mendapati bahawa dalam masyarakat Melayu Nusantara, alam bukan sekadar dianggap sebagai tercipta untuk kesenangan hidup manusia malah ia turut berperanan untuk memanifestasikan ketinggian akhlak yang bertunjangkan kepada pandangan semesta Islam

    A review on distance measure formula for enhancing match detection process of generic code clone detection model in Java Application

    No full text
    Two code fragments that are identical to each other and repeatedly being implemented in a software program are called code clones. Code clones are classified into four different type which are clone Type-1, clone Type-2, clone Type3 and clone Type-4. In the past decades, variegated code clone approaches as well as tools have been utilized for detecting code clones. However, the minimum comprehensiveness or lacking of generality in detecting all four types of code clone, has prompted other researchers to develop a code clone detection model. Generic Code Clone Detection (GCCD) Model is the model that implemented a clone detection for the four types of code clone. GCCD incorporates with process namely Pre-processing, Transformation, Parameterization, Categorization and Match Detection process. This research study intends to ameliorate the code clone detection of GCCD Model through Match Detection process of the respective model. A literature review is done to center a few other models and techniques and distance measure formula that available for calculating the code clones in Match Detection process. Based on the analysis, there are ten distance measure formula will be used to decide on the best method for calculating the code clone in Match Detection process. This study hopes to be used as reference for other researchers in aiding their research regarding code clone detection mode
    corecore