5 research outputs found

    Pendekatan Jemaah Tabligh dalam Penyebaran Dakwah Kepada Masyarakat Islam di Malaysia: Preaching Approach of the Tabligh Congregation for Muslim Community in Malaysia

    Get PDF
    Manusia dipertanggungjawabkan di atas muka bumi ini untuk menjadi seorang dai yang berperanan untuk berdakwah. Selain itu, peranan ini termasuklah meleraikan umat manusia dari sudut kemusyrikan kepada keimanan terhadap Allah SWT, merubah daripada mungkar kepada makruf, berusaha merubah situasi negatif kepada positif, mencegah dari perbuatan keji dan mungkar kepada menegakkan kebenaran serta mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Namun dalam menyempurnakan agama dengan cara menyebarkan dakwah bukanlah satu tugas yang mudah namun tidak susah. Perkara ini selari dengan kehendak Allah SWT yang telah menetapkan hidup manusia ini hanyalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Justeru, kajian ini berusaha mengetengahkan hal berkaitan pendekatan dakwah Jemaah Tabligh dalam membentuk motivasi dalam kalangan masyarakat. Kajian perpustakaan dengan mengaplikasikan metode analisis data dan kandungan digunakan bagi mencapai objektif kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa metode dan prinsip yang digunakan oleh Jemaah Tabligh dalam urusan berdakwah kepada golongan masyarakat. Implikasi kajian ini memberi serba sedikit input kepada masyarakat untuk menyedari bahawa pendekatan Jemaah Tabligh merupakan salah satu mekanisme terbaik dalam penyebaran dakwah Islam. Man is responsible on this earth to be a dai who has the role in Islamic preaching. In addition, this role includes disbanding mankind from polytheism to faith in Allah SWT, changing from evil to good, trying to change negative situations to positive, preventing from heinous and evil acts to upholding the truth and finding happiness in this world and the hereafter. However, spreading Islamic preaching is not an easy task but it is not difficult. This matter is in line with the will of Allah SWT who has determined that human life is only to devote oneself to Him. Therefore, this article tries to highlight matters related to the preaching approach of the Tabligh Congregation in forming Islamic preaching among muslim community in Malaysia. This article applies library research and content analysis methods to collect data. Meanwhile, thematic analysis is used for data analysis. The results of the study found that there are several methods and principles used by the Tabligh Congregation in preaching to the community. The implications of this study provide a little input to the community to realize that the Tabligh Congregation approach is one of the best mechanisms in the spread of Islamic preaching for muslim community in Malaysia

    Menyusuri khazanah warisan budaya: Kuda Kepang antara kesenian dan kepatuhan syariah

    Get PDF
    Kuda Kepang merupakan warisan kesenian yang terkenal di negeri Johor. Menurut sejarah, kesenian Kuda Kepang berasal daripada Tanah Jawa, Indonesia yang dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke 15. Keseniaan Kuda Kepang telah berkembang menjadi suatu warisan budaya yang masih diamalkan sebagai persembahan dalam upacara perkahwinan dan majlis keraian. Pada tahun 2009, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah mengeluarkan keputusan berkaitan pengharaman persembahan dan dramatari Kuda Kepang berikutan berdapat unsur yang menyalahi aspek akidah, syariah dan akhlak. Justeru, artikel ini pertujuan untuk menyelusuri khazanah warisan Kuda Kepang dan penelitian aspek mistik, khurafat dan syirik yang terdapat dapat persembahan Kuda Kepang di negeri Johor. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data. Manakala dapatan akan dianalisis menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian menunjukkan wujud elemen mistik, khurafat dan syirik dalam persembahanan Kuda Kepang Mabuk (KKM) yang diamalkan oleh kumpulan kesenian Kuda Kepang di negeri Johor. Amalan ini bercanggah dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan aspek Fiqh Mazhab Syafie

    Amalan dalam pengurusan pentadbiran tanah wakaf di negeri Johor

    Get PDF
    Mewakafkan harta adalah satu amal jariah yang sangat dituntut dalam Islam. Ia merupakan satu kaedah kebajikan selain daripada bersedekah. Pahala yang diterima akan berterusan diberikan oleh Allah S.W.T. kepada pewakaf selagi mana harta tersebut dimanfaatkan oleh umat manusia. Pengurusan tanah wakaf adalah satu amanah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan tanah wakaf tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya. Namun, wujud permasalahan berkenaan pengurusan dan pentadbiran tanah wakaf yang tidak cekap dan telus sehingga berlakunya pencerobohan di tanah wakaf yang tidak dibangunkan. Faktor-faktor penyebab yang dapat dikenalpasti adalah kekurangan dana dan kedudukan tanah wakaf yang tidak strategik. Hal ini menyebabkan tanah tersebut tidak dapat diuruskan sebaiknya untuk manfaat umat Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dalam pengurusan pentadbiran tanah wakaf di negeri Johor. Seterusnya, kajian tentang isu-isu penyelesaian dalam pengurusan pembangunan tanah wakaf di Johor juga akan dilaksanakan serta mengenal pasti persepsi masyarakat terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai pemegang amanah dalam penambahbaikan pengurusan pentadbiran tanah wakaf. Dapatan kajian diperoleh melalui tebaran borang soal selidik ke atas pegawai wakaf dan ketua kampung di seluruh daerah negeri Johor. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan aplikasi “Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) v.17”. Hasil analisis menunjukkan wujud keseragaman data dan tahap keupayaan mentadbir yang baik bagi memajukan tanah wakaf di negeri Johor. Seterusnya, cadangan pembentukan Pelan Induk Transformasi Pembangunan Tanah Wakaf Johor dihasilkan bagi menjamin tahap panduan yang baik untuk memajukan tanah-tanah wakaf berkenaan

    Pengurusan dan pentadbiran wakaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor

    No full text
    Wakaf merupakan salah satu cadang dalam fiqh muamalat sedang giat dipraktikkan di Malaysia yang melibatkan harta-harta termasuk tanah. Pengurusan tanah wakaf adalah satu amanah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan tanah wakaf tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya. Namun, wujud permasalahan berkenaan pengurusan dan pentadbiran tanah wakaf yang tidak cekap dan telus sehingga berlakunya pencerobohan di tanah wakaf yang tidak dibangunkan. Antara faktor wujud masalah berkenaan adalah pemegang amanah berhadapan dengan kekurangan dana dan kedudukan tanah wakaf yang tidak strategik. Hal ini menyebabkan tanah tersebut tidak dapat diuruskan sebaiknya untuk manfaat umat Islam. Kertas ini bertujuan untuk menganalisis aspek cabaran yang dihadapi oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai pemegang amanah dalam pengurusan tanah wakaf. Untuk mencapai objektif ini, kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan temu bual separa struktur kepada informan yang terdiri daripada pegawai Majlis Agama Islam Negeri Johor. Manakala kaedah analisis data menggunakan kaedah diskrptif. Hasil kajian mendapati wujud keseragaman data dan tahap keupayaan mentadbir yang baik bagi memajukan tanah wakaf di negeri Johor oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor selaku pemegang amanah bagi tanah wakaf
    corecore