4 research outputs found

    Dasar fiskal terhadap perbelanjaan swasta: analisis SVAR di Malaysia

    Get PDF
    Bermula dengan episod belanjawan defisit yang berpanjangan sejak tahun 1998 di NSM, menunjukkan kutipan hasil cukai kerajaan tidak berupaya untuk menampung perbelanjaan yang menyebabkan kerajaan perlu memikirkan sumber pembiayaan alternatif seperti melalui terbitan bon. Mengikut teori dana boleh pinjam, terbitan bon kerajaan menyebabkan penurunan harga bon dan seterusnya cenderung meningkatkan kadar bunga pasaran. Kenaikan kadar bunga pasaran menyebabkan kos dana meningkat yang menyebabkan firma cenderung mengecilkan saiz pelaburan. Ini menyebabkan peningkatan perbelanjaan kerajaan yang dibiayai melalui terbitan bon tidak dapat memberikan kesan sepenuhnya kepada peningkatan pendapatan negara malahan mewujudkan kesan asakan keluar ke atas pelaburan swasta. Kertas ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan dasar fiskal iaitu kejutan positif perbelanjaan kerajaan dan hasil kerajaan (cukai) terhadap pelaburan swasta di Malaysia. Kajian ini menggunakan model SVAR (Structural Vector Autoregressive) dalam ekonomi terbuka bersaiz kecil untuk mengenal pasti tindak balas dinamik kejutan dasar fiskal terhadap pelaburan swasta. Data kajian adalah data siri masa sukuan bagi tempoh 1991:1-2016:3. Analisis fungsi tindak balas impulse dan penguraian varian telah digunakan untuk mengupas keberkesanan dasar fiskal terhadap perbelanjaan swasta. Hasil kajian menunjukkan kesan kejutan perbelanjaan kerajaan mewujudkan kesan asakan keluar terhadap pelaburan swasta manakala bagi penggunaan swasta mengalami kesan positif. Bagi kesan kejutan hasil cukai kerajaan menunjukkan keputusan yang sama iaitu pelaburan swasta mengalami kesan negatif manakala penggunaan swasta mengalami kesan positif

    INDEKS KETERANGKUMAN KEWANGAN DI NEGARA SEDANG MEMBANGUN MENGGUNAKAN KAEDAH BUKAN PARAMETRIK DAN PARAMETRIK

    Get PDF
    Tujuan dan Latarbelakang: Kajian ini bertujuan membuat penambahbaikan pengiraan indeks keterangkuman kewangan dengan mengambilkira dimensi teknologi kewangan digital (fintech) dan menggunakan data daripada sebelah penawaran (supply-side) dan permintaan (demand-side) yang melibatkan negara sedang membangun terpilih bagi tahun 2014 dan 2017 (68 buah negara).   Metodologi: Untuk mengukur indeks keterangkuman kewangan, kajian ini menggabungkan kaedah bukan-parametrik melalui model ukuran multidimensi dan kaedah parametrik Analisis Komponen Utama (PCA).   Dapatan: Keputusan empirik kajian dengan menggunakan analisis PCA mendapati bahawa indeks keterangkuman kewangan yang dikemukakan dengan penambahbaikan dimensi fintech mempunyai kepentingan relatif dan hubungan yang signifikan terhadap tahap keterangkuman kewangan. Kajian ini menunjukkan nilai indeks yang tinggi menggambarkan tahap keterangkuman kewangan yang baik dan inklusif, manakala nilai indeks yang rendah adalah sebaliknya.   Sumbangan: Implikasi daripada kajian ini menunjukkan kepentingan penggubal dasar untuk membentuk strategi dalam konteks keterangkuman kewangan di sesebuah negara. Selain itu, akses kepada perkhidmatan teknologi kewangan digital harus diperluaskan untuk meningkatkan tahap kewangan yang lebih inklusif dan mencapai keterangkuman kewangan sempurna.   Kata kunci: Analisis komponen utama (PCA), bukan parametrik, fintech, indeks keterangkuman kewangan, multidimensi, parametrik.   ABSTRACT Background and Purpose: This paper aims to improve the construction of the index of financial inclusion with digital financial technology (fintech) dimensions, using supply-side and demand-side data from selected developing countries for 2014 and 2017 (68 countries).   Methodology: To measure the index of financial inclusion, this study combines non-parametric methods through the multidimensional measurement model proposed by Mandira Sarma (2012) and the Principle Component Analysis (PCA) as a parametric method.   Findings: The empirical findings of the study using PCA analysis found that improvement on proposed index of financial inclusion using fintech dimensions has a relative importance and significant relationship to the level of financial inclusiveness.  This study shows that the higher index value reflecting the more inclusive of financial inclusion, while the lower index value is vice versa.   Contributions: This study concludes that it is important for policy makers to shape policies and strategies within the context of financial inclusion in a country. In addition, access to digital financial technology services should be expanded to increase the level of financial inclusiveness and achieve complete financial inclusion.   Keywords: Financial inclusion index, fintech, multidimensional, non-parametric, parametric, Principle Component Analysis (PCA).   Cite as: Nizam, R., Abd Karim, Z., Abdul Rahman, A., & Sarmidi, T. (2020). Indeks keterangkuman kewangan di negara sedang membangun menggunakan kaedah bukan parametrik dan parametric [Financial inclusion index in developing countries using non-parametric and parametric method]. Journal of Nusantara Studies, 5(1), 80-103. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol5iss1pp80-10

    Interest Rate Uncertainty, Spread and Economic Activity: Empirical Evidence in Malaysia

    Get PDF
    The determination of the term structure of interest rate is of great interest to both policy makers and researchers in finance and economics. Not surprisingly, a large body of literature (among others, Fisher (1907), Cox, Ingersoll and Ross (1985), and Longstaff (2000). The uncertainty of interest rates is another variable that has been widely investi-gated, since it measures uncertainty of a macroeconomic nature. It is important both for its effect on the macroeconomic variables (interest rates, investments, etc.) and its effect on in-dividual or firm investment decisions (see, for example, Siegfred (2000)). Therefore, this study will focus on the interest rate spread resulting from default risk and attempts to explain how and why the risk spread leads business cycles. This study also contribute to the existing literature by looking at the interest rate uncertainty that plays a critical role in explaining the interest rate spread and economic activity. Furthermore, the finding shows that interest rate uncertainty embodies useful information in term of predicting the growth rate of indus-trial production. Key words: interest rate uncertainly, interest rate spread, economic activit
    corecore