3 research outputs found

    Unsur eufemisme dalam dialog novel Songket Berbenang Emas

    Get PDF
    Makalah ini meneliti penggunaan unsur eufemisme dalam dialog novel Songket Berbenang Emas. Novel ini merupakan teks KOMSAS yang digunakan di sekolah-sekolah di negeri Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang bermula 2016. Sebagaimana kelaziman novel yang menyerlahkan unsur dialog, didapati sebanyak 8 unsur dialog berdasarkan unsur eufemisme yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas adalah menepati Prinsip Kesopanan Leech (1983). Namun, kajian ini hanya menampilkan enam unsur dialog yang menepati maksim Leech. Prinsip Kesopanan Leech menekankan tingkah laku dan persoalan beradab yang menghubungkan dua pihak dalam sesuatu proses komunikasi, iaitu antara diri sendiri yakni penutur dengan orang lain yakni pendengar. Proses komunikasi yang terjadi adalah hasil daripada konflik dan membawa kepada pengakhiran yang baik kepada watak utama dan juga watak sampingan, kerana unsur santun berbahasa yang dituturkan. Hal ini kerana proses komunikasi yang menjaga santun bahasa akan memberikan impak secara emosi kepada pendengar dan juga penutur itu sendiri. Kajian ini mendapati bahawa watak utama dan watak sampingan dalam novel Songket Berbenang Emas ini menyerlahkan tingkah laku dan adab dalam proses komunikasi sebagaimana tuntutan agama Islam dan masyarakat Melayu yang sopan

    Kehendak remaja muslim berdasarkan pendekatan psikologi Imam Al-Razi dalam novel remaja pilihan karya Abu Hassan Morad

    Get PDF
    Kajian ini dilakukan untuk meneliti kehendak watak remaja Muslim yang dominan dalam novel remaja yang bersifat Islam. Terdapat tiga objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini. Pertama, menganalisis keperibadian watak remaja Muslim dalam novel-novel yang dikaji. Kedua, menghuraikan kehendak manusia dalam novel-novel yang dikaji. Ketiga, mensintesiskan hubungan antara keperibadian watak remaja Muslim dengan kehendak manusia dalam novel-novel yang dikaji. Kajian ini secara keseluruhan tertumpu kepada empat buah novel karya Abu Hassan Morad, Sejuk-sejuk Pantai, Farhana, Pelangi Senja dan Cucu Tuk Wali. Kajian ini menggembleng Teori Kehendak Manusia Islam Al-Razi yang digagaskan oleh Hanapi Mohd Noor (1998). Kajian ini menekankan lima prinsip teori iaitu al-‘Ubudiyyah (kehendak pengabdian), talab al-Isti’anah (kehendak sokongan), talab Istiqamah (kehendak jalan yang benar), talab al-Hidayah (kehendak pedoman) dan talab al-Ni’mah (kehendak ganjaran). Kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa dapatan penting. Pertama, kajian ini mendapati bahawa watak remaja Muslim mempunyai sifat keperibadian yang baik seperti rajin, sabar, bertanggungjawab, jujur, penyayang dan sebagainya. Kedua, kajian ini mendapati bahawa watak-watak remaja Islam mencapai kehendak-kehendaknya dengan memperagakan nilai-nilai yang dituntut dalam Islam. Ketiga, kajian ini mendapati bahawa watak-watak remaja yang memperagakan keperibadian Islam adalah cenderung untuk memenuhi kehendaknya selaras dengan ajaran Islam. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa keperibadian watak remaja Muslim akan terbentuk dengan betul jika berlandaskan kehendak manusia Islam yang sebenar

    An analysis of human’s needs from Islamic perspectives in Cucu Tuk Wali by Abu Hassan Morad

    No full text
    This paper aims to analyze human’s needs from Islamic perspectives, as illustrated in a young adult novel, Cucu Tuk Wali by Abu Hassan Morad. It is a general belief that any prose fiction would utilize conflicts to generate stories. This, however, can only be materialized if such conflicts manage to highlight the actual needs of the protagonist. Therefore, the study would evolve around Liza, a young adult who is good in academics and personality, yet an unfortune one too as she has to deal with a number of conflicts in her life. Becoming a college dropout, the people of her hometown start to look down at her, none belief in her capability. At home, she feels unease as her father has just remarried her once school classmate. Liza needs to overcome these obstacles first before rectifying everything, and achieves several goals that were once seemed achieveable. In line with this, the study would scrutinize the Islamic theory of human’s needs, as proposed by Fakhr al-Din al-Razi (or widely known as al-Razi). The theory encompasses five components of human needs, namely al-U'budiyyah (the needs for devotions), Talab al-Isti'anah (the needs for supports), Talab of Istaqamah (the needs of right paths), Talab of Hidayah (the needs for guidances) and Talab of Ni'mah (the needs for rewards). These needs are said to be circulating in a man through out his life and he would always try to achieve them simultaneously. This study later finds out that in her effort to overcoming these conflicts and achieving her needs, Liza as the protagonist of the novel portrays good and favourable characterictics of a caliph and a servant of God. Due to these, she is said to possess all the five forms of needs of outlined by al-Razi in his Islamic theory of human’s needs
    corecore