25 research outputs found

    Penularan penyakit beri-beri di penjara Negeri-Negeri Selat: penelitian terhadap sebab dan langkah-langkah kawalannya, 1870-1915

    Get PDF
    Pembentukan Negeri-negeri Selat (NNS) oleh pihak British pada tahun 1826 telah disusuli dengan kemajuan ekonomi secara langsung memberi kesan kepada suasana sosial dan institusi tempatan. Antara institusi tempatan yang berkembang seiring kemakmuran tersebut ialah penjara. Kepentingan penjara NNS tidak sekadar dilihat dari sudut keselamatan mahu pun sebagai kandang hukuman, seperkara yang lebih penting, banduan merupakan tenaga buruh utama untuk pelbagai keperluan pembangunan sosioekonomi. Namun menjelang suku terakhir abad ke-19, penjara di NNS diancam dengan kadar kematian yang tinggi akibat penularan penyakit beri-beri. Kerjasama dilakukan pihak pengurusan penjara dan pakar-pakar perubatan bermula dengan penelitian teori miasmatik hingga ke pendekatan dietetik, namun kematian di penjara masih berlanjutan. Objektif kajian ini adalah untuk mengesan sebab dan meneliti langkah-langkah pengawalan penyakit beri-beri yang dilaksanakan oleh British ke atas banduan di Penjara Negeri-Negeri Selat dalam tempoh 1870 hingga 1915. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan penelitian disiplin sejarah, justeru penelitian dilakukan dengan melihat sumber dari Arkib Negara Kuala Lumpur. Antaranya seperti Straits Settlements Files (SSF), Colonial Office (C.O), laporan-laporan tahunan bagi jabatan penjara dan jabatan perubatan. Analisis yang dilakukan mendapati, pada dekad terawal abad ke-20, usaha British membuahkan hasil apabila pencarian punca penyakit beri-beri ditemui adalah akibat kekurangan Tiamin dalam diet pemakanan, ia sekaligus membawa solusi di penjara NNS dalam masa yang sama menyumbang kepada taraf kesihatan banduan serta perkembangan ilmu perubatan moden

    Potensi di luar tempurung : halatuju digitalisasi sejarah di Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan kepada tenaga pengajar tentang pendigitalan sejarah dan aplikasi disiplin baru ini dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah Malaysia. Kajian ini merujuk kepada perkembangan di negara Barat di mana aplikasi digital dan pendekatan pelbagai disiplin telah digunakan untuk memperkasakan bidang sejarah. Komponen utama dalam pendekatan ini adalah disiplin sejarah dan salah satu disiplin pelengkap adalah bidang geografi. Sistem maklumat geografi dan aplikasi sistem maklumat geografi berasaskan internet atau dikenali sebagai Web-based Geographic Information System (web-based GIS) merupakan antara aplikasi yang disarankan dalam projek digitalisasi sejarah atau pendigitalan sejarah. Hasil kajian menunjukkan betapa pentingnya tenaga pengajar di Malaysia menggunakan pendekatan sejarah yang inovatif agar dapat memenuhi kehendak generasi Y yang celik komputer dan inginkan pembaharuan yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Justeru itu, kajian ini mendedahkan tenaga pengajar kepada pendekatan baharu dan ia penting dalam usaha menarik minat pelajar terhadap ilmu sejarah serta menghargai kerelevenan sejarah dalam kehidupan seharian. Pendekatan baharu ini juga dapat memperkasakan ilmu sejarah dengan melibatkan kerjasama kerajaan dan swasta dalam projek digitalisasi yang dibangunkan

    The impact modernisation of land administration on two Malay classes in Kedah, 1909-1941

    Get PDF
    Since traditional times, the Malays of Kedah had developed an organized system and method of administration of land affairs. The traditional land laws used by the Kedah Malay government, based on Islamic and local elements, brought about stability and strengthened the patron-client ties between the ruling and ruled classes. With the existence of clear strata in traditional Kedah Malay society, land administration also reflected this difference in the context of traditional ruling class policy on the two classes in this society.The traditional-era Kedah government practiced a dualistic policy1 in regards to land, and created a discriminative value in land administration.Interestingly, when the British took over Kedah through the 1909 Bangkok Treaty, this policy remained.In examining the dualistic policy in regards to land administration, it has not been the focus of discussion in most academic literature. In 1976, Lim Teck Ghee produced a classic title “Origins of a Colonial Economy, Land and Agriculture in Perak 1874-1897”.This study discusses how the British introduced a new and modern land system in Perak after it took over control of the state in 1874.Lim Teck Ghee explained in his book a number of aspects in the land law schemes in Perak that paved the way to mass land-clearing for colonial commercial economic purposes. As the author focused on land in regards to the free market economy, any dualistic policy that existed among the Perak Malays was not highlighted.In 1985, Ahmad Nazri Abdullah published his research topic “Melayu dan Tanah”.This study focuses on the formation and implementation of the Malay Reservations Enactment since it was passed in 1913.Ahmad Nazri Abdullah’s research focuses on the Malays residing in the Federated Malay States (FMS).The main theme of this study is the issue of formation and enforcement of the Malay Reservations Enactment. Again, the dualistic policy among the Malays was not discussed in the study.In the context of Kedah, the continuation of the implementation of traditional-era dualistic policy during the colonial period is a unique element, in that it shows British compromise in preserving this heritage.This situation is not surprising, judging from British previous policy in its Malay protectorates by taking a cautious approach in regards to Malay sentiments. Frank Athelstane Swettenham, that grand imperialist of Malaya, stated that: “We should not interfere overmuch with native customs and prejudices, and we should be specially careful to avoid any attempt to force English views, even when English opinion is practically unanimous on a subject, upon a people living utterly under different conditions…” This paper attempts to see how far British dualistic policy regarding land impacted Malay society in 1909-1941.This study will also identify the factor in the preservation of this Malay elite privilege during the colonial period. This dualistic policy could also explain why the lower-class Kedah Malays failed to achieve a better standard of living even after the modernisation of land administration

    Reaksi Orang Melayu terhadap pelaksanaan dasar tanah padi kolonial di Kedah, 1917-1932

    Get PDF
    Kegiatan penanaman padi adalah sinonim dengan orang Melayu Kedah sehingga ke hari ini. Hal ini kerana padi merupakan punca utama kehidupan sebahagian besar orang Melayu di negeri tersebut sejak zaman berzaman. Menariknya, penguasaan British ke atas Kedah mulai tahun 1909 menyaksikan bahawa buat pertama kalinya dalam sejarah Kedah, orang Melayu secara eksplisitnya telah ditekan oleh kerajaan untuk terus kekal dalam kegiatan tersebut. Keadaan ini dapat dinilai dengan jelas dengan permulaan pelaksanaan dasar-dasar tanah padi yang ketat, khususnya dalam tempoh 1917- 1932. Fokus kajian ini adalah pertama, menilai pelaksanaan dasar-dasar tanah padi dalam jangka masa berkenaan. Kedua, menganalisis bentuk reaksi orang Melayu dalam isu ini. Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan memberi fokus kepada fail-fail Pejabat Setiausaha Kerajaan Kedah dan Laporan-laporan Tahunan Negeri Kedah. Berdasarkan kepada penelitian terhadap pelaksanaan dasar-dasar tanah padi oleh pentadbiran tanah Kedah serta bentuk reaksi orang Melayu kepada kerajaan dalam tempoh 1917-1932, pengimplimentasian dasardasar tanah padi telah mengekalkan orang Melayu dalam kegiatan tradisi tersebut. Malangnya, sebahagian besar masyarakat Melayu telah menerima kesan negatif. Golongan bawahan dihalang oleh kerajaan daripada membuka dan mengerjakan tanah mereka secara bebas, dan terpaksa berhadapan dengan risiko tindakan tegas kerajaan sekiranya gagal menuruti dasar-dasar yang telah ditetapkan. Sebaliknya golongan elit Melayu dapat meneruskan pembolotan tanah padi akibat dasar kerajaan yang mengekalkan keistimewaan mereka dalam pemilikan tanah

    Program community policing pasukan polis di zaman darurat

    Get PDF
    Pelaksanaan Program Kepolisan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai Community Policing dijalankan oleh pihak polis semasa menghadapi ancaman keganasan yang ditimbulkan oleh Parti Komunis Malaya(PKM) di era Darurat Pertama dari 1948 sehingga 1960 ternyata berkesan dalam usaha menarik sokongan masyarakat supaya bersama Pasukan Polis menyokong kerajaan melawan komunis. Undang-Undang Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu oleh Sir Edward Gent pada 16 Jun 1948 ekoran peristiwa pembunuhan tiga orang eropah di dua buah ladang di Sungai Siput, Perak telah diperluaskan ke seluruh negara bila ancaman bersenjata PKM semakin memuncak.Pasukan Polis telah menjalankan pelbagai strategi untuk memenangi hati dan perasaan masyarakat supaya sentiasa di belakang kerajaan dan tidak sesekali memberi sokongan kepada sebarang kegiatan pengganas.Rancangan Briggs yang melibatkan penempatan semula masyarakat khususnya masyarakat Cina yang tinggal di pinggir hutan di mana mereka mudah didekati oleh gerila PKM bagi mendapatkan sebarang maklumat serta bantuan makanan serta ubat-ubatan, program ini ternyata memberi impak yang baik dalam usaha memutuskan hubungan masyarakat dengan kumpulan pengganas selain dari satu jalan untuk merapatkan talian kerjasama antara masyarakat dengan pihak polis.Pada 1949, pasukan sukarela polis khas yang dianggotai oleh bangsa Cina ditubuhkan dikenali sebagai ‘Chinese Special Anti-Bandit Volunteer Special Constable’ juga dikenali sebagai ‘Kwangsai’ dalam bahasa Mandarin merupakan satu jalan bagi merapatkan polis dengan masyarakat.Kempen Bulan Melawan Penjahat atau lebih dikenali sebagai ‘Anti Bandit Month’ di seluruh Tanah Melayu pada 26 Feb hingga 2 April 1950 pula menyatukan rakyat supaya bersatu bersamasama kerajaan menghapuskan gerila komunis. Turut dijalankan ‘Community Listening Program’ bagi mendekatkan rakyat dengan informasi kerajaan mengenai berita serta perkembangan semasa darurat selain turut diselitkan dengan agenda propaganda supaya rakyat tidak memberi sebarang bantuan atau sokongan kepada gerila PKM. Risalah pengampunan beramai-ramai secara terbuka dalam pelbagai bahasa kepada pengganas komunis di hutan serta ahli Min Yuen yang dikenali sebagai ‘Pas Akuan Keselamatan’ turut melibatkan peranan Pasukan Polis.Hakikatnya Program Community Policing berjaya menarik rakyat menyokong kerajaan menentang komunis dan Darurat diisytiharkan tamat sepenuhnya pada 31 Julai 1960

    Staffing policies and human resources management in electricity industry in Peninsular Malaysia: the development of Malay engineers, 1949-1990

    Get PDF
    Towards the second half of twentieth century, the electricity industry in Peninsular Malaysia was gathered in single, nationalized company. The governance structuring strategy to redevelop electricity supply facilities involved every state and the consumer sector that were heavily affected by the Japanese Occupation during World War II causing the need for the expert staff in electrical engineering to be vital. Due to the lack of professional electrical engineers, priority was given to development of human resources involving local staff. This situation then gave opportunity to Malays, to participating in the electricity industry. Up to the early 1940s, Malay participation was limited due to the staff hiring policies of the British, which prioritised expatriates. This article aims to study the human resources management and growth of Malay engineers in the electricity supply services in Peninsular Malaysia from 1949 to 1990. The following discussion uses archival and library research, analysing various primary and secondary sources such as the Colonial Office files, the Annual Reports of the Central Electricity Board (1949-1964), Annual Report National Electricity Board (1965-1990), ministry files, books, and articles. The findings show that the functions and roles played by Malay engineers in electricity supply services grew throughout the 1960s with their success in executive roles, including an increase in the number of those appointed as senior engineers to oversee administrative affairs and development projects

    Dasar dan pentadbiran kesihatan di Kelantan 1910-1941

    Get PDF
    Kertas ini membincangkan mengenai dasar dan struktur pentadbiran kesihatan yang wujud di negeri Kelantan serta reaksi yang diperlihatkan oleh pihak yang dianggap berkepentingan dalam pemerintahan Kelantan.Persoalan pokok yang akan dianalisis dalam kertas ini menyentuh soal sejauhmana reaksi pihak yang berkaitan seperti sultan, pembesar dan ulama Kelantan terhadap perkembangan dalam usaha melancarkan perjalanan pentadbiran kesihatan.Perkembangan dan kemajuan sistem kesihatan awam di Kelantan sebelum ini didapati agak kurang memuaskan memandangkan masyarakatnya masih kurang mendapat pendedahan terhadap kaedah moden dalam teknologi kesihatan. Kebergantungan kepada kaedah dan cara perubatan tradisional menyebabkan mereka sukar menerima bahkan menolak rawatan melalui kaedah-kaedah yang disediakan oleh pihak kerajaan. Ketidakyakinan dan kurang kefahaman yang jelas oleh masyarakat Kelantan terhadap kepentingan untuk menggunakan kaedah rawatan yang lebih moden menyebabkan berlakunya kemerosotan bilangan penduduk yang mendapatkan khidmat perubatan pada awal abad ke-20. Perbincangan kertas ini didasarkan kepada pendekatan dan kaedah sejarah. Untuk itu data-data berasaskan sumber primer diperoleh daripada Annual Medical Report Kelantan, British Adviser Office Kelantan (BAK), CO 273, CO 717, fail-fail Pejabat Tanah Jajahan, laporanlaporan pengembara, manuskrip-manuskrip Melayudan majalah Pengasuh. Menerusi data yang diperoleh daripada sumber-sumber tersebut, didapati dasar yang dilaksanakan oleh pihak British dipersetujui oleh kumpulan yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu. Persetujuan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya berkaitan kefahaman dan tuntutan agama Islam agar penganutnya memelihara kesihatan dan mencegah daripada penyakit. Sebagai contoh, Sultan Ismail yang merupakan Yang Dipertuan Negeri Kelantan mewajibkan rakyatnya mendapatkan suntikan vaksin bagi mencegah jangkitan penyakit berjangkit. Baginda juga telah menggariskan syarat dan panduan yang jelas bagi orang yang selayaknya memberi suntikan kepada penduduk.Selain itu, jenis ubatan yang dijadikan dos suntikan turut dikaji dan mendapat kelulusan daripada beberapa pihak yang berkaitan dalam memastikan penduduk tidak berisiko mendapat bahaya selepas suntikan. Selain itu, peranan ajaran yang dibawa oleh ulama telah menyebabkan orang Melayu selain menghayati Islam dari sudut ritual, juga telah dapat membezakan perkara suci dan najis

    Teknologi dalam pengurusan air di Selangor 1974-1941

    Get PDF
    Kertas ini membincangkan teknologi pembekalan air di Selangor selepas campurtangan British pada tahun 1874.Teknologi pembekalan air bukan sahaja bermaksud penggunaan mesin dalam proses pembekalan air, tetapi turut melibatkan ilmu pengetahuan iaitu kaedah saintifik bagi memastikan bekalan air yang disalurkan selamat untuk diguna.Selangor merupakan antara negeri di Tanah Melayu yang berkembang pesat daripada aspek ekonomi dan pembangunannya.Perkembangan ekonomi yang pesat ini telah menyebabkan pertambahan jumlah penduduk di Selangor seterusnya menyebabkan perkembangan penempatan di negeri ini.Hal ini sudah tentunya memerlukan bekalan sumber air bersih yang banyak dan ianya perlu diurus dengan bijak.Persoalan pokok yang akan dianalisis dalam kertas ini ialah untuk melihat bentuk teknologi yang digunakan dalam proses pembekalan air di negeri ini dan bagaimanakan perubahan teknologi pembekalan air di Selangor member impak terhadap penduduk di Selangor.Perbincangan ini didasarkan kepada pendekatan dan kaedah Sejarah. Untuk itu, data-data maklumat adalah berdasarkan sumber primer yang diperoleh daripada Rekod Tanah Jajahan( CO 439 dan CO 882 ), Fail Kerajaan Negeri Selangor (SSF) dan juga rekod dari Public Works Department ( PWD ).Daripada data yang diperoleh daripada Arkib Negara menunjukkan terdapat dua tahap penggunaan teknologi dalam pengurusan bekalan air bersih ini iaitu daripada aspek pengeluaran dan juga pengedarannya. Pada peringkat awal, teknologi takungan air atau empangan digunakan untuk menyimpan dan merawat bekalan air tersebut. Air di empangan akan di tapis serta dipastikan keselamatannya melalui ujian saintifik sebelum sumber air ini diedarkan melalui sistem perpaipan. Pihak Jabatan Kerja Raya (Public Work Department) dan Sanitary Board merupakan institusi penting yang menguruskan pembekalan air ini.Melalui penggunaan teknologi ini, sumber air bersih dapat diperolehi dengan lebih mudah dan selamat digunakan oleh orang awam. Penggunaan teknologi yang lebih baik dilihat dapat memastikan krisis bekalan air yang berlaku di Selangor sekitar tahun 1900 dapat diatasi

    Peranan cuepacs terhadap tuntutan kenaikan gaji anggota Perkhidmatan Awam di Persekutuan Tanah Melayu, 1957–1970

    Get PDF
    Artikel ini membincangkan peranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Congress of Union of Employees in the Public Services - CUEPACS) dalam usahanya menuntut kenaikan gaji bagi anggota perkhidmatan awam di Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dalam tempoh antara tahun 1957 hingga 1970. Pada tahun 1957, PTM mencapai kemerdekaan dan serentak dengan itu pentadbiran PTM beralih daripada kerajaan kolonial British kepada kerajaan PTM sendiri. Perkhidmatan awam turut mengalami pelbagai perubahan. Namun, gaji yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam didapati tiada perubahan. Anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat selepas merdeka masih menerima gaji yang sama ketika mereka berada di bawah pentadbiran kerajaan kolonial British. Walau bagaimanapun, peningkatan taraf hidup penduduk selepas merdeka telah memberi kesan terhadap anggota perkhidmatan awam kerana peningkatan tersebut tidak selaras dengan jumlah gaji mereka. Pada masa yang sama, kajian ini turut menyentuh peranan CUEPACS mewujudkan persamaan gaji antara anggota wanita dan lelaki dalam perkhidmatan awam. Oleh itu, fokus utama dalam perbincangan ini adalah untuk mengenal pasti tindakan CUEPACS menuntut kenaikan gaji bagi anggota perkhidmatan awam dan persamaan gaji anggota wanita dan lelaki. Kajian ini juga menilai sejauh mana kerjasama antara CUEPACS dan kerajaan PTM dalam usaha meningkatkan kadar gaji anggota perkhidmatan awam di PTM. Maklumat tentang peranan CUEPACS dalam usaha meningkatkan kenaikan dan persamaan gaji anggota perkhidmatan awam di PTM diperoleh daripada Laporan Tahunan CUEPACS, Parliamentary Debate, Pekeliling Perkhidmatan, laporan surat khabar dan penulisan buku. Hasil kajian mendapati bahawa peranan CUEPACS dalam tuntutan kenaikan gaji bukan sahaja telah membolehkan anggota perkhidmatan awam di PTM menikmati kenaikan gaji tetapi juga membolehkan anggota perkhidmatan awam wanita dan lelaki mendapat persamaan gaji
    corecore