1 research outputs found

    PENDEX Rubber Product / Anna Ahmad…[et al.]

    Get PDF
    PENDEX Rubber Product merupakan sebuah syarikat yang dicadang akan mengeluarkan dan mengedarkan radiator hose atau saluran radiator. Adalah dicadangkan agar syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra dan syarikat ini hanya mengeluarkan saluran radiator secara komersil untuk keperluan kereta-kereta keluaran negara. Sepertimana yang diketahui, Malaysia mengeluarkan lebih kurang 240 000 buah kereta setahun. Namun 98% daripada komponen-komponen yang digunakan dalam pembuatan kereta-kereta tersebut adalah diimport dari luar negara khususnya Jepun. Menyedari hakikat ini, sebagai usaha untuk mengurangkan pengaliran wang keluar negara, kerajaan telah menggalakan usahawan-usahawan untuk menceburi bidang pembuatan barangan kereta terutama yang berasas getah. Ini memberikan peluang kepada kami untuk mencadangkan satu bidang pengeluaran berasaskan getah iaitu saluran radiator yang dikelasifikasikan sebagai General Rubber Goods (GRG) atau Barang Getah Umum yang mana ia mempunyai prospek yang begitu meluas lagi menguntungkan
    corecore